Salam semua. Selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Masa inilah yang sesuai untuk balik kampung. Jadi berhati-hati ketika memandu k.
Cuti ini kami balik ke Kuala Kangsar. Tapi kami lajak ke Taiping. Tempat lama lagi dikenang. Hehehe mula-mula kami pergi makan mee udang Mak Teh. Ia terletak di Kuala Sepetang. Pesan buat saya, kalau pergi jangan waktu cuti atau hujung minggu. Alamatnya menu yang ada hanyalah mee udang sahaja. Lepas tu kena tunggu hampir 2 jam. Memang sedap dan rasa lain dari mee udang BNO. Sebelum itu kami singgah ke kilang roti manual di simpang masuk ke Kuala Sepetang. Cara bakar roti pun guna cara lama. Tapi roti yang nak tak ada, kami beli roti kepala lutut je
Selepas solat Maghrib, kami pekena Yong Tau Foo di kedai belakang bomba. Kat situ yang istimewa adalah Yong Tau Foo . Berderet kedai kat situ yang menjual makanan tersebut. Lagi satu yang menarik adalah nasi ayam. Ada menu tambahan iaitu hati ayam. Kat situ pun ada aiskrim. Amni memang suka makan aiskrim.