wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, January 30, 2011

1st order Fridge Magnet

Hari ini wife telah mendapat order dari seorang blogger untuk FM.. Alhamdulillah...20 biji untuk bagi hadiah pada harajadinya.. tahniah!!!! untuk wife saya

Makan Tengahari di Taiping

Salam.. sekarang ada di Kg. Tersusun Bukit Jana untuk makan tengahari di rumah makcik. Wah sedap!!!! ada ayam masak merah, sup cendawan, ikan goreng, sayur kailan, pageri nenas.. ehmmm menyelerakan!!!

Saturday, January 29, 2011

Selamat Tahun Baru Cina


Salam... kepada semua rakyat berbangsa cina.. GOng Xi Fa Cai....!!!!! masuk masuk.. jemput datang umah makan... hehehehe

Friday, January 28, 2011

Jatuh cinta...

Alamak... entri ni memang benar.. tak bohong... saya dah jatuh cinta dengan ....

Budak sekolah hisap rokok

salam semua.. hari ini saya nak cerita apa yang saya lihat semasa saya dalam perjalanan ke sekolah..

Thursday, January 27, 2011

Tingkatkan traffik blog anda

Cara nya begini:
- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

  1. tengku nizam
  2. mizz shizu
  3. Myself V3 Me &
  4. Blog Hanz
  5. BiMies’s WoRLd
  6. Farah Shafiqah
  7. Qila Razak
  8. CekLa
  9. Miss Yaty
  10. Magrib Menjelma
  11. Bila Luna Berkata Kata
  12. Putera30 Photographer
  13. Internet Tutorial
  14. Bandar Baru Kijal
  15. share cerita saya

PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie…



  1. mizz shizu
  2. Myself V3 Me &
  3. Blog Hanz
  4. BiMies’s WoRLd
  5. Farah Shafiqah
  6. Qila Razak
  7. CekLa
  8. Miss Yaty
  9. Magrib Menjelma
  10. Bila Luna Berkata Kata
  11. Putera30 Photographer
  12. Internet Tutorial
  13. Bandar Baru Kijal
  14. share cerita saya
  15. Blog Korang Letak Kat Sini !

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

serunding ayam home made

suka tak??? nak tahu macam mana nak buat?

Wednesday, January 26, 2011

Barclay Premier League

Salam.. adus.. entri ini untuk meluahkan perasaan sejak berkecimpung dalam BPL..Anda semua pernah main game online nie tak?? Saya tahu mesti ramai lelaki or perempuan yang main game EPL Fantasy..

Kemudahan cuti bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam -2011

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 tahun 2010

Tujuan: Menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan -2011

Pelaksanaan:
PTK akan dihentikan pada 1 Januari 2011. Ketetapan ini dibuat setelah mengambil kira pegawai yang menduduki PTK pada tahun 2010 dan sebelumnya untuk dipertimbangkan Anjakan Gaji pada tahun 2011 setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan
Sehubungan dengan itu satu penilaian baru akan diperkenalkan.
Jika masih lagi terdapat PTK yang belum diselesaikan, Lembaga Penilaian Kompetensi yang berkenaan harus menyeleisaikan sehingga sebelum 1 Jun 2011

Pindaan:
Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersama dengan perenggan 52 dan 53, Pekeliling Perkhidmatan 4 tahun 2002 mengenai syarat anjakan gaji dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 mengenai integrasi modul Kenegaraan dalam kursus induksi.

Kena tukar lagi ke?

Salam semua... baru tadi saya buka 'facebook' dan dapat email dari seseorang..

sedih juga, dapat tahu yang saya akan kena tukar balik ke Sekolah Kebangsaan. Memang dah dapat tahu ura-ura yang saya akan ditukarkan ke SK kerana Guru Besar SJKC ada membuat aduan dalam suratkhabar cina mengapa Guru Pemulihan Khas adalah Melayu.

ehmmmm sekarang dah senang je.. tak puas hati buat sahaja komplain pada suratkhabar. Bagi pandangan saya, mana-mana cikgu pun tak ada masalah. yang penting kita mengajar dengan bersungguh-sungguh.. kata 1 Malaysia... yang ini pun nampak dah apa yang terjadi.

Jadi fikir-fikirkan.. dan ini adalah luahan hati saya dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Jangan anggap ini satu yang negatif!

p/s: SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Jangan Kerja Rajin

Salam... semalam masa saya drive LC nak balik rumah tetiba teringat dekat guru tuisyen Roy... Dia selalu sebut benda ini untuk merujuk pada 'shortform'  JKR

Memang betul la perkataan tersebut. Sepanjang saya balik dari Sungai Besar ke Parit 9 Sekinchan, tak ada pun jalan yang elok. Jalan besar tapi bawa 60 ke 90 sahaja. Yang saya lihat tak ada pun yang bawa 90.... kalau ada pun sedikit sahaja

Saya pula dengan barang yang penuh, assyik ber'goyang-goyang'. Jalan kebanyakan beralun! woi! tak buat kerja ker? dah tue main tampal-tampal plak...

lori pun sama... mana ada bawa slow.. semua laju-laju.. agak2 kena buat bonggol gak kot...

k peace no war..

p/s: sekadar luahan rasa

Monday, January 24, 2011

warna huruf vokal pemulihan khas

Salam.. saya nak kongsi ilmu jika mengajar murid pemulhan khas. Ini sebnarnya ada dalam buku panduan tetapi manusia selalu lupa. betul ker??? hehehe bagi saya iya sebab saya pun selalu lupa.. kadangkala baju pun pakai terbalik :)

Fridge magnet hand made

Salam.. dah alang-alang saya buka blog.. saya pun tolong promote hasil kerja isteri saya. nak tengok?


kujie.com datang!

Salam.. tentu anda semua kenal siapa kujie kan... saya pun kenal ketika aktif main blog. ramai blogger yang suggest tengok blog dia.

Dessert petang ini

Salam.. hari ini saya nak cerita pasal puding.. puding ini isteri saya yang buat. Saya ini tak gemar makan puding.. tapi ...

Kes beg sekolah berat

form Mr Google


Salam semua... hari ini saya nak buka cerita mengenai beg sekolah. Ibu bapa yang mempunyai anak yang kesekolah mesti merungut kalau anak membawa beg yang berat. Perkara ini telah dibawa ketika persidangan Dewan Rakyat di Parlimen awal tahun lepas. Sebenarnya masalah ini boleh diatasi bersama-sama..

Sunday, January 23, 2011

bina menu bar pada blog anda

Salam semua. hari ini saya baru sahaja buat menuj bar . terima kasih nescafe ais@ www.maribinablog.blogspot.com :) Sekarang saya akan sampaikan ilmu ini kepada anda yang rajin masuk blog saya.

pastikan anda ikut langkah-langkah tersebut :

blogspot berserabut..

Hari ini saya nak kemaskini blog saya. dah macam tak tersusun dan tak menarik. harap-harap semua akan berjalan lancar. Kalau nak buat 2 blog susah pulak saya nak handle. so better saya buat satu blog sahaja dulu. kalau follower dah 100k saya nak beli domain plak. hehehe harapan biar tinggi beb... ada cadangan tak?

Mentarang masak kari- walaweh sedap!

Salam satu Malaysia. pasti sesiapa yang duduk Sabak Bernam atau baca blog saya pasti pernah dengar pasal mentarang. Memang disini ada mentarang (Sabak Bernam)! Kali ini isteri buat masak kari. AH lupa terima kasih kepada jiran sebelah kerana sudi memberi kami mentarang yang diambil pagi tadi. Memang fresh! selalu makan yang buat bakar sahaja tetapi kali ini buat kari.

Friday, January 21, 2011

Merentas desa Part 2

Salam semua. hari ini saya pening betul... saya dah niat nak buat satu lagi blog menggunakan wordpress tapi baru saya tahu bahawa wordpress.com tidak membenarkan kita meletakkan ad nuffnang! oh tidak! saya tak boleh terima dan saya telah delete blog tersebut. Setelah difikir-fikirkan jalan terbaik adalah saya setia pada satu blog! walaupun dah rasa macam beserabut kerana semua nak letak dalam satu blog tapi ini adalah yang terbaik setakat ini..

Ok kita sambung cerita mengenai merentas desa ek

Thursday, January 20, 2011

Merentas desa-Part 1

salam semua. semalam adalah hari paling penat bagi saya. kelas dari pagi sampai petang... bukan petang itu pukul 1.00 tapi sampai kul 5.oo !  apa lagi aktiviti kokurikulum la ... hehehe saya ni nama sahaja pengakap tapi tak pernah nak ingat dan hafal. Tapi Alhamdulillah nasib baik ada satu blog memerkenalkan blog pengakap tampin yang mempunyai banyak pelbagai maklumat. saya dah lupa link pengakap... nanti saya akan imform kan kalau saya jumpa... ah cakap merentas desa saya kena jaga check point 6 dengan Kai Wang.
Cuaca semalam pun panas. siap pakai lotion lagi! Kai Wang bagi . Itulah pertama kali memakai sun block dalam hidup ini! payung pun nasib baik ada. saya hairan juga kenapa murid ini tak habis-habis lari bila difikirkan baru teringat. dulu murid 500 sekarang dah 960! wah lama betul kena jaga jalan! hehehehe
Lagi satu saya pun hairan, orang  senyum dan angkat tangan . Ada seorang pakcik itu siap patah balik tengok kami dan bagi salam kat saya. Kai Wang kata ' wah! semua orang senyum kat awak'.. saya pun bagitahu 'ya lah...tapi saya tak kenal pun' . Dalam hati ..'senyum itu satu sedekah' :)
ini adalah part 1.. raptai sahaja. nanti petang Jumaat akan ada yang sebenarnya. Jika saya dapat ambil gambar akan saya post dalam blog ini. Salam

Thursday, January 13, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Salam ... sekarang mesti sedang TOP siapakah 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 kan.Oleh itu saya pun nak juga letak post finalis tersebut. :) saja meramaikannya.

Borang pencalonan akhir APB2010 pula akan disiarkan dalam akhbar Berita Harian/ Berita Minggu bermula 17 Januari ini sehingga 13 Mac depan bagi membolehkan pembaca membuat pilihan artis masing-masing. Jadi finalis-finalisnya adalah :

Tuesday, January 11, 2011

pertikaian juara AJL25 - Ana Raffali

Salam. tadi saya baca suratkhabar berita harian mengenai pertikaian AJL25. Siapa lagi kalau bukan Ana rafalli.! Dalam surat khabar tersebut ada seorang yang dikira 'otai' telah mengeluarkan statement bahawa beliau tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut. Tetapi wartawan tersebut telah menemuramah 'otai' juga iaitu M. Nasir selaku ketua juri dan beliau telah bertegas dengan pendirian tersebut. Beliau menyatakan bahawa lagu tersebut membawa mesej tersendiri dan ada yang hendak disampaikan oleh Ana Raffali kepada dunia. Selain M Nasir, juri yang lain adalah Amy Search , Ajai (kalau tak Silap) dan ada lagi... saya lupa ler.:)

Bagi saya itu keputusan juri dan mustahil pihak juri nak memenuhi kehendak Rakyat Malaysia! betul tak? lagu itu memang bagi saya ada maksudnya cuma bagi orang biasa mungkin kena dengar 100 kali kot baru kita faham apa yang nak disampaikan. macam bahasa melayu, kita kena lihat yang tersirat.

ok, apa-apa pun perkara dah lepas. Juara Lagu kali ini pun dah tak buat kategori. semua dirangkum sekali dan pasti ini memberi persaingan yang sihat kepada semua penyanyi. dan semua penyanyi telah membuat yang terbaik! ok bubbye

Monday, January 10, 2011

terkenang zaman persekolahan


salam semua... apa khabar...? sihat? harap semua sihat...saya ni resdung kuat sangat. daripetang tadi asyik gatal hidung. tekak pun sakit sikit... tak tahu  macam mana boleh terkena. mungkin asap ubat nyamuk? cuaca? tak pasti.

Hari ini saya nak menulis tentang kenangan di sekolah. pasti ramai yang ada kenangan semasa di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Tergerak hati ini untuk menulis tajuk ini kerana pagi tadi kena bertugas menjaga blok 5 K dan bilik sains.

Jadi semasa berdiri kat 5 K sambil bersembang dengan seorang murid, terlihat seorang murid membawa bekal makanan! teringat kenangan saya membawa bekal makanan semasa di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. hehehe bukan apa, makan kat kantin tak puas. sikit je... pastu dulu bukan senang. jadi kena la berjimat cermat. betul tak? (jimat kat parents la.. kat saya abis kan duit ;P)

Masa sekolah rendah selalu bawa bekal nasi dengan telur. (sampai sekarang suka makan telur goreng) Saya masih ingat lagi kena 'pau' ngan abang senior. kalau dia lalu mesti singgah mkn satu dua suap. sampai sekarang saya ingat lagi muka dia dan sekarang dia telah berjaya... ada la sekali dua keluar dalam paper kerana mencipta idea kreatif dan innovatif..

Lepas itu yang saya ingat kawan baik saya, Azlan. ah dia la ajar saya buat telur goreng kicap. siap buat sendiri kat rumah n bawa bekal. Cara buat senang je... masukkan telur, kemudian masukkan kicap. Lepas itu sebelum telur tersebut masak penuh, kita hancurkan.Ah lebih kurang telur kicap hancur la. Favourite la sangat time tu...

Masa sekolah menengah pun bawa jugak. tapi tak selalu pun. 'Port' makan kat tepi dewan St. Michael Ipoh. Hahahaha... dulu la.. sekarang tak tahu macam mana sekolah itu. dah cantik sangat dah...Hazan salah seorang kawan yang bawa makan sekali.

Sekarang, pun bawa bekal. tak pernah lagi makan kat kantin sekolah. nanti lah saya akan makan kat kantin. tak tahan bau laksa cina tue.. dulu makan gak.. sekarang tak. ( dulu jahil).. Dah ada family , isteri saya la masak. Kadang-kadang bawa nasi, kadang-kadang roti... tapi selalu nasi. puas hati.. rumah jauh dari sekolah , oleh itu saya perlukan TENAGA! :)

ok setakat sini sahaja celoteh saya, nanti kita cerita lagi k... jangan hilangkan kenangan kita ek.. pada ibu bapa, jangan sekat sangat anak-anak disekolah. bagi mereka mencuba yang lain dari yang lain kerana ilmu pengalaman yang paling berharga..

Sunday, January 09, 2011

Bagaimana membina favicon di sebelah URL

Salam semua.. hari ini saya nak bagi tutorial bagaimana nak letak gambar @ ikon disebelah url. saya buat post ini juga sebab ada seorang follower minta ajar.. dan harap semua boleh buat mengikut kaedah ini. saya pasti ramai yang dah buat. siap ada yang boleh bergerak-gerak lagi kan. Tujuan adalah untuk menambah cantik dan perhatian kepada blog kita. ok tutorial bermula sekarang

Langkah 1. bina dan reka ikon kita sendiri.

Mula-mula pilih gambar atau animation yang anda inginkan. kemudian terus pergi ke laman web http://www.iconj.com Disini juga anda boleh memilih ikon kesukaan anda.. ada macam-macam!


Langkah 2: Upload it

Perasan tak disebelah kanan atas ada 'free favicon hosting' (seperti dalam gambar). ok korang upload gambar tersebut disitu. setelah selesai anda akan dapat seperti ini


Anda ada 2 pilihan. sama ada nak guna Direct Download atau Host it @ IconJ.com.Pastikan anda mengikut arahan yang diberi k!

Langkah 4: Letakkan code tersebut dalam blogger xml layout.

log in ke akaun blogger anda dan pergi ke design > edit html

anda perlu letakkan code tersebut diatas head page. Ini saya bagi contoh hakmilik saya k :)


Selesai dah.. kalau tak jadi bagitahu k! Sekian

Saturday, January 08, 2011

Linus vs. Pemulihan Khas

Salam. sejak beberapa hari ini saya tak dapat nak menulis sebab Broadband dah 'penuh'!. yang ini saya ambil 6gb plak. tue pun setelah isteri saya setuju  nak bayar lebih ;P. kali ini saya nak berkongsi kerunsingan saya terhadap mata pelajaran yang akan saya ajar, Pemulihan Khas.

Seperti yang semua maklum,mulai tahun 2010 murid-murid akan diberi saringan LINUS untuk melihat pencapaian murid-murid dalam bahasa melayu dan matematik. bagi yang tidak melepasi konstruk 1 dan 2 akan memasuki kelas pemulihan. bagi murid tahun 2 2010 pula masih lagi mengikut kaedah pemulihan khas. Mereka perlu melepasi Ujian pelepasan sebelum dibenarkan memasuki ke kelas biasa.

Namun masalah timbul pada saya apabila saya memegang kelas pemulihan di SJKC. Bagi saya murid tahun 3 tak bermasalah kerana memang masih mengikut kaedah pemulihan namun bagi tahun 2 saya terasa masih seperti di awangan lagi.

Jika saya mengambil keputusan saringan 3 2010, hanya Bahasa Melayu sahaja yang tinggal LINUS iaitu seramai 8 orang dan tiada LINUS untuk subjek matematik. Namun guru pemulihan sebelum ini memberi nama murid seramai 19 orang (2 kelas lagi) kepada saya untuk dimasukkan ke kelas pemulihan. Bagaimana guru LINUS memberi maklumat data  kepada pihak PPD? saya menjadi musykil...ini belum lagi yang saya baca di forum dimana murid itu linus tetapi dalam ujian pelepaan , murid tersebut berjaya! ah.. mcm mana itu.

Masalah saya sekarang pula apabila ingin menyusun jadual. terdapat banyak jadual yang bertembung dan baru sebentar tadi saya telah ber 'sms' dengan Pn Jesma dan beliau mencadangkan saya berbincang dengan GPK terlebih dahulu dan menyusun mengikut jadual kelas.

Apa-apa pun saya akan membuat saringan semula berdasarkan ujian saringan 3 dan murid yang melepasi konstruk 8 akan masuk ke kelas seperti biasa. Minggu depan saya akan mulakan.! SAYA BOLEH!

Tuesday, January 04, 2011

Budaya SJKC

salam.. hari ini saya nak kongsi budaya di SJKC. semenjak mengajar di SJKC asyik cerita SJKC je kan..Ala mana tahu boleh buat kenang- kenangan di hari akan mendatang. :)

satu yang saya perasan adalah bila murid berjumpa dengan guru.(selalunya murid tahun 4,5 dan 6).. dah macam orang jepun ARIGATO GOZAIMAS..mereka akan tunduk hormat kepada cikgu...

kedua yang saya perasan.. Guru Besar pun bagi hormat kepada guru dan murid sebelum beri ucapan! wah ini memang tak sangka.. rasa macam di CHina pun ada :)

Bab kerja, korang jangan compare dengan SK. semua sibuk termasuk dengan saya. Nak tak nak kita pun akan buat yang terbaik. Alhamdulillah kebanyakan kerja saya dah siap. sekarang sedang tunggu anak murid dan murid LINUS sahaja.

Bab makan masih dalam masalah. Dulu memang saya mengaku makan kat kedai cina tapi semenjak dah ambil berat tentang halal saya masih tak lagi makan di kantin. semua ambil dari rumah sahaja. walaupun kantin tersebut menggunakan pekerja melayu.

murid pula, kalau yang pandai sikit-sikit bahasa melayu memang saya ajak borak. ada murid tahun 4k.. cikgu awak duduk dimana? oit! salah tanya macam ini maa.. cikgu, cikgu duduk dimana? ;) paling saya suka masuk kelas tahun 1.. murid tahun1 lagi ramai yang boleh cakap BM berbanding dengan tahun 4 dan 5.. hehehe harap-harap kurang murid buat BM..

peace no war

Monday, January 03, 2011

Hari pertama di SJKC

Salam hari ini saya nak luahkan perasaan saya di hari pertama di SJKC. Pertama saya memang suka dengan cara perhimpunan di SJKC. Dalam dewan lagi ..:) tapi terus terang saya katakan saya terasa tension atau deepression gak la... tak tahu kenapa. tapi saya dapat rasa bahawa kerja saya tak siap.. haahahaha..lagi satu dalam kelas... umpama ayam dengan itik... kalau murid tersebut faham sedikit bahasa melayu senang la.. tapi kalau tak boleh kita pula yang rasa stress... asyik gelak je budak tue... hahaha... lama2 aku pun gelak gak... balik rumah plak sampai kul 3... wah aku tak kira... setelah selesai kerja... 1.45 ptg mesti balik rumah saya plak 20 minit...sampai lewat kalau balik lewat...:(

Saturday, January 01, 2011

Tahun 2011 di SJKC

salam semua... lama tak tulis dalam blog. semenjak kena tukar sekolah, rasa masa dah tak ada. 1st sekolah itu jauh. lebih kurang 20 minit dari rumah.Penat jangan cakap. tapi penat bawa motor atas jalan yang tak elok. terumabng ambing je. Ni jalan dari Parit 9 ke Sungai Besar. teruk!!!

27hb adalah hari pertama di sekolah baru. Sekolah SJKC aka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Dah macam orang asing masa itu. tak tahu mana nak pergi .. terus sahaja pergi kebilik guru... masa jalan pun saya sekadar senyum. nak  terbagi salam Islam kepada cikgu cina pun ada. Sampai bilik guru , guru pertama saya tegur Cikgu Yussaini. Ah nasib baik ada.cikgu Melayu (dalam hati).. Kemudian jumpa Cikgu Mastora... CIkgu Osman, Ustazah Rogayah dan lain-lain.. Majoriti guru Islam adalah 9 orang termasuk guru Muallaf.

Dalam mesyuarat, cakap dalam bahasa cina. kekadang bila diaorang gelak saya pun gelak.. saya gelak sebab tengok gelagat cikgu cikgu situ... dan sebab lagi satu umpama ayam cakap dengan itik. hehehehhe tak faham pun. Inilah kali pertama saya mesyuarat dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sekolah itu sapu semua mesyuarat dalam satu hari!!!

Apa yang saya nampak, lihat dan pengalaman di SJKC? Sekolah memang besar dan memuaskan. Persekitaran dan infrastruktur memang terbaik setakat ini (sekolah yang pernah saya pergi). cuma masalah dari segi bahasa  dan sikap guru-guru. maklumlah sekolah cina guru cina ramai dan cara guru cina berbeza dengan guru SK.  tapi yang saya tak boleh lupa bila seorang cikgu cina maklumkan tentang sajak cina yang lebih dari 1000 tahun. dan saya pun ada gak belajar sebut-sebutnya...

Setakat ini saya nak kongsi... dah takder masa saya nak taip sebab banyak kerja nak uat untuk buka sekolah.. salam semua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...