Pagi ni dqh plan nak pergi buat allignment di kedai manual. Kalau anda duduk Ipoh pasti tahu kedai tersebut. Ia dahulu terletak stesen minyak Shell. Tapi sejak stesen tersebut tutup beliau telah membuka kedai tersebut di sebelah stesen minyak.
Kedai tersebut berdekatan dengan kedai kusyen kereta di pekan Ipoh. Saya gerak dari rumah jam 8 pagi dan sampai lebih kurang 8.30 pagi. Almaklum banyak sangat lampu isyarat. Itu pun dah ada 2 orang pelanggan. Masa sedang servis kereta saya, ada lagi 4 atau 5 buah kereta menanti. Ah memang hebat kemahiran dia.
Beliau tak guna secara elektronik. Semua yang dilakukan kami panggil manual. Ok saya minta dia buat rotation, allignment dan balancing. Mula-mula beliau buat rotation. Tayar hadapan tukar ke belakang. Lepas itu baru dia buat balancing. Kelebihan balancing dia adalah menggunakan berat kereta itu sendiri dan gegaran spring. Ini yang dipanggil manual. Hasilnya lebih baik dari elektronik yang balancing mengunakan mesin sahaja. Kenapa? Sebab ia bergantung pada berat tayar dan rim sahaja.
Lepas siap balancing baru dia buat allignment. Katanya ok tapi saya kata stering senget sedikit. Terus dia bawa dan betulkan. Selesai. Bayaran pula cuma RM20.00 sahaja. Hehehehe
Lepas itu tergerak nak lalu kedai depan plate di MGS. Kalau buka saya pergi buat plate kegemaran saya. Jam 9.30 kedai dah dibuka. Alamatnya saya pun tukar plate baru. Berlatar belakang carbon fiber dan saiz serta bentuk nombor kristal yang saya minat.
Akhirnya siap sudah untuk kereta dan larilah dari anggaran perbelanjaan saya. Untuk plate pula RM 75.00.... bior pape asal bergaye.... nah ambil aku untuk raya kali ini.
dan
No comments:
Post a Comment