wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, August 01, 2011

malam kenang budi

Salam semua dan selamat menyambut ramadhan kepada seluruh umat Islam. Saya dari hari Sabtu tidak berapa sihat kerana sakit tekak dan batuk sehingga tiada keluar suara. Alhamdulillah hari ini dapat juga mengeluarkan suara. Betapa besarnya kuasa Allah, walaupun hanya sekejap tetapi saya dapat merasakan bagaimana jika sesuatu nikmat yang kita dapat ditarik oleh Allah s.w.t.


Syukur padaNya kerana setiap kekurangan ada kenikmatan. Dapat juga saya berbuka puasa dengan keluarga pada hari pertama Ramadhan. Berbalik kepada tajuk saya, pada hari Jumaat, 29 Julai 2011 sekolah saya telah mengadakan program Malam Kenang Budi.

Program ini bertujuan memberi motivasi dan memohon restu daripada kedua-dua ibu bapa murid tahun 6 khususnya sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Program bermula dari jam 7.30 malam sehingga 11.00 malam. Terima kasih kepada ibu bapa dan murid-murid yang hadir menjayakan program tersebut.

Disini saya selitkan beberapa keping gambar sebagai tatapan semua kawan-kawan blogger.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...