wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, July 25, 2011

Kaki sakit gara-gara Xplorasi Klik Berita Harian

Salam semua. Apa khabar? pagi-pagi dah berceloteh.Semalam tak sempat, badan dah sakit-sakit. Semalam pegi ke Empire Shopping Gallery.Dari Sungai Besar ke KL dah ada jalan pintas.Guna lebuhraya LATAR. Sekarang masih lagi dalam percubaan, jadi tak perlu kena bayar tol. Memang mudah sebab tak 'jem' dan masih baru. Kalau tidak mesti beratur kereta kat area Sungai Buluh lagi-lagi hari Ahad.



Tujuan pergi sana adalah kerana saya masuk pertandingan xplorasi klik berita harian. Sampai lebih kurang jam 11.00 pagi. Sampai-sampai terasa gabra datang secara tiba-tiba. Ini adalah kali pertama saya masuk program ala ala mencari harta karun.

Tepat pukul 12.30 peserta dikehendaki duduk ditempat yang disediakan sebab pertandingan akan bermula. Keluarga saya ikut sekali dan mereka memerhatikan dari jauh. Tepat pukul 1.00 pertandingan pun bermula. Pada permulaan ada beberapa masalah teknikal pada laptop beberapa orang peserta dan saya jangkakan pasti ada sesetengah peserta yang telah memulakan permainan lebih awal. Saya jujur. Betul, sebab saya berhenti ketika pengacara meminta peserta berhneti saya berhenti. Sebelah saya selamba sahaja buat. Tapi itulah pengalaman, kita dalam pertandingan, bukan dalam peperiksaan. uhuhuhuhuuh.

Cara bermain adalah menjawab soalan di laptop dan juga 'onground'. Kita perlu menjawab soalan berpandukan arahan yang diberikan dalam laptop. Antaranya adalah mencari jumlah bendera yang mempunyai pelekat xplorasi klik BH, lompat bintang, dan kod bonus.

Akhirnya, seoran peserta cina menjadi johan dan membawa RM10k dan 2 orang perempuan menjadi naib johan dan tempat ketiga dengan membawa RM5k dan RM2k. Saya, dapat hadiah saguhati sahaja. Tambah pendrive dari BH dan suratkhabar.:) Alhamdulillah, rezeki saya. Amin

Kesan pada diri saya, balik rumah badan sengal-sengal, lutut yang dulu cedera sakit balik dan tidur awal. Memang bagus kalau kita sertai aktiviti ini sebab semasa permainan badan saya memang berpeluh. Dahaga bukan main lagi. Nak tengok gambar??? silakan...


tekun jawab soalan

bergambar bersama semua peserta... masuk dalam suratkhabar  :)

inilah pentasnya. awek itu bahagian pendaftaran. cermin mata old skool... :) jgn marah.. sempoi

sementara menunggu

cari jawapan tak jumpa..hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...