wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, April 30, 2012

Rancang Luar Duga

gambar hiasan dari mr.google
Salam. Kali ini saya kongsi info dari AKPK yang saya dapati dari Berita Harian. Ia berkenaan dengan perkara yang tidak diingin berlaku seperti kematian, kehilangan upaya, atau bencana alam yang pasti akan menyebabkan kemungkinan anda akan kehilangan aset yang sedia ada.

Ada satu instrumen kewangan yang akan dapat melindungi anda dari kehilangan aset tersebut iaitu insurans. Insurans adalah satu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Tuntutan Insurans Kenderaan (Perkara perlu tahu)

Perkara yang anda perlu tahu ketika membuat tuntutan sekiranya kenderaan terlibat dalam kemalangan:

Tuesday, April 24, 2012

sudah jatuh ditimpa tangga

Salam semua

Lagi satu ujian datang kepada saya. Namun saya syukur kerana Allah telah menguji saya dengan dugaan yang paling besar terlebih dahalu.

Friday, April 20, 2012

Cara Mudah Tukar Kod baru iklan Nuffnang


Salam semua blogger. Adakah anda terima email dari Nuffnang? Berkenaan kod baru untuk iklan yang kita letakkan di blog? Saya baru sahaja terima email tersebut walaupun saya pernah lihat orang lain poskan entri tersebut.

Thursday, April 19, 2012

terima kasih atas sumbangan anda

Salam

Disini saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan ikhlas dari pihak sekolah terutama guru-guru dan pihak pentadbiran SJKC Sin Min.

Pertandingan melukis dan mewarna kebersihan dan alam sekitar 2012

Hari ini warga Perak menyambut harijadi Sultan Perak tapi disekolah saya adakan pertandingan melukis dan mewarna berkenaan dengan alam sekitar dan kebersihan.

Saturday, April 14, 2012

terima kasih AEON station 18

Entri kali ini ingin mengucapkan terima kasih kepada AEON Station 18 kerana telah mengurangkan kesesakan di Jaya Jusco Ipoh Garden. Petang tadi saya dan mak berhajat untuk makan di Ayam Penyet di hadapan Jaya Jusco dan sungguh terkejut kerana mudah mencari parkir pada waktu tengah hari. Tak sampai 5 minit dah jumpa parkir.
Selesai sahaja makan tengahari, kami berhajat untuk ke Jaya Jusco bagi membeli keperluan dapur dan sekali lagi keseronokan melanda apabila dengan mudah dapat tempat parkir.
Tak sampai sejam kami telah selesai membeli keperluan dan dari sini saya dapati memang betul bahawa sebelum ini masa saya banyak habis mencari parkir. :)

Harap selepas ini di kawasan Ipoh Garden tidak akan berlaku kesesakan jalan raya begitu juga di Bercham

sumber: mr google

Hidup mesti diteruskan

Saja je bagi semangat pada diri sendiri. Nanti nak beli buku Ustaz Zaharuddin berkenaan etika ber facebook dan ber blog.. salam semua... think positive and do all the best for Him

Friday, April 06, 2012

Discaj hari ini

Hari ini dina dah discaj. Minggu hadapan perlu rawatan susulan untuk membuka benang. Petang ini kami semua akan datang mnejemput dina di Hospital Ipoh. Memandangkan minggu hadapan perlu ke hospital,saya bercadang untuk dia berehat di Ipoh sebelum berehat di Kuala Kangsar.

Harap dina akan cepat sembuh dalaman dan luaran agar dapat kembali berehat bersama-sama keluarga. Yang pasti rawatan susulan pasti perlu dilakukan memandangkan pembedahan yang diterima adalah besar.

Doa-doakan semoga semua selamat dan dipermudahkan segala urusan... Amin

Tuesday, April 03, 2012

ALLAH lebih menyayanginya

Salam kepada semua kawan-kawan blogger.. hari ini masuk hari ke-4 anak saya yang ketiga meninggal dunia dan isteri saya baru separuh sihat selepas pembedahan.
Arwah anak saya meninggalkan kami pada usia 5 bulan akibat tumpah darah yang teruk yang dialami oleh ibunya.
Pada keadaan sebegini jari jemari saya terasa berat untuk menaip entri kali ini. Harap semua berdoa memberi semangat kepada kami untuk meneruskan kehidupan seterusnya dan menghadapi semua ini dengan tenang.. Amin

InsyaAllah saya akan cuba berkongsi pengalaman yang saya lalui pada masa akan datang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...