Alhamdulillah akhirnya dapat juga berjumpa dengan ibu kepada salah seorang murid yang mengalami masalah suka bercakap seorang diri. Terima kasih kepada guru kelas dan juga guru mata pelajaran kerana membantu saya dalam menyelesaikan masalah murid tersebut.
Akhirnya dapat mengetahui bahawa dirumah pun Tan Kien bersikap begitu. Suka menonton televisyen dan meniru aksi yang dilakukan dalam rancangan kegemarannya iaitu Ultraman. Dari situ saya mengandaikan yang dia akan bercakap seorang diri.
Tidak suka berkawan dan asyik menonton televisyen merupakan faktor penyebab mengapa dia bersikap begitu. Ibunya memaklumkan dia lebih gemar untuk menonton tv dari berkawan dan disini ibu bapa perlu memantau tabiat anaknya dan sedaya upaya sentiasa bersama-sama dengannya agar komunikasi antara ibu bapa dapat mengurangkan sikap negatif dan mengeratkan perhubungan.
Syukur juga dengan sikap prihatin ibu bapa kepada anaknya kerana telah membuat pemeriksaan perubatan dan dimaklumkan bahawa dia memang lambat dalam pelajaran. Selain guru, ibu bapa juga perlu membimbing anak-anak agar dapat berusaha untuk membantu anaknya mengikut perkembangan tahap kognitif yang sepatutnya. Jangan marahkan anak tersebut jika tidak boleh membaca kerana kita sedia maklum bahawa anak tersebut memang lambat belajar.
Harapan agar semua ibu bapa perlu memantau tahap kecerdasan dan kecergasan anak-anak dan sentiasa memastikan yang anak mendapat kasih sayang. Marah perlu ada tetapi perlu ada sebabnya :)