Tahukah anda bahawa hari ini adalah Hari Makanan Sedunia (16 Oktober 2011). Saya baru tahu dari program Nasi Lemak Kopi O di TV9. Terus saya google dalam internet dan ianya disambut pada hari penubuhan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Tujuan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan dalam pemakanan. Jadi apa kata mulai hari ini kita cuba mengambil berat penjagaan makanan dalam keluarga kita. Sekarang ini pun di TV9 membincangkan mengenai diet kanak-kanak. Jom kita tengok TV ek :)