wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, December 30, 2013

Mee Bandung seafood Sg. Nibong Sekinchan

Salam semua. Hari ini jalan jalan cari makan di Sekinchan plak. Ini semua gara gara blog menariksokmo.blogspot.com. Apabila melihat mee bandung bersama sama ketam membuat kan diri ini untuk mencuba merasai keenakannya.

Sebelum ini memang pernah dengar tetapi tak tahu di kawasan mana. Sehingga blogger Nik menunjukkan tempat dan laluannya. Petang tadi dah plan nak pergi dan kami mengikut laluan belakang. Habis kereta chiq dina. Hehehehehe

Sampai di simpang 3 Sg. Nibong saya belok ke kiri. Namun kedai pertama yang saya singgah adalah bersebelahan dengan rumah. Nasib baik saya telefon nik terlebih dahulu. Rupa rupanya saya harus pergi ke hadapan lagi dan betul2 dengan dataran laut. Masa kami sampai itu dah hujan jadi tak dapat nak tengok dengan dekat. Jadi terus ke kedai yang dimaksudkan.

Saya order mee bandung udang dan chiq dina order mee bandung ketam. Tapi saya hanya makan mee dan telur sahaja sebab udang dah jadi milik Adib. Huhuhuhu. Satay tak dapat rasa sebab tutup. Lagi sedih. Namun bersyukur dapat tahu di mana kedai tersebut.

Komen saya.... mee bandungnya sedap. Sama seperti di Kuala Sepetang Taiping. .. cuma mee specialnya tak berapa istimewa. Udang tak banyak pun .. huhuhu ketam plak ok je. Lagi satu mee sedikit. Kalau ambil mee bandung pok tek baru puas kot. Tapi harga rm17.00 hehehehe

Jika sesiapa nak cuba boleh singgah di situ... nak tahu lorong mana nak masuk? Kalau dari Sg. Besar... terus sehingga nampak no. 23 disebelah kanan. Itulah kawasan Sg. Nibong Sekinchan.  Terus sehingga ke dataran kedai betul2 di tepi laut.

Thursday, December 26, 2013

GPS Tracker dari Dominos Pizza

Salam... Semalam sempat menunaikan hajat Chiq Dina nak makan dominos pizza. Sebelum ini adik je yang belikan. Tak pernah beli dominos pun.. Semalam juga kali pertama membeli secara online. Jadi disini saya cerita pengalaman order secara online.

Pertama sekali korang kena register. Masa nak register tu tak ada masalah sehingga di bahagian alamat. Kita tak boleh nak isi secara manual. Korang kena cari alamat jalan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, saya kena taip Kg.   untuk mencari alamat rumah saya instead menaip kampung. Itu sahaja masalah yang melambatkan proses register.

Kedua, korang pilih menu.... Ini ikut pilihan masing masing... Ada yang nak set pizza sahaja.. Ada nak sekali ngan air...dan ada yang nak sekali dengan add on. Harga yang dipapar bukan harga sebenar sehingga korang dah add to shopping cart.. Yang best nya, korang boleh buat pizza sendiri.

Ketiga.... Proses pengesahan dan seterusnya pembayaran. Ada 3 kaedah pembayaran iaitu tunai, express card dan credit card. Setelah membayar korang akan dapat no id dan seterusnya akan ada GPS Tracker. Ini yang best... Korang boleh tahu di mana pizza korang. Bermula dari ambil order, penyediaan, memasak, sehingga penghantaran.korang boleh tahu dari sini. Itu yang terbaik.

Dan pizza akan siap dalam masa 30 minit... Selamat menjamu selera!

Sunday, December 22, 2013

Produk hand made di Festival Walk

Petang semalam saya dan keluarga serta bonda pergi ke Festival Walk yang terletak di belakang bangunan di hadapan JPJ Ipoh. Ni sebab chiq dina kata ada pameran dan booth hand made. Sumber yang diperolehi di FB... geng jahit la ni.
Jadi dari luar memang nampak biasa tetapi di dalamnya  baru nampak ... wah bukan main teruja la....chiq dina ngan bonda. ..
Yang menjadi mangsa.. saya le... dok tunggu dan jaga anak. Huahuahua...tapi bila tengok booth.. memang cantik betul hand made yang mereka buat. Dan yang penting takde akan sama dengan orang lain.

Tahniah Zaman Hadi dan pasangannya

Alhamdulillah semalam dapat gak menghadiri perkahwinan kawan semasa di IPG Perlis di Matang , Taiping. Kiranya masuk yang ini 3 kenduri daei kawan IPG yang saya
hadir.  Syukur... yang tak dapat masa dulu2 tu saya minta maaf ek.
Nama member saya ni Adi.. rap nama sebenarnya Zaman Hadi. Ambik kursus Pendidikan Seni Visual. So mesti korang dapat bayangkan orangnya macam mana. Memang rilex dan sempoi.
Saya disini ucapkan tahniah dan semoga berbahagia ke akhir hayat. Amin

Friday, December 20, 2013

Bukan rezeki kami

Hari ini keluar keputusan e tukar bukan guru... Yang suspen  adalah saya... Chiq Dina tak tengok lagi kot sebab dia tengah drive balik ke Ipoh. Lepas solat Asar dengan rasa gabra dan takut takut saya pun buka laman web e tukar bukan guru... Dan jawapannya tidak lulus dengan alasan tiada kekosongan.

Alhamdulillah ini adalah Qado'dan Qadar Allah s.w.t.... Saya percaya dan yakin.... Banyak lagi yang kami kena buat pun...nk cari rumah sewa lagi... Lagi pun rumah yang dibeli akan siap pada bulan Jun 2014. 

Harap harap lepas selesai rumah sendiri chiq Dina dapat tukar ke Perak... So jangan susah hati ek Chiq Dina ..









Mee kicap Sg. Siput

Salam semua. Cuti cuti pun kena bertugas di sekolah. Tapi tak de la tunggu sampai 12 tengah hari. Ni pun dah lapar. Entri kali ini untuk penggemar jalan2 cari makan. Suka mee kicap?
Saya memang suka sangat. Semua kedai yang ada mee kicap akan saya cuba. Lagi lagi ada kuah kari. Marvelous!!!! Untuk area sg siput boleh cuba kedai ini. Berdekatan dengan JKR dan    di hadapan SK Sg Siput.
Sebelum ini adik yang cerita dan bila cuba memang sedap. Hari ini pun orang ramai. Nampak k3lam kabut je.. tapi sabar... nak makan sedap kena tunggu. Ok jom kita makan

Saturday, December 14, 2013

JPO ko tunggu aku datang

Alhamdulillah.. akhirnya kami selamat sampai di rumah abang Am untuk bermalam sehari disini. Semasa dalam perjalanan saya nyaris2 nak langgar sebuah motosikal yang sedap 'menyilok' dalam kesesakan lalu lintas. 
Pagi ini kami nak gerak ke Johor. Harap semuanya selamat dan tempat pertama yang dituju adalah Johor Premium Outlet atau dikenali JPO. Orang kata kat sini jual barang2 branded.. so datang sini nak jalan2 je la...window shopping katakan... hehehe.

Jom lihat gambar sekitarnya. ..

Thursday, December 12, 2013

Jalan jalan cari makan Sungai Besar ke Johor Bharu

Salam semua kawan kawan blog dan yang rajin singgah blog ceritadqimie. Semalam adalah tarikh yang amat bermakna dan hanya kita yang dapat lihat dan ada pada tarikh 11.12.13. Syukur Alhamdulillah...

Entri kali ini nak minta kawan kawan beri cadangan tempat yang menarik dan seronok untuk disinggah. Esok petang saya akan bergerak dari Sungai Besar, Selangor ke Bangi untuk singgah ke rumah abang ipar dan esok pagi akan meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Saya dah buat reservation di Hotel Seri Malaysia. Kenapa tak ambil yang lagi bagus? Sebab niat saya nak berjalan. Jadi takde maknanya kalau saya ambil yang bagus sebab saya nak ronda ronda ... Hehehehe

Jadi pada kawan kawan yang suka makan... Yang suka berjalan jalan... Boleh tak korang semua bagi cadangan tempat yang best untuk dilawati.. Kalau boleh bagi alamat sekali ek. Tak pun koordinat...

Harap harap cuaca mengizinkan kami untuk ke Johor dan menghadiri kenduri kahwin sepupu saya di Air Balui, Pontian.

Friday, December 06, 2013

Cerita Persona | tips bagi sistem brake

Salam... entri kali ini pasal kereta persona. Ini pun tak sangka nak buat. Niat asal hanya nak survey dahulu. Ikutkan minggu ini saya dan keluarga balik kampung.  Tapi kita hanya merancang... saya dapat panggilan telefon dan saya perlu hadir kursus pada 7 hingga 10 Disember di Kuala Lumpur. 
Chiq dina pun kena g kursus. Pasa hari Rabu lepas di PPD Hulu Langat.  Setiap sesuatu ada hikmahnya. Saya memang nak buat sesuatu pada brake Persona sebab keras dan tak cepat respon. Selalu saya terbabas tapi tak langgar. Nak masuk rear disk brake harga RM 1500 belum masuk upah lagi. Jadi survey dalam internet jumpa satu tips dari blog eilarazi.
Tak perlu tukar rear disk dulu.. tukar servo atau pam vakum. Warna hitam dan bulat serta betul2 di hadapan stering di dalam enjin. Bagi Persona standard , servo adalah jenis single. Jadi kita kena tukar jenis double. Nak cari yang sesuai selalunya kereta keluaran Jepun atau Eropah. Untuk Persona , servo Evo la yang terbaik. Jadi dengan nombor telefon yang diberi saya dapat stok servo dari En. Arif dan siap pasang di kedai yang direkemen di Norsam Auto... Seksyen 4 Bangi.
Memandangkan saya dah ada kat kawasab sana , saya pun gamble gak pergi buat. Ye la kita bukan orang situ. Kos nak buat RM 250. Ok la.. dia buat walaupun ada 1 hos tak diganti sebab hos standard. 1st time saya try terus saya complaint kenapa lembut sangat. Rupa2nya memang macam tu sebab dah naik 1 inci. Apabila saya tekan brake memang macam tak tekan walhal dah betul2 brake. Tu pun saya bawa elok elok sebab takut bocor. Servo lama saya bawa balik gak. Kalau tak jadi saya ada lagi servo lama. Alhamdulillah sehingga hari ini  semuanya ok.. brake dah pandai control..dan bertambah yakin. Rasa macam bawa kereta evo. Hahaha
Lepas balik saya pergi servis brake. Rasa macam tak pernah servis. Ini pun nak kena tulis apa yang telah diservis. Nanti lupa. Upah dengan minyak brake jenis Bosch berharga RM120.00 termasuk saya tukar hos yang pendek. Servis pada keempat empat brake. Selama ini ingatkan brake depan sahaja... sebab guna disk brake tapi drum brake pun ada guna minyak brake ini.
Pomen pun kata brake Persona memang keras dan selalu dapat complaint dari customer . Dia pun rekemen pakai disk brake belakang baru dapat rasa lagi puas...
Itu sahaja entri kali ini.. jumpa lagi. .. ada bajet kita sarung disk brake belakang... nak 2nd pun ada.. dari mivec harga RM900 termasuk upah.

Thursday, November 28, 2013

Selamat Hari Lahir Ibu

                                           

Selamat Hari Lahir ibu aka Chiq Dina. Semoga murah rezeki dan dilindungi dan diberkati olehNya. Amin.... Dari baba, adib , amni ...

Tuesday, November 26, 2013

Cerita dekorasi pelan dapur

Tadi dah tulis.. lepas itu hilang... arrrrgghhh boleh bengkok jari dibuatnya. Nilah bahana kalau guna smartphone untuk taip blog. Apa-apa kena gak save dahulu.

Hari ini cerita pasal pelan dapur. Pada mulanya nak buat dengan KC sahaja atau dengan student ID. Tapi bayaran untuk student lagi mahal dari bayaran ID. Nak buat dengan KC plak dah jadi blur apabila nak buat pelan.
Pelbagai gambar dan majalah serta internet dah saya rujuk tetapi rasa ketidakpuasan tetap ada. Itulah sebabnya saya ambil ID. Terima kasih Apple ID. Jika nak tengok showroom ada di Fair Park. Tetapi saya buat di kedai kat Bercham.
Terima kasih Mrs Lim yang rajin dan tak kisah melayan pelanggan yang cerewet. Dah banyak pelan dia bagi begitu juga dengan quotation.  Nak buat yang berkenan dengan harga yang memuaskan dan cukup bajet bukan senang.
Akhirnya 25hb November 2013 kata sepakat telah tercapai. Deposit pun dah saya bayar. Sekarang tunggu aje rumah siap dan perlukan renovation pada bahagian dapur. Semoga Allah permudahkan segala urusan. AMIN

Wordless wednesday | hadiah ulang tahun

Sunday, November 17, 2013

Cerita kek coklat dari Elba

Hari ini chiq dina buat kek. Semangat betul nak buat. Siap tunjuk gambar dalam blog. Memang nampak sedapkan.
Masa mula mula nak buat kek memang nampak teruja. Lepas tu saya tertidur. Lepas bangun saya pun tanya ... macam mana ngan kek.
Hehehe tak jadi ek yong. Saya rasa macam kek hangus.. walaupun niat nak buat kek coklat. Hahaha.. tak pe 1st time buat pun. Tapi macam tak sesuai kalau tiru bulat2 dalam blog.
Kalau anda ada menu istimewa tentu kita tak bagi info yang lengkap. Apa pun try n error. Ok semoga chiq dina dapat buat kek coklat satu hari nanti

Friday, November 15, 2013

Cerita oven elektrik Elba

Semalam tergerak nak pergi mencari oven selepas chiq dina mengadu yang adib dan amni suka makan kek. Jadi saya pun mencari cari yang berkenan dihati walaupun dah survey ngan chiq dina.
Akhirnya saya ambil jenama Elba 30L ni. Walaupun pada asalnya dah nak ambil Cornell.

Model ini EEO C 3151 jika tak silap. Selepas membeli saya , saya beli di Courts saya nak gak lihat kt website elba. Menghairankan.... tak jumpa pun model ni dalam website. Harap saya beli ini berbaloi. Jika kawan2 ada info mengenai produk ini sila komen ek

Monday, November 11, 2013

Tips mesin basuh berbunyi

Alhamdulillah dan terima kasih tidak terhingga kepada dunia blog kerana telah memberi tunjuk ajar bagi mengatasi masalah yang saya hadapi. Terima kasih kepada blog http://hunnybeeblog.blogspot.com yang sudi berkongsi tips DIY mesin basuh yang tak boleh berfungsi.

Nasib baik tak fikir nak beli lain. Teringin nak google dahulu dan mencari kengkawan yang sudi berkongsi tips. Pada mulanya saya ingatkan tak boleh nak spin. Rupa-rupanya alarm itu berbunyi dan tidak dapat proses untuk program seterusnya. Google punya google akhirnya jumpa blog yang hampir sama masalahnya. Terima kasih ek.

Ok antara punca masalah ini adalah kerana pintu mesin basuh tidak ditutup rapat atau magnet telah tertanggal. Jadi nak tak nak anda perlu cari magnet tersebut dan letakkan ditempahnya semula . Selesai masalah . Hehehehe 

                                                  

                                                                Inilah magnetnya 
                                                           credit to hunnybeeblog




                                                  
                    Perlu letak disini dengan selefon tape. Sepatutnya ia diletakkan diatas penutup.
                                                    Credit to hunnybeeblog 

Monday, November 04, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Alhamdulillah kita semua dah nak masuk tahun baru. Syukur juga kerana saya dapat menunaikan solat Asar di Masjid bercirikan kesenian  cina di Tasek Ipoh. Hebat hasil binaan masjid ini. Walaupun cuaca panas tetapi apabila menunaikan solat disini , bahang matahari tidak terasa.  Konsep terbuka memang amat sesuai.
Ini pula saya baca di FB bahawa bacaan doa akhir tahun asalah bidaah. Ini tidak diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w kerana ianya bermula pada Zaman Pemerintahan Umar Al Khattab. Sejak akhir akhir ini pelbagai isu mengenai Islam diperkatakan.
Bagi saya Islam itu mudah dan indah. JANGANLAH kita menyusahkan diri kita sendiri. Jadi jika berlaku kekeliruan lebih baik kita merujuk pada yang pakar dan sahih. Bagi saya tidak salah kita amalkan jika tidak melanggar hukum syariat. Wallahualam

Jadi di sini saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435 . Jom Hijrah ke arah kebaikan dan diredhaiNya. AMIN

Thursday, October 31, 2013

Pelan dapur rumah baru

Alhamdulillah akhir nya hari ini dapat panggilan dari Apple ID. Minta datang lihat pelan 3D dapur rumah. Temu janji pada jam 5 petang dan saya amat suka dengan pelan tersebut.  Cuma saya kena minta pandangan pada Chiq Dina pula. Harap akan ada penambahbaikan. Dah alang-alang guna ID mesti kita nk buat yang terbaik dan mengikut citarasa kita kan.
Saya tak dapat nak tunjukkan pelan 3D kerana belum menerima email. Ini adalah pelan 2D

Tuesday, October 29, 2013

Sambutan Hari Kantin 2013

Pada hari Sabtu yang lepas telah diadakan Hari Kokurikulum dan Hari Kantin SKKM 2013. Pelbagai acara dan menu makanan yang disediakan.
Seperti kami badan Beruniform Pengakap menyediakan menu lemang dan rendang serta burger. Harga yang kami letakkan RM 3.00 1 bekas dan RM 5.00 untik 2 bekas.
Program ini adalah untuk mengumpul dana bagi program kemajuan murid-murid dan sekolah. Jadi memang harga mahal dari biasa. Membeli sambil menderma...

Sunday, October 20, 2013

Transformers Construct Bots

Hari ini saya dan adib berjalan jalan sambil niat nak belikan kolam seperti yang dijanjikan oleh ibunya. Namun yang dibeli bukanlah kolam memandangkan hari pun asyik hujan sahaja. Kurangkan yang tidak perlu dan belikan untuk adib Transformer Construct Bots speerti yang diiklankan di TV dan dalam aplikasi ipad.
Seperti biasa yang memasang adalah babanya. Tapi kali ini adib boleh bersabar. Tak tergesa gesa seperti sebelum ini. Sama seperti Bdaman , Transformer ini juga mempunyai komponen komponen kecil. Ini yang baba suka buat pun. Dari beli yang merapu baik belikan mainan macam ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...