wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, July 23, 2011

kekejangan otot

Salam kengkawan semua. Pagi yang nak hujan ini saya nak bercerita mengenai kekejangan otot. Malam tadi, dengan sedap tidurnya tetiba saya terasa kaki kanan saya kejang. Wah! mau tak menjerit. dah lama kaki tak kejang ini.Tak ingat bila kali terakhir kaki saya kejang.



Saya memang tak boleh sejuk sangat, tetapi saya perasan yang 2 3 hari ini saya tidak tidur memakai selimut sebab rasa macam panas. Malam tadi tetiba sahaja dia tarik dan terus minta tolong dengan isteri agar tekan kaki saya. Dia pun cakap suruh tekan ke dinding, mcm mana nak ke dinding, nak gerak pun sakit. Akhirnya tutup muka dengan bantal, terus luruskan kaki dan jerit.... baru kurang... tapi sakit tak ingat.

Jadi pagi ini saya mencari maklumat mengenai kekejangan otot dan saya dapat dari Bahagian Pendididkan Kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Rajin-rajin baca k...

KEJANG OTOT DAN SAKIT KAKI

Diharapkan panduan ini dapat membantu anda mengenalpasti sebab-sebab berlakunya kejang otot dan sakit kaki. Di samping itu diturunkan beberapa petua yang berguna yang boleh anda amal dan lakukan di rumah sebelum berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

KEJANG OTOT

Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid.


Penyebab kejang otot

    Kelesuan otot

    Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup

    Kehilangan cecair badan yang banyak

    Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit

    Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.

    Mengandung

Pencegahan kejang otot

    Lebihkan meminum air dan cecair lain

    Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.

    Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.

    Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.

 

    Berjumpalah doktor jika..

        Kejang otot semakin teruk dan berterusan (lebih dari sejam) dan berlaku berulang-ulang atau terjadi tanpa sebab atau tidak hilang selepas melakukan regangan.

        Berlaku sentakan otot yang berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.

        Berlakunya kekejangan di bahagian dada atau di lengan. Ini mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius telah berlaku pada jantung atau dalam abdomen. Berjumpalah doktor segera.

    SAKIT KAKI

    Penyebab

        Kekejangan otot akibat kelesuan, ketegangan atau kecederaan

        Vena bermasalah-saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantung)

        Arteri berpenyakit-(saluran darah yang membawa darah ke otot kaki)

        Kerosakan pada saraf-lazimnya berlaku di kalangan mereka yang menghidap diabetes, perokok dan peminum alkohol. Timbulnya kesakitan dan kelemahan di sebelah atau di kedua-dua belah kaki.

        Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang anda.

Catatan: Kemungkinan terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan sakit kaki. Lagi pun penyebab-penyebabnya berbeza-beza bergantung kepada umur dan jantina seseorang itu dan juga ciri-ciri tertentu gejala tersebut seperti tempat atau bahagian yang terlibat, kuantiti dan jangka masa, faktor-faktor yang memburukkannya, faktor-faktor yang melegakannya serta aduan atau keluhan yang dinyatakan oleh pesakit.

Pengurusan Sendiri

    Bagi sakit kaki yang tidak bersebab yang berlaku kurang dari seminggu, anda perlu berehat secukupnya. Angkat kaki anda sedikit bila berbaring dan dapatkan ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Kemudian urut perlahan-lahan

    Tuam atau rendam kaki anda dalam air panas/suam ataupun sejuk. Ia boleh membantu melegakan keadaan.

            

            

 

    Sakit kaki yang disebabkan oleh masalah arteri lebih mudah diatasi dengan bantuan tarikan graviti secara membiarkan kaki tergantung ke bawah.

    Bagi sakit kaki yang disebabkan oleh masalah saraf, anda perlu mengawal diabetes anda. Berhenti meminum alkohol jika anda seorang peminum. Berhenti merokok jika anda seorang perokok. Jangan memakai kasut terlalu ketat.

    Berjumpalah doktor jika sakit kaki anda berterusan dan menjadi semakin teruk.

    Biasanya, rawatan bergantung kepada penyebabnya. Ubat-ubatan yang diberi termasuklah ubat penghilang kesakitan, ubat antikeradangan dan lain-lain. Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk anda.

KEJANG OTOT DAN SAKIT KAKI

Diharapkan panduan ini dapat membantu anda mengenalpasti sebab-sebab berlakunya kejang otot dan sakit kaki. Di samping itu diturunkan beberapa petua yang berguna yang boleh anda amal dan lakukan di rumah sebelum berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

KEJANG OTOT

Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid.


Penyebab kejang otot

    Kelesuan otot

    Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup

    Kehilangan cecair badan yang banyak

    Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit

    Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.

    Mengandung

 

    Pencegahan kejang otot

        Lebihkan meminum air dan cecair lain

        Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.

        Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.

        Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.


    Penjagaan sendiri

        Melakukan regangan secukupnya pada otot yang terlibat bagi membantu melegakan kekejangan di kaki. Anda perlu bangun dan berdiri. Apabila kekejangan telah reda urutkan kaki anda perlahan-lahan.

        Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan.

        Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari.

        Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk.


    Berjumpalah doktor jika..

        Kejang otot semakin teruk dan berterusan (lebih dari sejam) dan berlaku berulang-ulang atau terjadi tanpa sebab atau tidak hilang selepas melakukan regangan.

        Berlaku sentakan otot yang berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.

        Berlakunya kekejangan di bahagian dada atau di lengan. Ini mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius telah berlaku pada jantung atau dalam abdomen. Berjumpalah doktor segera.

        

    SAKIT KAKI

    Penyebab

        Kekejangan otot akibat kelesuan, ketegangan atau kecederaan

        Vena bermasalah-saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantung)

        Arteri berpenyakit-(saluran darah yang membawa darah ke otot kaki)

        Kerosakan pada saraf-lazimnya berlaku di kalangan mereka yang menghidap diabetes, perokok dan peminum alkohol. Timbulnya kesakitan dan kelemahan di sebelah atau di kedua-dua belah kaki.

        Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang anda.

 

    Catatan: Kemungkinan terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan sakit kaki. Lagi pun penyebab-penyebabnya berbeza-beza bergantung kepada umur dan jantina seseorang itu dan juga ciri-ciri tertentu gejala tersebut seperti tempat atau bahagian yang terlibat, kuantiti dan jangka masa, faktor-faktor yang memburukkannya, faktor-faktor yang melegakannya serta aduan atau keluhan yang dinyatakan oleh pesakit.


    Pengurusan Sendiri

        Bagi sakit kaki yang tidak bersebab yang berlaku kurang dari seminggu, anda perlu berehat secukupnya. Angkat kaki anda sedikit bila berbaring dan dapatkan ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Kemudian urut perlahan-lahan.

        Tuam atau rendam kaki anda dalam air panas/suam ataupun sejuk. Ia boleh membantu melegakan keadaan.

        Sakit kaki yang disebabkan oleh masalah arteri lebih mudah diatasi dengan bantuan tarikan graviti secara membiarkan kaki tergantung ke bawah.

        Bagi sakit kaki yang disebabkan oleh masalah saraf, anda perlu mengawal diabetes anda. Berhenti meminum alkohol jika anda seorang peminum. Berhenti merokok jika anda seorang perokok. Jangan memakai kasut terlalu ketat.

        Berjumpalah doktor jika sakit kaki anda berterusan dan menjadi semakin teruk.

        Biasanya, rawatan bergantung kepada penyebabnya. Ubat-ubatan yang diberi termasuklah ubat penghilang kesakitan, ubat antikeradangan dan lain-lain. Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...