wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, October 31, 2013

Pelan dapur rumah baru

Alhamdulillah akhir nya hari ini dapat panggilan dari Apple ID. Minta datang lihat pelan 3D dapur rumah. Temu janji pada jam 5 petang dan saya amat suka dengan pelan tersebut.  Cuma saya kena minta pandangan pada Chiq Dina pula. Harap akan ada penambahbaikan. Dah alang-alang guna ID mesti kita nk buat yang terbaik dan mengikut citarasa kita kan.
Saya tak dapat nak tunjukkan pelan 3D kerana belum menerima email. Ini adalah pelan 2D

Tuesday, October 29, 2013

Sambutan Hari Kantin 2013

Pada hari Sabtu yang lepas telah diadakan Hari Kokurikulum dan Hari Kantin SKKM 2013. Pelbagai acara dan menu makanan yang disediakan.
Seperti kami badan Beruniform Pengakap menyediakan menu lemang dan rendang serta burger. Harga yang kami letakkan RM 3.00 1 bekas dan RM 5.00 untik 2 bekas.
Program ini adalah untuk mengumpul dana bagi program kemajuan murid-murid dan sekolah. Jadi memang harga mahal dari biasa. Membeli sambil menderma...

Sunday, October 20, 2013

Transformers Construct Bots

Hari ini saya dan adib berjalan jalan sambil niat nak belikan kolam seperti yang dijanjikan oleh ibunya. Namun yang dibeli bukanlah kolam memandangkan hari pun asyik hujan sahaja. Kurangkan yang tidak perlu dan belikan untuk adib Transformer Construct Bots speerti yang diiklankan di TV dan dalam aplikasi ipad.
Seperti biasa yang memasang adalah babanya. Tapi kali ini adib boleh bersabar. Tak tergesa gesa seperti sebelum ini. Sama seperti Bdaman , Transformer ini juga mempunyai komponen komponen kecil. Ini yang baba suka buat pun. Dari beli yang merapu baik belikan mainan macam ini.

Wednesday, October 16, 2013

Demam Hari Raya Aidiladha

Kali ini cerita pasal demam Hari Raya Aidiladha. Ini bukan demam nak beraya tetapi demam panas yang melanda. Mula-mula saya yang kena dahulu. Hari Ahad pagi saya dah mula rasa sakit kepala di belakang kepala. Selalunya itu petanda saya migrain atau stress. Jika saya telan 2 biji panadol, esok saya akan rasa sihat. Tetapi keesokan harinya saya masih lagi sakit.

Hari Isnin itu saya rasa lebih kurang 5 kali saya dah muntah. Sampai dah lemah badan saya. Siap muntah dalam kereta. Balik Ipoh saya nak pergi ke klinik Murshid tetapi tutup.akhirnya saya pergi ke poliklinik Jit. Dia kata kena cucuk, tetapi saya kata saya nak makan ubat. Malam itu saya makan ubat dan rasa macam dah ok.

Alhamdulillah pada Hari Raya Aidiladha dapat juga saya solat dan melihat korban. Namun semuanya berubah apabila petang itu badan saya mengigil kesejukan. Kali ini saya pergi ke klinik Fair Park. Tak banyak tanya, doktor kata saya perlu diberi suntikan. Ambik kau... Kena satu injection di punggung. Baru ok... Sebab apa. Sebab suhu badan dah 100F...

Hari ini (Rabu) anak saya pula demam. Kes lebih kurang macam saya. Ini pasti virus demam sedang menyerang kami sekeluarga. Harap harap abang dan kakak akan cepat sembuh. Amin..

Tuesday, October 15, 2013

WW | Salam Aidiladha 1434H

Seni jahitan di Mydin Meru Ipoh

Salam semua. Post ini dah lama buat tetapi tak tahu mana silapnya tak dapat nak published.  Siap hilang lagi entri ini.

Untuk makluman kepada kaki seni terutama seni jahitan , pihak Apple telah mengadakan pameran di Mydin Meru Ipoh selama 10 hari bermula pada hari Jumaat (11 Oktober 2013). Pamerana tersebut diadakan di kuar legar tingkat bawah.

Apple adalah sebuah syarikat yang membekal dan mengajar anda menjahit dengan modul yang disediakan. ini semua gara gara bonda saya la. Beliau peminat tegar menjahit. Tujuan beliau untuk membeli kain kain yang cantik dan berkualiti. Ini bukan apple gajet ek. Hehehe

Sunday, October 06, 2013

Perkhemahan SKKM 2013

Salam. Hari ini baru dapat balik ke Sg. Besar setelah hampir sebulan tidak balik. Semuanya gara gara aktiviti yang diadakan pada hari Sabtu. Kelas ganti dan aktiviti perkhemahan di sekolah. Ini pun sepatutnya tak dapat balik kerana program 1M1S. Nasi. Baik GPK saya ni baik. Memahami apa yang tersirat didalam hati.  Hehehe terima kasih cikgu.

Minggu lepas telah diadakan perkhemahan di sekolah dan saya telah dilantik menjadi ketua komandan. Ambik kau! Sebelum ini selalu dapat mengelakkan diri tapi kali ini tidak. Kadang kala perasaan ini suka mengganggu jntum kita ke hadapan.  Jika tidak bermula dengan langkah pertama bagaimana untuk langkah kedua dan seterusnya. Betul tak Kak Ton ? Apa kena mengena ngan kakton ....abaikan
Disini saya mengucapkan terima kasih kepada timbalan kem kom iaitu Cikgu Khairul dan Ustazah Arsyi kerana membantu saya menguruskan aktiviti ini dan juga kepasa cikgu cikgu yang terlibat. Tanpa kerjasama antara guru guru ,pasti aktiviti ini tidak dapat dijalankan. Begitu juga dengan murid murid yang terlibat. Kenakalan anda semua tidak begitu mengecewakan saya. Saya faham , masa ini kamu semua nam berseronok , tetapi cikgj kena juga tegur agar tidak menjadi kucar kacir. Sampai kul 4 pagi pun korang tak tidur ek.

Ini ada beberapa gambar untuk dikongsi bersama.. enjoy



Alamak... gambar dah transfer ke laptop. Nanti saya shsre kemudian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...