wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, November 15, 2012

Seluar levis 511 slim fit

Alhamdulillah.... Akhirnya tahun ini dapat juga seluar levis yang baru. Terima kasih Chiq Dina yang sudi menaja seluar pada saya tahun ini. Hehehe

Puncanya adalah kerana tertinggal seluar di rumah sebelum balik kampung. Bayangkan hanya ada satu seluar sahaja . Itu sebab Chiq Dina yang belanja.

Sebelum itu saya pergi ke Jaya Jusco Ipoh, sebab tahu ada satu butik levis disitu. Namun memang kecewa dengan kedai itu. Semua jenis yang biasa dan tiada yang terkini. Boleh salesgirl itu kata model ini hanya untuk luar negara sahaja.

Memandangkan perlu ada seluar jadi beli seluar sementara dahulu di Giordano. Kalau bukan sebab terpaksa memang tak beli. Lagi pun kami pergi malam selepas Maghrib.

Kesannya, baru pakai sehari dah rasa tak selesa sebab bukan cutting yang saya minat. Nak jadi cerita, kami pergi ke Ipoh Parade sebab UMobile tak boleh nak BIS. Lepas pergi U Mobile kami pergi ke ke kedai Levis dan memang paling seronok sebab di hadapan kedai itu pun dah ada seluar yang saya nak.
Terus sambar dan yang perlu saya lakukan sekarang, turunkan kebuncitan perut. Seluar dah saiz 36! Hahahahaha



Wednesday, November 14, 2012

Mana piagam pelanggan

Hari ini kami bawa mak pergi imigresen untuk membuat pasport kerana mak plan nak pergi menunaikan umrah tahun hadapan.

Nombor mak 2494 dan nombor sekarang 2344. Ada lagi 100 lebih baru giliran mak. Nak pergi makan pun risau terlepas. Jadi kami buat keputusan untuk tunggu disini sahaja.

Tergerak hati nak tengok piagam pelanggan dan tertera untuk permohonan baru pasport adalah 2 jam.

Pernah tak korang ambil berat tentang perkara ini? Ya setiap organisasi perlu memaparkan piagam pelanggan dan setakat ini saya masih kurang yakin dengan piagam pelanggan di hospital.

Banyak kali dah terkena , walaupun dah tahu ramai orang, kaunter tetap hanya satu atau dua dan tiada pegawai yang bertanggungjawab membetulkan keadaan.

Hari ini saya di Jabatan Imigresen dan saya nak lihat sama ada matlamat piagam pelanggan tercapai atau tidak.

Keputusan : kecewa. 2 jam masih belum dilayan
Punca: waktu rehat. Hanya 2 kaunter dibuka.


Berdasarkan carta organisasi ada 10 orang pegawai permohonan .

Mudah dengan Maybank2U iPad

Semalam baru sahaja update ios 6.01. Dah hilang jailbreak saya. Namun saya rasa tak rugi kerana program terkini lebih tersusun dan banyak yang mudah digunakan. Paling penting tak selalu 'hang'.

Kini saya dapat download Maybank2U dengan yakin dan selamat. Tadi pun saya dah cuba transfer duitdari akaun saya kepada Chiq Dina. Semuanya mudah sahaja!

Cuma yang kurengnya adalah saya tak boleh buat bill payment. Harap dapat diperbaiki lagi ek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...