wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, August 27, 2011

MOH BAKOR LEmang 2011

Salam semua. dah bercuti? Saya dah mula bercuti.. Tahun ini raya di Ipoh dahulu baru di Kuala Kangsar. Setelah semuanya kerja mengemas dan lain-lain selesai, saya dan keluarga bergerak pulang ke ipoh jam 4.00 petang. Alhamdulillah, jalan tak sesak cuma apabila sampai di Simpang Pulai baru saya rasa sesak teruk. Dari pukul 7.00 sampai 7.30 masih lagi dikawasan sana!!! tension!!! takpe janji  dah lepas mengidam GCB McD :)



Sampai rumah nampak surat dari Belia 4B Kg. Tersusun Tasek akan mengadakan program BAKAR LEMANG pada hari ini. Alhamdulillah dapat juga hadirkan diri untuk membantu belia KTT membuat lemang. Gambar tak dapat nak bagi sebab sibuk membantu katakan cuma harap ada kawan-kawan yang akan 'taggged' gambar nanti. hehehehe

Nampak  ramai belia-belia dan pakcik-pakcik yang singgah dan membantu. Ini dapat merapatkan silaturrahim antara yang lama dan baru. Satu perkara yang baik dan harap akan diteruskan.

Namun harapan dari penulis agar semua belia dapat membantu antara satu sama lain dengan bersungguh-sungguh . Yang tua dihormati yang muda dihargai. Harap belia-belia KTT belajar dari pengalaman yang tiada ternilai ini. Biasalah perkara begini biasa terjadi sebab kita semua pernah menjadi belia. Jadi pemimpin dan diri kita sendiri harus mengubah sikap dan personaliti untuk menjadi yang terbaik. MBMMBI yang disarankan oleh kerajaan juga haruslah diambil berat. Banggalah dengan bahasa sendiri dan gunakanlah dengan betul.

Harapan agar akan terus diadakan lagi kegiatan yang berfaedah dan diberkati oleh Allah s.w.t. Jom kita bakor .... :)


moh bakor lemang

gambar hiasan sahaja


Salam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...