wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, December 30, 2014

Selamat Hari Lahir Opah Yam

25 Disember 2014 adalah sambutan opah saya.. dengan panggilan Opah. Dah 86 tahun... masih sihat lagi .In Sha Allah

Monday, December 29, 2014

Kopi kaw Suhaimi Kopitiam

Hari ini nak cerita pasal tempat makanan. Baru- baru ini saya terbaca dalam page Ipoh Mari berkenaan dengan kopi ais yang kaw ... dah macam kopi ais kt kedai cina. Terima kasih juga pada sahabat...Mus JPN... (gelaran sebab senang nak ingat) kerana bagi panduan untuj ke kedai Suhaimi Kopitiam.
Kedai ini berhadapan dengan kedai mamak yang sebaris dengan CIMB Silibin.
Menunya simple.. banyak pada roti bengali. Mee kari pun ada tapi kureng bagi saya..nasi lemak tak sempat nk rasa. Dah habis. Roti memang suka lagi- lagi cicah dengan kari ayam. Perggghhh korang order pastu makan roti sahaja. .. roti tu dikukus  dahulu..
Jom jalan2 cari makan

Monday, December 22, 2014

Perkhidmatan GDex dan Go Shop

Hari ini dah nak masuk 6 hari bekerja namun barang yang dipesan dari Go Shop Astro masih lagi tak sampai kerumah. Ini semua hasil tertipu dengan perkhidmatan GDex yang cemerlang yang disiarkan oleh Go Shop .
Saya memesan produk pada hari Sabtu lepas. Berdasarkan e tracking Gdex, memang produk tersebut telah dihantar ke Ipoh pada hari Isnin. Namun dari GDex Ipoh ke rumah saya masih lagi tak dapat. 16 hingga 22 Disember status out for delivery.. 16 dan 17 Disember unable to complete. Ok tak pe saya boleh tunggu...
Tapi apabila dalam sistem kata 18 dan 20 Disember' no one at home'   memang saya tak boleh terima. Jika datang mesti akan diberi notis namun saya tak dapat notis tersebut. Bagaimana nak buktikan mereka datang ke rumah. ? Sungguh mengecewa kan... telefon abang kawasan, asyik unable to call... out of coverage. Aduh.. headquarters tolong la tengok2 anak buah buat kerja. Pada Go Shop.. jangan satu company je guna ek.
Kesimpulan. . Perkhidmatan mengecewakan

Delivery Service You  *can't* Trust

Sunday, December 21, 2014

Cabutan pertama gigi Adib

Hari ini dalam sejarah... gigi pertama adib dicabut. Kali ini saya cabut di Klinik Pergigian Malaysia di UTC Ipoh. Alhamdulillah dapat doktor yang amat baik dan prihatin. Bukan apa, pengalaman dengan doktor perempuan di Klinik Pergigian di Jalan Greentown sehingga menyebabkan saya tak dapat nak makan hampir sebulan  menjadi trauma sehingga kini.
Seorang doktor muda berbangsa cina, lupa nak tahu nama doktor memang patut mendapat aduan pujian kerana perkhidmatan yang amat baik.
Terima kasih doktor!

Saturday, December 20, 2014

Status Al Quran di rumah

Pagi tadi singgah mydin Ipoh dan ada program Outreach yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Zahid Hamidi.
Yang menariknya ada pameran dari kementerian seperti PDRM, PENJARA, KDN, KESIHATAN dan lain- lain.
Yang menarik minat saya apabila ada informasi mengenai  cetakan Al Quran. Ada buku dan Al Quran yang didalam rumah tidak memenuhi spesifikasi.  Bukan itu sahaja, malah ayat gantung pun ada yang silap.
Jadi untuk kita mengetahui sama ada sesuai dengan kita,  belilah Al Quran yang mempunyai pengesahan dari KDN. Bagaimana nak tahu yang benar? Ada cop... dan hologram. Bukan guna stamp pad ek. Jika was- was boleh ke laman web KDN.

Friday, December 12, 2014

Cuti-cuti cheeky Tots

Hari ini adib, amni dan ayla dapat main di cheeky tots. Auntie sara belanja sebab adib dapat tempat pertama dalam kelas. Bukan main seronok lagi.
Lepas mandi dah siap2 pakai stoking. Sampaikan toknya nyorok stoking bawah ketiak pun minta ditukar yang baru.. Amni le...

Thursday, December 11, 2014

Masalah menamatkan Yes Postpaid

Semalam saya telah emailkan penamatan Yes Postpaid. Hari ini telah dibalas email tersebut tetapi amat mengecewakan saya sebab tidak dapat diproses kerana tidak cukup 7 hari. ..??????
Pelik bin ajaib XPDC....

Kitaran bil saya 18Hb... Saya hantar borang penamatan 10hb... Ada lagi 8 hari tetapi pihak advokasi Yes menyatakan yang saya tak cukup 7 hari. Lagi satu saya guna auto debit untuk bayaran Yes saya ini dan mustahil saya tak bayar pada 19hb...

Mungkin ini agenda untuk menggalakkan pengguna meneruskan penggunaan... Atau teknik2 untuk melewatkan penamatan. 

Masalah apabila tiada cawangan Yes di negeri dan hanya ada di KL... 




Bil cukai taksiran MBI

Salam
Apa khabar?  Petang tadi check peti surat dan dapat surat dari MBI. Sudah semestinya ia cukai taksiran. Ini kali kedua saya bayar. Tahun ini saya tidak duduk sepenuhnya dirumah ini. Namun tetap kena bayar sebab nama pemilik telah ditukarkan keatas nama saya.
Bagi tahun 2015 dan seterusnya memang dah saya yang duduk... jadi kena siapkan ongkosnya tiap2 tahun.
Untuk kawasan rumah saya, bayarannya rm 141.90. Jadi saya akan bayar dengan segera sebab ada cabutan bertuah. Taknak besar2 dapat gajet pun Alhamdulillah. .. hehehehe

Wednesday, December 10, 2014

Belajar memancing ikan sungai

Cuti minggu lepas kami sekeluarga balik ke Kuala Kangsar. Sekali ngan kenduri staff sekolah saya. Jadi selamat Pengantin Baru buat sue dan pasangannya.
Sebelum balik adib dah plan nak memancing ikan. Mak saya plak ni memang suka memancing, jadi semua dah ada. Walaupun begitu kami dah beli juga kelengkapan memancing.
Janji dikotakan.. tepat kul 3 petang kami g memancing . Dekat je ngan rumab mak. Yang bestnya ibu dan baba adib yang excited. Amni langsung tak minat. Adib minat tapi masih rasa was was.
Kali pertama pergi kami tak dapat apa2 kecuali emak. Keesokkan kami memancing lagi sekali dan kali ini 14 ekor ikan lampam berjaya kami dapat. Chiq dina paling banyak dapat...

Friday, December 05, 2014

DIY water heater

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menyiapkan pemasangan water heater secara DIY. Beli water heater pun sebab anak-anak yang akan sekolah tahun hadapan. Jika ada ibunya senang sikit, ni saya seorang sahaja yang kena uruskan. Harap dengan water heater tak ada masalah nak mandi pagi terutama amni...

Jadi disini saya bagi tips sedikit sebelum memasang water heater. Pertama kena fikirkan kedudukan dan punca air yang akan diambil. Sebelum itu, upah untuk pasang water heater ini rm80.00 . Belum masuk harga untuk buat paip. Saya plak jenis suka bab menghancurkan barang, jadi baik saya cuba dulu. Terima kasih pada Chiq Dina yang membantu memberi idea kedudukan dan punca air. Kami ambil air dari shower yang disediakan oleh pemaju. Jadi tak ada pasang punca air baru.

Semasa nak pasang, kena sediakan alatan-alatan yang sesuai. Kalau tak ada pandai2 le ek. Semasa pasang ini kena ada pembantu. Terima kasih Abang Adib dan Chiq Dina... Yang masalah saya hadapi adalah wiring . Tak cukup panjang. Dan apabila buat sambungan pastikan anda menggunakan wiring 2.5 mm kalau tak silap. Senang cakap, kata kt kedai elektrik, nak wayar untuk water heater. Ini sebab water heater guna tenaga elektrik yang tinggi.

Akhir sekali, sebelum nak guna, baca panduan yang diberi. Macam joven, panduan suruh isikan air penuh tanpa 'on' suis supaya dapat membuang kotoran dalam pemanas air. Selepas selesai baru boleh cuba. Hati-hati, sebab risau ada arus elektrik k... Jangan lupa periksa semua button pada water heater. Skru kan dengan betul dan ketat. Kalau nak cantik, seal dengan gam ek.

Sekian tentang diy... Masalah yang saya nampak, ada air menitis pada penyambung tembaga.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...