wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, March 07, 2011

GURU 5 M

Tugas guru bukan sekadar mengajar murid-murid di dalam kelas. Peranan guru sebenarnya jauh lebih meluas malah lebih penting daripada itu. Mengikut Sarjana Islam peranan guru muslim adalah:

  1. Muddaris (pengajar)
  2. Muallim ( orang yang berlimu dan menyampaikan)
  3. Muaddib (pendidik adab dan akhlak)
  4. Murabbi ( penjaga/ pemelihara)
  5. Mursyid (pembimbing jalan yang benar)

Muddaris: menyampaikan ilmu tanpa bosan dan jemu. Guru perlu mengajar murid mengikut aras dan kemampuan sehingga mereka dapat menguasai pelajaran tersebut.

Muallim : Guru mesti menguasai bidang yang diajar. Pastikan ia memiliki ilmu dan kefahaman yang benar kerana jika tersalah ilmu yang diajar akan ditanggung oleh murid.Guru juga perlu menguasai kaedah dan kemahiran bagaimana ilmu itu dapat disampaikan dengan mudah dan difahami.

Muaddib : Guru perlu mengajar murid tentang adab dan tingkah laku yang baik. Guru perlu menyemai sifat terpuji (mahmudah) dan menyingkirkan sifat-sifat keji (mazmumah). Proses ta'dib pula adalah mendidik adab dan akhlak melalui pembentukan kesedaran. Tidak kira apa pun yang guru ajar, guru mestilah mengambil berat didikan adab dan akhlak anak murid.

Murabbi : Guru perlu mengambil tahu tentang kebajikan anak didik.Guru tidak sepatutnya meninggalkan murid tersebut terkontang kanting dalam membentuk keperibadiannya.

Mursyid : Guru perlu membimbing jiwa, perasaan dan pemikiran murid ke jalan yang benar. Guru mursyid memiliki hati yang luhur, amalan yang soleh dan keikhlasan diwajahnya membuatkan anak murid sentiasa ingin mendekatinya.Apabila perasaan ini ada, pasti akan ada saying ketika ada, rindu ketika tiada.


 

Oleh itu guru mempunyai tanggungjawab untuk membimbing akal mereka dengan ilmu yang bestari.Hebat minda hebat jiwa dan hebat sahsiah!

Saturday, March 05, 2011

Surat Tawaran PPG: Surat Tawaran Program Pensiswazahan (PPG) 2011 Untuk Penempatan Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Salam..

Maklumat ini diperolehi dari laman rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  Kepada calon-calon PPG yang permohonannya diluluskan bolehlah menyemak dan mencetak Surat Tawaran  di laman web seperti di bawah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Bagi mereka yang telah mendapat SMS boleh terus cetak Surat Tawaran Online anda di alamat di bawah pada hari Ahad ini.

Surat tawaran secara atas talian (online) hanya boleh dicetak di http://www.upsi.edu.my/tawaran mulai 6 Mac 2011 (Ahad) selepas jam 2.00 petang.

Wednesday, March 02, 2011

Siapa seorang guru..?

Guru merupakan insan yang mengajar insan lain. Mereka merupakan golongan yang mahir dalam bidang masing-masing. Mereka juga penunjuk arah dan kunci bagi ilmu. Tanpa kunci nescaya tidak akan buka gedung ilmu pengetahuan. Guru merupakan penyumbang kepada modal insan cemerlang.

Guru ibarat bintang di langit. Mengapa? Dunia yang berubah dan canggih adalah kerana ilmu dan teknologi yang dihasilkan oleh manusia. Manusia memiliki semua kemahiran ini melalui guru. Tentu semua akan bersetuju , gurulah orang yang mengajar manusia buta huruf menjadi celik ilmu, celik hati dan cendiakawan terbilang. Gurulah yang mengajar manusia mengenal diri dan mengenal Tuhan.

Guru sepatutnya tidak berasa kecil hati atau rendah diri jika ada orang melihat kerjaya ini sebagai tidak hebat. Mungkin kerana mereka tidak memahami kerjaya ini. Kerjaya ini tidak mereka bentuk bangunan atau membina jentera tetapi membina manusia dan memastikan manusia terus menjadi manusia.

Jika seorang jurutera mampu membina sebuah jentera yang besar, ingatlah seorang guru mampu melahirkan insan yang berjiwa besar. Seorang arkitek mampu membina bangunan yang indah, ingatlah seorang gurulah yang melahirkan arkitek yang mebina bangunan indah tersebut.

Wahai guru, barangkali setiap huruf yang kita ajar akan menjadi nur di akhirat nanti. Mungkin di dunia kita tidak kaya, tetapi diakhirat nanti kita bakal dinobatkan seorang jutawan.InsyaAllah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...