wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, August 08, 2016

Basikal lipat

Akhirnya berjaya juga keraskan hati membeli basikal. Dah lama aim.... Tp bila fikir balik macam membazir.
Namun sebabkan beli basikal Adib, terus bertanyakan basikal lipat atau folding bike. Mula2 was-was gak... Kena rujuk sifu peje aka faizal. Dia kata kalau dpt rege murah ok la.. walaupun dia minta survey dulu. Bagi saya kalau survey memang tak beli.
Terus angkat dan percuma botol air. Hahahaha. Jenama XDS AFB650. masa mula2 kayuh dalam kawasan taman dengan Adib. Takde rasa lenguh. Cuma nak set bagi selesa basikal tu je. Kadang2 rasa macam senget je handel... Pastu Jumaat ptg yang lepas dah try kayuh.
1st time kayuh guna gear tinggi sekali . Aduh jenuh nak kayuh. Tak laju. Hahahaha Ahad plak baru turun satu gear..memang terasa seronok. Dah mula laju. Hehehehe akan datang nak turun lagi 1 gear.
Kesan yang dapat... Peha sakit. Tapi tak sakit seperti berlari. Memang sesuai bagi orang yang bermasalah lutut. Kaki dah rasa seperti kuat dan tiada masalah sakit kaki. (Lepas ni boleh cari utk perut).
Kepada yang pertama kali nak kayuh... Saranan saya pilih la basikal road bike atau folding bike sebab senang dan selesa. Mountain bike pun ok juga tapi kena survey kawasan ... Kat jalan raya kena guna kedrat kuat lagi la ek. Sekian citer saya kali ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...