25 Disember 2014 adalah sambutan opah saya.. dengan panggilan Opah. Dah 86 tahun... masih sihat lagi .In Sha Allah
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Tuesday, December 30, 2014
Monday, December 29, 2014
Kopi kaw Suhaimi Kopitiam
Hari ini nak cerita pasal tempat makanan. Baru- baru ini saya terbaca dalam page Ipoh Mari berkenaan dengan kopi ais yang kaw ... dah macam kopi ais kt kedai cina. Terima kasih juga pada sahabat...Mus JPN... (gelaran sebab senang nak ingat) kerana bagi panduan untuj ke kedai Suhaimi Kopitiam.
Kedai ini berhadapan dengan kedai mamak yang sebaris dengan CIMB Silibin.
Menunya simple.. banyak pada roti bengali. Mee kari pun ada tapi kureng bagi saya..nasi lemak tak sempat nk rasa. Dah habis. Roti memang suka lagi- lagi cicah dengan kari ayam. Perggghhh korang order pastu makan roti sahaja. .. roti tu dikukus dahulu..
Jom jalan2 cari makan
Monday, December 22, 2014
Perkhidmatan GDex dan Go Shop
Hari ini dah nak masuk 6 hari bekerja namun barang yang dipesan dari Go Shop Astro masih lagi tak sampai kerumah. Ini semua hasil tertipu dengan perkhidmatan GDex yang cemerlang yang disiarkan oleh Go Shop .
Saya memesan produk pada hari Sabtu lepas. Berdasarkan e tracking Gdex, memang produk tersebut telah dihantar ke Ipoh pada hari Isnin. Namun dari GDex Ipoh ke rumah saya masih lagi tak dapat. 16 hingga 22 Disember status out for delivery.. 16 dan 17 Disember unable to complete. Ok tak pe saya boleh tunggu...
Tapi apabila dalam sistem kata 18 dan 20 Disember' no one at home' memang saya tak boleh terima. Jika datang mesti akan diberi notis namun saya tak dapat notis tersebut. Bagaimana nak buktikan mereka datang ke rumah. ? Sungguh mengecewa kan... telefon abang kawasan, asyik unable to call... out of coverage. Aduh.. headquarters tolong la tengok2 anak buah buat kerja. Pada Go Shop.. jangan satu company je guna ek.
Kesimpulan. . Perkhidmatan mengecewakan
Delivery Service You *can't* Trust
Sunday, December 21, 2014
Cabutan pertama gigi Adib
Hari ini dalam sejarah... gigi pertama adib dicabut. Kali ini saya cabut di Klinik Pergigian Malaysia di UTC Ipoh. Alhamdulillah dapat doktor yang amat baik dan prihatin. Bukan apa, pengalaman dengan doktor perempuan di Klinik Pergigian di Jalan Greentown sehingga menyebabkan saya tak dapat nak makan hampir sebulan menjadi trauma sehingga kini.
Seorang doktor muda berbangsa cina, lupa nak tahu nama doktor memang patut mendapat aduan pujian kerana perkhidmatan yang amat baik.
Terima kasih doktor!
Saturday, December 20, 2014
Status Al Quran di rumah
Pagi tadi singgah mydin Ipoh dan ada program Outreach yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Zahid Hamidi.
Yang menariknya ada pameran dari kementerian seperti PDRM, PENJARA, KDN, KESIHATAN dan lain- lain.
Yang menarik minat saya apabila ada informasi mengenai cetakan Al Quran. Ada buku dan Al Quran yang didalam rumah tidak memenuhi spesifikasi. Bukan itu sahaja, malah ayat gantung pun ada yang silap.
Jadi untuk kita mengetahui sama ada sesuai dengan kita, belilah Al Quran yang mempunyai pengesahan dari KDN. Bagaimana nak tahu yang benar? Ada cop... dan hologram. Bukan guna stamp pad ek. Jika was- was boleh ke laman web KDN.
Friday, December 12, 2014
Cuti-cuti cheeky Tots
Hari ini adib, amni dan ayla dapat main di cheeky tots. Auntie sara belanja sebab adib dapat tempat pertama dalam kelas. Bukan main seronok lagi.
Lepas mandi dah siap2 pakai stoking. Sampaikan toknya nyorok stoking bawah ketiak pun minta ditukar yang baru.. Amni le...
Thursday, December 11, 2014
Masalah menamatkan Yes Postpaid
Bil cukai taksiran MBI
Salam
Apa khabar? Petang tadi check peti surat dan dapat surat dari MBI. Sudah semestinya ia cukai taksiran. Ini kali kedua saya bayar. Tahun ini saya tidak duduk sepenuhnya dirumah ini. Namun tetap kena bayar sebab nama pemilik telah ditukarkan keatas nama saya.
Bagi tahun 2015 dan seterusnya memang dah saya yang duduk... jadi kena siapkan ongkosnya tiap2 tahun.
Untuk kawasan rumah saya, bayarannya rm 141.90. Jadi saya akan bayar dengan segera sebab ada cabutan bertuah. Taknak besar2 dapat gajet pun Alhamdulillah. .. hehehehe
Wednesday, December 10, 2014
Belajar memancing ikan sungai
Cuti minggu lepas kami sekeluarga balik ke Kuala Kangsar. Sekali ngan kenduri staff sekolah saya. Jadi selamat Pengantin Baru buat sue dan pasangannya.
Sebelum balik adib dah plan nak memancing ikan. Mak saya plak ni memang suka memancing, jadi semua dah ada. Walaupun begitu kami dah beli juga kelengkapan memancing.
Janji dikotakan.. tepat kul 3 petang kami g memancing . Dekat je ngan rumab mak. Yang bestnya ibu dan baba adib yang excited. Amni langsung tak minat. Adib minat tapi masih rasa was was.
Kali pertama pergi kami tak dapat apa2 kecuali emak. Keesokkan kami memancing lagi sekali dan kali ini 14 ekor ikan lampam berjaya kami dapat. Chiq dina paling banyak dapat...
Friday, December 05, 2014
DIY water heater
Sunday, November 30, 2014
Main buih belon
Pagi ni bawa diaorang pergi padang polo. Riadah di padang polo pun jam 9.30 pagi. Memang lewat tapi sebab dah janji pergi je.
Asal ajak main bola tapi ibunya belanja main belon buih. Banyak kiosk yang dibuka disini untuk permainan belon.
Harga 1 bekas kecil rm2... ok la.. kalau besar lagi lambat habis. Huhuhuhu
Thursday, November 27, 2014
Guli oh guli
Kenangan tak boleh lupa bila adik yang ambil bawa balik kampung ... lepas tu abis.. sebab dia kalah. Tu la... cepat zaman berlalu.
Sekarang zaman adib. Memang akan bagi dia rasa permainan yang melibatkan psikomotor. Biar aktif dan selalu support games yang dia nk ceburi.
Thursday, November 20, 2014
Tabika Kemas Perak Berselawat
Pada hari ini telah diadakan program Tabika Kemas Perak Berselawat di Stadium Indera Mulia Perak. Penyertaan seramai 1580 murid tabika dari seluruh Perak telah berjaya mencatat sejarah apabila Malaysia Book Of Record mengesahkan sebagai penyertaan yang paling ramai bagi kategori Tabika.
Adib pun menyertai dan dalam pertandigan mewarna mendapat tempat ke 10 dari 100...Alhamdulillah
Thursday, November 13, 2014
Thursday, November 06, 2014
Terima Kasih Nuffnang
Alhamdulillah... dari berblog ini dapat juga rezeki yang tak disangka. Terima kasih Nuffnang ... nak lagi gempak tak reti... jadi terima aje la dengan blog yang dah berusia 3 tahun ni...
Wednesday, November 05, 2014
Mudahnya mengemas rumah
Alhamdulillah.... saya baru terima hadiah dari susun atur sioca..ni hadiah dari cabaran bulan september dan oktober- laman / garaj.
Saja masuk sebab kebetulan memang baru buat laman dirumah sendiri. walaupun tahu laman saya ni baru berusia 3 minggu..
Rezeki juga saya kerana dalam ramai2.... saya antara pemenangnya. Nak jadi cerita memang chiq dina pun berkenan nakkan buku ini.
Terima kasih kepada susunatursioca dan juga penaja. AMIN
Friday, October 31, 2014
Home Planner 2015
Softcopy.
Lengkap semua ada seperti diterangkan di atas.
93 mukasurat.
RM25 sahaja!
Pakej 2:
Softcopy.
Boleh pilih templat sama macam tahun lepas iaitu perancang bulanan je, takde perancang harian.
21 mukasurat.
RM10 sahaja!
Pakej 3:
Softcopy & Hardcopy.
Sama serupa dengan saya punya, boleh pilih wrapping paper yang ada dalam koleksi saya.
93 mukasurat.
RM100 sahaja! {Termasuk kos printing berwarna full pages, kertas, tabs, binding, cover depan belakang, laminate, postage etc}