ĹSalam Jumaat . Dah solat Jumaat ke ? Saya baru balik dari menunaikan solat. Lama tak tulis entri jadi sebelum saya merehatkan minda dan badan teringin nak berkongsi cerita tentang rumah.
Alhamdulillah permohonan pinjaman saya telah diluluskan. Akan bersiap sedia untuk bayaran bulanan je nanti.
Memandangkan rumah masih dalam pembinaan saya pun bersiap siap untuk membuat tambahan plug ,soket ,dan lampu. Memang pemaju dah siap bagi poin tetapi kebanyakkan yang saya baca dalam blog dan pengalaman pasti akan memerlukan penambahan wyring.
Pada selasa yang lepas saya telah berjumpa dengan wyring man dan dia pun dah bagi suggestion kat mana nak tambah. Ikut plan saya 8 poin je tetapi lepas dengar cakap dia rasa berpuluh puluh poin kena tambah. Saya ikut ajer la...nak tahu juga berapa yang akan dia charge.
Pada hari Khamis pemaju telefon dan memaklumkan kesemua kos termasuk pemasangan 3 fasa RM5000. Terkejut berok jap. Hehehehe terus contact chiq dina dan berbincang.
Akhirnya kami bercadang untuk tidak menggunakn 3 fasa dan akan mengurangkan poin lampu di dalam bilik. Hari ini tunggu chiq dina balik untuk keputusan muktamad sebelum berjumpa dengan pemaju.
Ps : harga kos untuk 3 fasa RM1700... kena pekiaq balik
No comments:
Post a Comment