gambar hiasan dari mr.google |
Ada satu instrumen kewangan yang akan dapat melindungi anda dari kehilangan aset tersebut iaitu insurans. Insurans adalah satu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
Tujuan mendapatkan insurans:
- membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian barang yang dicuri.
- membayar bil perubatan.
- menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen kewangan apabila tidak berupaya bekerja disebabkan penyakit kritikal atau kemalangan.
- menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga andai ditakdirkan kita kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia jika anda pencari nafkah utama.
- Jumlah insurans hayat perlu dibeli bergantung kepada jumlah wang yang diperlukan untuk mengkalkan gaya hidup anda serta membayar perbelanjaan apabila anda sakit tenat atau kehilangan upaya disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
- Seseorang perunding insurans atau broker mestilah dilesenkan oleh BNM dan adalah ahli anggota Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association.
- Ejen insurans hayat mestilah dilantik oleh syarikat insurans hayat berdaftar dan berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)
- Ejen insurans am pula mestilah dilantik oleh syarikat insurans am yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
- Apabila membuat tuntutan, pastikan anda mempunyai dokumen lengkap yang diperlukan oleh syarikat insurans supaya proses tuntutan dapat diselesaikan dengan segera.
No comments:
Post a Comment