Tugas guru bukan sekadar mengajar murid-murid di dalam kelas. Peranan guru sebenarnya jauh lebih meluas malah lebih penting daripada itu. Mengikut Sarjana Islam peranan guru muslim adalah:
- Muddaris (pengajar)
- Muallim ( orang yang berlimu dan menyampaikan)
- Muaddib (pendidik adab dan akhlak)
- Murabbi ( penjaga/ pemelihara)
- Mursyid (pembimbing jalan yang benar)
Muddaris: menyampaikan ilmu tanpa bosan dan jemu. Guru perlu mengajar murid mengikut aras dan kemampuan sehingga mereka dapat menguasai pelajaran tersebut.
Muallim : Guru mesti menguasai bidang yang diajar. Pastikan ia memiliki ilmu dan kefahaman yang benar kerana jika tersalah ilmu yang diajar akan ditanggung oleh murid.Guru juga perlu menguasai kaedah dan kemahiran bagaimana ilmu itu dapat disampaikan dengan mudah dan difahami.
Muaddib : Guru perlu mengajar murid tentang adab dan tingkah laku yang baik. Guru perlu menyemai sifat terpuji (mahmudah) dan menyingkirkan sifat-sifat keji (mazmumah). Proses ta'dib pula adalah mendidik adab dan akhlak melalui pembentukan kesedaran. Tidak kira apa pun yang guru ajar, guru mestilah mengambil berat didikan adab dan akhlak anak murid.
Murabbi : Guru perlu mengambil tahu tentang kebajikan anak didik.Guru tidak sepatutnya meninggalkan murid tersebut terkontang kanting dalam membentuk keperibadiannya.
Mursyid : Guru perlu membimbing jiwa, perasaan dan pemikiran murid ke jalan yang benar. Guru mursyid memiliki hati yang luhur, amalan yang soleh dan keikhlasan diwajahnya membuatkan anak murid sentiasa ingin mendekatinya.Apabila perasaan ini ada, pasti akan ada saying ketika ada, rindu ketika tiada.
Oleh itu guru mempunyai tanggungjawab untuk membimbing akal mereka dengan ilmu yang bestari.Hebat minda hebat jiwa dan hebat sahsiah!
No comments:
Post a Comment