Salam semua.. ini adalah entri yang diambil dari blog Bersama Mazidul...
Salam .. ini adalah hebahan kepada semua yang diambil dari blog bersama mazidul.
Pergerakan Pengemis Pendatang Haram Dikesan GPS Blog Ini (Sila sebarkan)
Hari ini saya menerima emel dari rakan, Zaabra. Terima kasih kepadanya kerana sudi berkongsi informasi bersama kita semua.
'Mazidul,
Assalammualaikum.....
Terimakasih kerana mendedahkan perihal pengemis penipu tempoh hari.
Berdasarkan gambar-gambar yang Mazidul paparkan, teman telah bertemu dengan pengemis yang sama petang semalam (11/08/2011) di Bazar Ramadhan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Dia kemudiannya diminta supaya berhenti mengemis di bazar tersebut oleh seorang lelaki yang juga mengenali beliau.
Maklumat yang Mazidul paparkan telah mengelakkan kami daripada tertipu. Isteri teman pada mulanya ingin menderma telah teman halang daripada berbuat demikian.
Terimakasih sekali lagi Mazidul dari teman & isteri'
Berikut gambar terbaharu dihantar Zaabra.
Ini pula gambarnya dirakamkan pada 6 Ogos lalu ketika mengemis di Slim River, Perak.
Ini pula gambarnya dirakamkan pada 6 Ogos lalu ketika
mengemis di Slim River, Perak.
Berikut pula antara gambar pengemis sama, ketika
kisahnya dibongkar di Kota Damasaara, Petalng Jaya, Selangor sebelum ini.
Sekalung penghargaan kepada semua pembaca prihatin dan sudi menyalurkan maklumat dan berfungsi sebagai 'GPS Pengemis', mengesan dan memaklumkan kita semua berhubung kedudukan pengemis warga Kemboja berstatus pendatang haram terbabit.
Ya, dia pendatang haram dan kehadirannya di negara bercanggah dengan Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Orang Papa 1977.
Justeru, jika penguatkuasa Jabatan Imigresen terserempak dengan lelaki sama ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan, sila ambil tindakan sewajarnya. Usah dipejamkan mata celik dianugerahkan Allah sebagai pancaindera utama.
Program Pemutihan barangkali tidak langsung menjadi kudis kepada warga asing terbabit, itu hemat saya. Lagipun, entah dia tahu entah tidak berhubung usaha kerajaan cuba mengekang bilangan pendatang haram di Malaysia ini.
Apapun, jelasnya dia terus mencabar kedaulatan perundangan negara ini. Itupun, jika pihak berkuasa berasa kredibiiti mereka tercabar.
Biarpun kisah tindakannya berterusan memperdayakan masyarakat telah dibaca lebih 60,000 pengunjung blog ini, nampaknya pendatang haram itu masih mampu tersenyum lebar sekaligus memenuhkan kantong seluarnya setiap hari.
Dipercayai dia bukan beragama Islam tetapi bertopengkan Islam untuk meraih simpati masyarakat.
Bantu saya, sila sebarkan tampalan ini melalui emel atau Facebook sehingga sampai kepengetahuan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia atau Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.
Usaha membongkar kegiatan pengemis seperti ini bukan hanya terletak di bahu saya sahaja, semua mampu untuk berbakti, percayalah.
Jika maklumat ini telah disebarkan kepada kenalan, sila maklumkan saya, boleh?
Terima kasih.
Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 2:50 PM