wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, February 19, 2013

Penempatan pertukaran guru terlatih antara negeri 2013

Sedang asyik berborak-borak dengan cikgu tentang guru dan murid-murid untuk latihan persekolahan, saya menerima panggilan telefon. Saya lihat nombor telefon dari Negeri Perak. Beliau memperkenalkan diri dn bertanyakan tentang diri saya.

Ya saya di panggilan.... namun saya terkedu dan terkejut apabila pemanggil bertanyakan bila saya nak laporkan diri. Saya tidak memohon pertukaran kecuali semasa eg tukar pada bulan Oktober 2012. Itu pun permohonan saya gagal ke Perak.



Saya pun memaklumkan untuk menelefon kembali selepas saya tidak dapat nak memberi jawapan dengan segera. Saya bertanyakan pada GPK, kerani, isteri, makcik, pakcik dan saya masih belum buat keputusan. Jika saya tolak, pertukaran saya akan dibekukan salama 3 tahun. Pening pening....

Jika tidak tolak, saya akan duduk disini sahaja. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Biarlah pengalaman dahulu menjadi teladan dan pengajaran. Rezeki ini datang dari Allah dan saya pasti itu terbaik untuk saya dan keluarga. Namun perbincangan seterus dengan keluarga akan menentukan jawapan saya untuk esok.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...