wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, June 26, 2011

Ada apa dengan sukan?

Salam semua... Alhamdulillah selesai juga acara sukan di sekolah saya. Kami buat hari ini, hari Ahad, jadi esok kami akan CUTI!!!. Tugasan saya adalah bahagian peralatan. Saya bersama-sama 3 orang guru ditugaskan untuk melaksanakan bahagian ini.


Tahniah saya ucapkan kepada ketua bahagian peralatan kerana telah merancang dengan cemerlang dalam menguruskan peralatan.  Namun seperti biasa, masalah komunikasi masih lagi masalah utama.

Saya diminta untuk membantu bahagian memasang kanopi dan payung serta menguruskan penyimpanan peralatan yang telah digunakan. Memang penat walaupun kami mengarahkan murid membantu mengangkat peralatan. Saya rasa 3 kali asyik keluar masuk payung. hehehehe...

Disini saya ucapkan tahniah kepada rumah Biru kerana telah menjadi johan keseluruhan diikuti dengan rumah hijau dan tempat ketiga dimenangi rumah merah.

Ops lupa, saya adalah guru dari rumah merah. Saya mengucapkan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam acara ini.

Nak tengok gambar???? ini saya sertakan juga k...












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...