wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, May 13, 2013

Tukar tinted gelap di Ipoh

Salam kawan- kawan serta pembaca blog ceritadqimie. Hari ini nak cerita mengenai tinted kereta. Bukan kereta putih tetapi kereta persona. Tahun kereta 2007 dan itulah tahun pertama tinted itu dibuat. Jadi sekarang 2013 dan sudah 6 tahun usia kereta persona. Tinted pun dah macam tak ada tinted.

Minggu ini chiq dina balik ke Ipoh dan dikesempatan itulah saya pergi menukar tinted kereta yang dibiayai oleh credit card dan akan dibayar balik chiq dina. Heheehe walaupun sibuk kesana ke sini tetapi saya curi juga masa yang ada untuk saya menukarkan tinted. Sebelum itu saya pergi membuat balancing kereta selepas chiq dina mengadu kereta bergegar ketika memandu 140km. Ehem ehem...tau tak berapa harga untuk balancing. Rm10 sahaja. Murahkan. Ikutkan rm8 , tetapi zaman dah berubah walaupun cara yang digunakannya adalah manual.

Berbalik kepada tinted,  saya buat di kedai Win Soon Tanjung Rambutan. Dikedai situ bagi saya amat berpatutan dan mampu milik. Dari zaman kereta merah lagi saya pergi kesitu. Saya ambil tinted Air Cool sebab harganya murah. Bagi cermin belakang dan 4 tingkap berharga rm90 sahaja. Saya memilih warna hitam dan kadar peratus adalah 35% .

Disebabkan saya pernah tinted sebelum ini maka saya perlu membayar upah untuk menanggal tinted lama dengan harga rm 40 . Kalau anda rajin,  cuba buka sendiri dahulu dan cucikan cermin tersebut. Jadi tak perlu bayar rm40 kan.
Bagi tingkap cermin pintu adalah tidak bermasalah kerana masih senng ditanggalkan tetapi cermin belakang memang susah.  Mungkin disebabkan terlalu lama,  gam tinted tersebut melekat dengan kuat dan tidak dapat membuka dengan sekali gus. Akhirnya terpaksa saya mengizinkan pomen untuk mengikis dengan pisau. Kesannya heater cermin belakang tidak berfungsi. Kalau berkabus kenalah lap degan kain.
Masa untuk memasang tinted adalah lebih kurang 3 jam. sekarang tinted dah gelap bagi tingkap dan belakang. Depan tak buat sebab maaih elok lagi. Inilah gambar untuk dikongsi bersama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...