wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, November 06, 2010

demam @ fever

Salam semua... wah cuti sakan kita kan... macam saya 5 hari cuti.. seronok plak jadi cikgu. tak ada masalah pun pasal cuti. masa kerja sebagai kerani, raya ke-3 dah kena kerja.. hahahahha...

Deepavali itu bermaksud Hari Cahaya..itu bagi masyarakat India... kalau salah maafkan ye..


apa yang anda buat masa cuti ini? saya balik IPOH!.. home sweet home... betul kata pepatah hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.. lagi elok di negeri sendiri...
Sekolah saya dulu...

Petang Khamis kami dah balik.. tapi tak tergesa-gesa.. settelkan semua perkara kat Sg. Besar Selangor baru gerak balik Ipoh.. 1st pergi rumah makcik di Batu 6, Tambun. Jumpa dengan mak mertua.. lepas itu pergi ke Klinik Mursyid di Medan Gopeng. Amni tak sihat...

Info dari doktor Tharizah.. kalau anak kita berumur 0-8 tahun demam, jangan bagi pakai baju.. BOGELkan dia, hanya pakai pampers.Terkejut dengar maklumat itu.. siap cakap kalau mak @ mak mertua kata tak boleh, nanti masuk angin la.. and apa-apa lagi la..lawan balik..

hairan juga kenapa tak bagi.. rupa-rupanya tak nak dapat penyakit SAWAN... lagi satu baby ini perlu sentiasa mandi. lepas mandi jangan lapkan.. biar dia kering sendiri. ini untuk tujuan bagi menyejukkan badan....

info ke-3 kalau badan baby itu panas, maksudnya demam dia kurang tetapi kalau badan dia sejuk.. itu tanda demam tinggi...

apa-apa pun kalau was-was jumpa doktor ok!

Hari Jumaat memang best! waktu beristirehat! memang tak pergi kemana-mana ... cuma hari sabtu nie ada kenduri... di rumah opah.. Harap-harap makcik saya akan sembuh dari sakitnya Amin...

Hari Ahad plak plan makan pizza 6 cheese dan pergi ronda-ronda ke Jaya Jusco.. bekas rumah ke-2 .. hahahaha..

Hari Isnin pula nak bawa wife untuk temuduga di JPN Perak dan prepare untuk balik...

ini la cuti DEEPAVALI saya..

p/s: saya dengar bunyi mercun dari pukul 12 hingga 1 pagi semasa HAri Deepavali .... tak ada orang berkuatkuasa ke???

Thursday, November 04, 2010

template terbaru

Salam semua.. kali nie nak cerita pasal template baru saya. Kisahnya bermula

Kring-kring... mak telefon.. jadi sembangla... dah lama tue mak cerita mengenai blog isteri saya.. cantik katanya.. bila tanya saya punya.. mak kata tak.. berselerak!

bermula la kisah pencarian template. masuk yang ini dah 6 kali saya buat.huhuhu.. seksa juga buat blog ni. ini la orang kata.. tak ada kerja cari kerja..

setelah 3 hari berturut- turut mencari , akhirnya saya ambil yang ini.. suka.. sebab simple... tak berserabut.. dan yang penting page rank dah naik...

kalau perasan.. dah tak banyak widget dah.. memang nak buat mcm ini sahaja. tujuan blog pun satu sahaja.. berkongsi pandangan dan pengetahuan..


yang ini pun pernah cuba.. tapi canggih sangat.. tak menjadi


yang ini pun dah cuba...

yang ini besat.. gambar boleh slaid.. tapi tak raeti buat juga...


p/s: apa-apa pun yang penting save dulu template yang lama ok! dan kalau nak cari taip sahaja template. sekarang saya guna wordpress untuk blogspot.

Monday, November 01, 2010

IKEA IKEA IKEA


salam. kali ini nak share pasal IKEA.
hari minggu yang boring, saya telah bawa family ke IKEA.... apa yang best kat IKEA. semua ada!.. tesco ada.. IKANO ada kedai komputer ada kedai baby pun ada.

kami gerak jam 10.00 pagi.. sampai lebih kurang kul 12.00.. nampak A&W.. alamak lama tak minum air root beer aiskrim... apa lagi bawa la family pergi makan tengahari...

lepas makan kami pun ronda-ronda.. mula-mula pergi kedai IT.. nak beli dvd kosong.. tapi dah pesan dengan mak.. kat ipoh ada PC fair.. tengok beg laptop... wah aada yang berkenan. tapi tunggu.. nak pusing-pusing dulu.

kemudian pergi mom's care... nak tebus voucher asalnya... dah beli apa yang nak beli, salesgirl tunjukkan stroller. memang nak beli tapi tengah survey. salesgirl tu memang pandai la... dia kata tak beli tak apa, saya explain fungsi dia.. bila dia dah tunjuk.. berkenan la plak. tapi tak beli lagi bincang dengan isteri.

Jadi lepas solat zuhur dan diskus ngan isteri.. kami pergi balik mom's care dan setuju nak ambil stroller itu... hahaha abis RMxxx.00

memandangkan dah banyak abis, kami pun pergi IKEA. sebelum masuk... saya pergi ke kaunter IKEA friends.. nak buat credit card... dah isi semua lepas tu terfikir... rumah jauh... bukan tiap2 hari nak pergi.. so ISnin ni nak call kata cancel je la.. masuk ke IKEA.. ramai betul orang... tapi puas hati ronda... angan-angan mat jenin je la dulu..

tahu tak saya beli apa..iron board jer :) lepas beli anak pun dah meragam dan adib pun tidur..kami nak balik la. tapi sebelum itu kami beli curry puff ... sedap... ada telur dalam curry puff...

balik sampai umah pukul 7.00 malam.. hahahaha memang berjalan sakan... ok la.. sian tengok anak-anak.. asyik tengok kebun kelapa sawit je...


adib ngan kentangnya


A&W


rootbeer!!!


stroller amni.. abang pun nak gak!



iron board from IKEA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...