wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, September 20, 2014

DIY plastik cermin tingkap rumah

Salam semua . Cuti sekolah pun nak habis. Dapatlah duduk rumah sendiri masa cuti sekolah. Namun apabila duduk rumah sendiri 1 hari suntuk, baru perasan. Tingkap yang berwarna hijau (tinted) masih boleh dilihat dari luar.
Jadi mula la membuat research, dan akhirnya membuat keputusan untuk tintedkan tingkap secara DIY. Senang je sekarang... pergi je Mr. DIY. Dah lama perhatikan dan kami pergi DIY di Ipoh Parade. Itulah DIY yang luas dan besar di Ipoh.
Harga plastik tingkap itu RM22.00 . Lupa plak berapa panjang dan lebar. Untuk tingkap rumah saya, boleh letak sebanyak 10 cermin. Yang ke 10 itu..tampal separuh- separuh. Sebab tak cukup untuk 1 cermin.
Bahan- bahan yang diperlukan, pisau, gunting, scraper, pembaris, pensil dan penyembur sabun.
Mula mula bersihkan cermin dengan penyembur dan bersihkan dengan scraper.  Kemudian letakkan plastik tinted dan ambil ukuran. Selepas itu potong.
Setelah dapat potongan yang sesuai, jangan lupa buka lapik plastik. Korang pernah tengok kedai tinted pasang kat kereta tak? Sama le prosesnya. Ada selapis plastik nipis yang perlu dibukakan. Selepas itu spray air sabun ke plastik yang hendak ditampal.
Dah spray, kita tempek plastik ke cermin dan gunakan scraper untuk membuang air sabun dan udara antara plastik dan cermin. Memandangkan buat sendiri, nak perfect tak dapatlah. Asalkan cermin tersebut tidak telus dari luar ke dalam rumah. Jadilah. Saya memerlukan 3 roll untuk membuat tigkap di dapur dan bilik stor. Asalkan matlamat tercapai. .saya puas hati

1 comment:

Mohd Rozaain said...

saya ada buat pemasangan tinted disekitar kL/ selangor. harga serendah rm2/ sq feet. free quotation, no minimum order. kalau nk pasang sendiri/ DIY pun boleh. kalau jauh saya boleh pos. please like fb page kami project tint malaysia/ call 019-6406282

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...