wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, April 08, 2015

TIPS MEMBELI BUNGA DI NURSERI

Membeli apa pun harus tahu tip yang betul agar tidak membazir dan berbaloi. Begitu jugalah membeli tanaman dan bunga di Nurseri atau tapak semaian. Jadi jom semak .

1.Jangan beli bunga yang sedang kembang mekar. Ini kerana kebanyakan tumbuhan yang berbunga bermusim. Bukan itu sahaja kebanyakan tumbuhan tersebut telah diberi baja bunga dan ada kalanya bahagian yang berbunga akan cepat layu selepas proses penanaman. Oleh itu digalakkan untuk anda memastikan tumbuhan anda stabil terlebih dahulu untuk mendapatkan bunga yang mekar dan cantik.

2.Perhatikan betul-betul pada bahagian daun dan pada bahagian dasar tanah tumbuhan tersebut. Kadangkala tanpa kita sedari, terdapat tumbuhan asing atau tumbuhan menumpang. Apa yang paling menggerunkan ialah, terdapat serangga atau siput di celah-celah daun yang merimbun. Perkara ini amat berbahaya kerana ia akan memberi kesan terhadap tumbuhan yang lain di laman kita nanti

3.Tumbuhan yang bersaiz besar tidak bermakna tumbuhan itu bagus. Tumbuhan yang besar akan menyebabkan kos yang tinggi. Kenal pasti saiz pasu yang akan digunakan atau saiz ruang yang mencukupi untuk tanaman tersebut. Untuk pemeriksaan yang betul, letakkan jari anda sedalam 1 inci dari dasar tanaman. 

4.Sila pastikan akar pokok terjalin rapi dan tidak terkeluar dari bekas semaian dan tidak terdapat akar yang berserabut terkeluar di bahagian lubang bawah bekas semaian atau pasu. Perkara ini boleh menyebabkan tanaman tersebut akan kehilangan nutrien. Di samping itu juga, sila pastikan tumbuhan yang telah anda pilih mempunyai akar yang matang.

5.Kenal pasti sifat fizikal tumbuhan yang akan dibeli. Minta nasihat pakar atau buat kajian terperinci sebelum anda memilih tumbuhan-tumbuhan yang bakal anda pilih untuk dibeli terutamanya daripada segi fizikalnya. Perkara ini dapat membantu anda untuk merangka kadar kepadatan dan kadar tumbesaran tumbuhan yang bakal ditanam di laman anda. Kerana ada di antara tumbuhan mempunyai ciri fizikal yang akan berubah dengan ketara apabila sampai waktu matangnya seperti tumbuhan renek boleh juga menjadi pokok kecil.

6.Simpan segala resit yang telah anda beli walaupun ia hanyalah resit membeli medium tanah. Sebahagian nurseri memberi jaminan terutamanya barangan landskap kejur. Ia amat berbaloi untuk kebaikan laman anda kerana ada kalanya ada pokok yang bermasalah atau perabot taman yang rosak dan anda boleh pulangkannya semula ke tempat yang telah anda beli.

7.Sebaiknya beli tumbuhan pada waktu pagi supaya anda mempunyai masa untuk terus menanam tumbuhan yang telah dibeli serta dalam masa yang sama menghias laman anda di sebelah petangnya.

 

 sumber : laman impiana

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...