HARI BERKABUNG NEGARA SEMPENA KETIBAAN JENAZAH TRAGEDI MH17
Sukacitanya perkara di atas adalah di ruiuk.
2. Sebagaimana semua sedia maklum, ienazah mangsa tragedi MH17 akan sampai ke negara kita pada 22 Ogos 2014 (Jumaat). Oleh itu kerajaan Malaysia akan melaksanakan satu hari berkabung sebagai tanda rasa sedih dan menghormati kepada mangsa yang terlibat. lanya juga sebagai satu penghormatan negara kepada mangsa dan keluarga yang terlibat.
3. Sehubungan dengan itu, semua warga pendldikan dikehendaki mengikuti dan mematuhi perkara-perkara yang berkaitan dengan Hari Berkabung Negara ini meliputi perkara-perkara seperti berikut :-
3,1 Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang (bendera Malaysia sahaja).
3.2 Bertafakur selama 1 minit
3,2.1 Waktu bertafakur antara pukul 10.45 hingga 11.15 pagi (bila iiba waktu bertafakur ltu sekiranya sedang mesyuarat, bersukan dan sebagainya maka hentikan untuk melaksanakan tafakur tersebut)
3.2-2 Warga pendidik beragama Islam hendaklah membaca Al-Fatihah .
3.3 Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/ garang.
4. Walau bagaimanapun bagi menyelaraskan waktu bertafakur ini pihak tuan dicadangkan mengambil tindakan berikut: -
4.1 Sentiasa merujuk radio dan televisyen pada waktu tersebut supaya kita dapat laksanakan ianya dalam masa yang sama.
4.2 Jabalan, Pejabat pendidikan Daerah, sekolah dan institusi pendidikan yang ada kemudahan PA sistem, makluman bertafakur ini boleh disalurkan melalui PA sistem tersebut.
4.3 Perlulah sentiasa mengikut perkembangan dan sebarang perubahan maklumat berkaitan Hari Perkabungan Negara ini dari radio dan televisyen serta media eletronik yang lain untuk maklumat terkini.
5 Mohon kerjasama semua pejabat pendidikan Daerah untuk menyebarluaskan maklumat dan tindakan ini kepada semua sekotah dan institusi pendidikan di bawah kawalan dan seliaan daerah masing-masing supaya semua perkara yang dinyatakan di atas dipatuhi. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam naf ini amai dihargai dan didahuluidengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dimaklumkan.
No comments:
Post a Comment