wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, October 16, 2013

Demam Hari Raya Aidiladha

Kali ini cerita pasal demam Hari Raya Aidiladha. Ini bukan demam nak beraya tetapi demam panas yang melanda. Mula-mula saya yang kena dahulu. Hari Ahad pagi saya dah mula rasa sakit kepala di belakang kepala. Selalunya itu petanda saya migrain atau stress. Jika saya telan 2 biji panadol, esok saya akan rasa sihat. Tetapi keesokan harinya saya masih lagi sakit.

Hari Isnin itu saya rasa lebih kurang 5 kali saya dah muntah. Sampai dah lemah badan saya. Siap muntah dalam kereta. Balik Ipoh saya nak pergi ke klinik Murshid tetapi tutup.akhirnya saya pergi ke poliklinik Jit. Dia kata kena cucuk, tetapi saya kata saya nak makan ubat. Malam itu saya makan ubat dan rasa macam dah ok.

Alhamdulillah pada Hari Raya Aidiladha dapat juga saya solat dan melihat korban. Namun semuanya berubah apabila petang itu badan saya mengigil kesejukan. Kali ini saya pergi ke klinik Fair Park. Tak banyak tanya, doktor kata saya perlu diberi suntikan. Ambik kau... Kena satu injection di punggung. Baru ok... Sebab apa. Sebab suhu badan dah 100F...

Hari ini (Rabu) anak saya pula demam. Kes lebih kurang macam saya. Ini pasti virus demam sedang menyerang kami sekeluarga. Harap harap abang dan kakak akan cepat sembuh. Amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...