wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, June 29, 2011

Buffered Earning yang terbaru

salam... kembali semula kita dalam bahasa Malaysia. Kita sepatutnya mengimbangkan bahasa kedua-duanya dan juga jika boleh mempelajari bahasa lain. Betul tak?

Ini baru saya terasa laju nak menaip. Saya dah tak sempat ne. Nak kena pergi kerja sekarang. Jadi entri ini akan dipermudahkan.


Saya nak kongsi BE dari Nuffnang saya yang terbaru. Nak tengok??

1st cash out form Nuffnang

Salam to everyobody! How are you? Yes today I would like to post in English. Hehehehe just want to remember as its been long Im not using in English. If my words or grammar is wrong, please teach me!!! k

As my post, today I would like to share to my blogger about my 1st cash out from Nuffnang. Thank you so much Nuffnang!   I have blog for almost 3 years but last year is my serius in blogging.

I also have my domain on March 2011 and onthe end  of June I get my 1st payement.






p/s: wah need to refresh my English... so bad!! :(

Sunday, June 26, 2011

Ada apa dengan sukan?

Salam semua... Alhamdulillah selesai juga acara sukan di sekolah saya. Kami buat hari ini, hari Ahad, jadi esok kami akan CUTI!!!. Tugasan saya adalah bahagian peralatan. Saya bersama-sama 3 orang guru ditugaskan untuk melaksanakan bahagian ini.

Belajar belajar dan belajar

Salam semua... hari ini saya belajar perkara baru... Dalam Al Quran pun ada mengatakan kita perlu belajar , mengkaji dan menyebarkan ilmu kepada seluruh umat di dunia. Hari ini saya belajar cara 'edit' gambar dengan menggunakan Adobe Lightroom 3


Saturday, June 25, 2011

Contest gambar paling saya suka

Salam semua... apa cerita saya hari ini. Banyak nak cerita tapi itulah, kekangan masa dan anak-anak membuat kita susah nak mengemaskini blog. Semalam saya dan keluarga makan mentarang kak Faridah, balik sahaja rumah terus 'flat'. tak tahu kenapa. tapi sedap :)

Entri kali ini adalah mengenai 'contest' yang saya masuk untuk Ahmad Adib Hakimi. Ianya dianjurkan oleh Adhadi Mohd. Saya rasa dia seorang jurukamera. Saya kenal dia pun sebab kamera. Maklumlah dah jatuh cinta dengan kamera.

Jadi saya nak minta jasa kawan-kawan blogger agar dapat sama-sama 'like' page gambar anak saya. Hadiah utamanya adalah kamera digital. Kena masa pula isteri saya memang nak kamera digital, kalau dapat undian yang banyak memang rezeki isteri saya lah.

Bagaimana nak undi?
Pertama perlu ada akaun Facebook. Kemudian anda perlu 'like' page ADHADI MOHD.



Kedua anda semua klik photos disebelah kiri dan masuk ke Photo Contest : Kids Photo 22/6-31/7/2011 (ALBUM 1)


Ketiga, anda semua tolong 'like' page Ahmad Adib Hakimi ek... itu sahaja.






P/S: Segala jasa anda amat saya hargai... minta tolong ek kawan-kawan.. HIDUP BLOGGER!



Wednesday, June 22, 2011

Jangan Pakai Warna Merah...

Salam.. asal mula sahaja hari Isnin, mesti banyak kerja nak buat. Kalau di rumah, memang tak leh nak buka internet. Anak-anak yang lebih teruja dari babanya. Entri ini nak bercerita mengenai merah.

Idea ini terkeluar kerana saya mengajar di SJKC. Nak tahu??? sebelum cerita bermula mari kita kaji apa itu merah. Maksud yang saya ambil dari Wikipedia Bahasa Indonesia bermaksud:

Tuesday, June 21, 2011

Join Networked Blog

Salam... entri ini saya buat untuk ajak anda semua yang ada Facebook untuk join Networked saya. Tujuan satu sahaja... untuk meramaikan dan berkenalan dengan kawan-kawan blog.

Sekarang saya baru ada 14 orang sahaja. Saya diperkenalkan oleh Tikkoss dari Innit forum. Lama tak borak dengan dia. Baik oooo..hehehe

Jadi sesiapa yang sudi marilah join k... takder kena bayar pun... cuma kena ada FB

p/s: zaman sekarang makcik2 pun ada FB

Tarif baru Celcom

Salam semua. Pagi ini nak share cerita mengenai Celcom Broadband. Bukan Celcom untuk telefon ek. hehehehe.. Ianya mengenai message yang saya dapat pada minggu lepas mengenai charge yang dikenakan. Mengapa saya memilih Celcom?

Monday, June 20, 2011

Siap kemaskini file

Salam.. dari semalam sehingga sekarang , baru siap kerja yang saya buat semalam... iaitu mengemaskini file dan folder dalam hard disk. banyak bahan-bahan yang telah saya simpan dalam dvd dan skarang kena beli bekas dvd pula... huhuhuhu

Punca mengapa laptop saya berat sudah terurai dan penyebab mengapa hard disk saya penuh juga terjawab. Puncanya adalah saya membuat backup untuk drive c...!

Sunday, June 19, 2011

Aktiviti Hari Minggu- kemaskini file dan folder

Salam hari minggu dan selamat hari bapa... Apa aktiviti minggu anda semua. Saya dari tadi fikir macam  mana nak kemaskini file dan folder laptop saya.

Bukan apa hard disk  dah tinggal 11GB sahaja! maklumlah dari tahun 2009 sehingga sekarang. memang banyak file main masuk sahaja dalam laptop.

Nasib baik ada bro Zul, dia bagi satu software untuk kenalpasti file duplicate. tapi banyak sangat file nak delete. Itu yang dari tadi fikir.

Akhir sekali cara mudah dan senang, simpan dalam DVD. Lepas itu delete file dalam hard disk.. senang cerita.. hehehehe

Saturday, June 18, 2011

Mizz Nina featuring Florida 'Takeover'

Salam ..entri ini wujud kerana saya telah menyertai Twitter SMS Contest yang diadakan oleh Maxis. Gara-gara ingin tahu, saya pun menerima 'contest' ini.
Dalam Twitter sms contest ini saya klik untuk menerima perkembangan artis tempatan. Antaranya, Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Mizz Nina dan ada lagi lah... saya dah lupa.

Cara nak terima contest ini cuma dial *100# dan pilin Nombor 2. Yang selalu update twitter adalah Carmensoo, Ashraf sinclair dan Mizz Nina.


Rambut pendek Adib

Hari ini kerja mengguntingkan rambut Aadib telah berjaya. Susah nak kawal Adib ini. Asyik buat kerja lain dulu. Baru potong sikit dah bergerak. Hyperaktif ni... kena jaga-jaga. hehehehe

Siapa yang potong? Baba dia lah... hahahaha mula-mula nak juga simpan rambut Adib bagi panjang. Tapi sejak Adib kegatalan satu badan baba Adib nekad untuk potong rambut Adib. Inilah hasilnya...

Watermark ceritadqimie.com

hehehehe... dah siap tugasan yang diberi, sekarang saya tunjuk pula watermark www.ceritadqimie.com.

Rasa nak buat itu datang tanpa kita sedari, jadi setelah menyiapkan header Kedai Buku Harga Patut dan juga watermark Kedai Buku Harga Patut akhirnya saya buat untuk diri sendiri. Ini adalah watermark rasmi blog saya

Watermark Kedai Buku Harga Patut

Setelah siap header Kedai Harga Patut saya juga membina watermark untuk kedai harga patut.

Ini hanya khas untuk kedai itu, sebelum ini Dina telah ada watermark untuk Me n My Family. Yang itu siap tempah lagi....

header kedai buku harga patut

Salam... dah siap header buku harga patut. Ianya tempahan dari isteri untuk kedai mayanya. Nak lihat hasilnya...

Friday, June 17, 2011

Lawak Release tension #1

Release tension …….

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.

 
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt
satu window tanya password..

 
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.

 
"Yes boss?"

 
"Sini wifi aper dia punya password?"

 
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.

 
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"

 
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

 
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'

 
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

 
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"

 
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"

 
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.

 
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.
 
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul

'tujuh empat kali' boleh tak?"

Terima Kasih Jururawat KK Sungai Besar

Pertama, saya ingin mengucapkan pada semua kakitangan KK Sungai Besar kerana begitu prihatin dengan pelanggan.
Tadi saya telah membawa Adib ke klinik kesihatan Sungai Besar berkenaan dengan masalah kegatalan yang dihadapi.

Adib kegatalan

Salam... Ini nak cerita mengenai anak-anak pula. Anak saya Adib dah 2 hari asyik gatal badan. kenapa ek?

Mula-mula ingatkan nyamuk... tapi kalau nyamuk takkan naik satu badan? Malam semalam siap pergi guardian lagi nak beli sabun sebamed dengan antiseptic nyamuk.

Kekosongan Jawatan Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44/48/52 Di Kolej Matrikulasi KPM


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Dokumen Permohonan Jawatan di sini.

Tawaran Mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Ambilan Khas Tahun 2011 Di Bawah RMKe-10


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat tawaran di bawah.

Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Ambilan Julai 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai PPPS/Diploma yang sedang berkhidmat di sekolah rendah KPM memohon mengikuti Kursus KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme.

Nama Kursus :
1. KDP 14 Minggu : Bidang Bimbingan dan Kaunseling (Lanjutan)
2. KDP 14 Minggu : Bidang Pendidikan Jasmani (Peningkatan Profesionalisme)

Tempoh Pengajian : 14 Minggu :  17 @ 18 Julai  - 20 @ 21 Oktober 2011

Tarikh tutup permohonan : 24 Jun 2011

Sila layari laman sesawangBahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut.

Thursday, June 16, 2011

Malas datang menyerang

ini lah akibatnya apabila dah cuti 2 minggu.... badan rasa lemah-lemah sahaja. Dah lah Hari Isnin banyak  kelas. siap ada latihan sukan lagi. Hari Rabu ditambah pula dengan Koko... uuuuuuuuiiiiiiiii penat-penat... 

Malam Gerhana Bulan 2011

Salam semua. Ada sesiapa dapat lihat gerhana semalam. Saya memang tak dapat... semalam makan nasi dari resepi planta terus hanyut...Tapi saya dapat tengok dari Facebook.

Resipi Buku Planta

Salam semua... apa cerita hari ini. Hari ini nak cerita pasal semalam. sebab semalam tak dapat nak buka internet. Area rumah memang coverage rendah sangat. Ini nak bercerita mengenai buku resipi planta. Semalam isteri masak nasi planta dengan lauk ayam yang diambil dari buku ini. kesannya...

Wednesday, June 15, 2011

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 telah dibuka bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun (pada tahun ini) di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.

Resipi Black Canyon

salam... lama tak tulis blog. Maklumlah cuti... hhehee.. ok banyak cerita nak cerita semasa cuti ni. Tapi ini yang terlintas dikepala so saya nak kongsi cerita dengan kengkawan semua ek.

Selamat Malam dengan YES!

Hari ini baru top up Celcom broadband. dari pukul 10 malam online cuma pukul 12 yang paling laju. Dah tengok YES! Di Sungai Besar ada , di Ipoh pun ada. Cuma di Taiping tiada. :( 4G tu.. laju kan... ini pun dicadangkan oleh anak bos TELCO POST Sungai Besar. InsyaAllah, kalau ada rezeki teringin nak ambil model huddle... leh online 3 hingga 4 orang. Kalau berminat, klik disini

Yes juga ada buat promosi dengan IPAD2. kalau berkenan klik disini. Yes bukan sahaja boleh melayari internet, tetapi boleh buat panggilan dan sms. Bayaran serendah RM30 sebulan.. ;)

ok sudah cerita.... selamat malam... semua... Salam

Wednesday, June 08, 2011

BE dari nuffnang lagi...

Salam semua. Hari ini buka laptop terus taip mengenai BE Nuffnang. Sebelum ini saya pernah menulis mengenai entri BE Nuffnang yang saya terima. Selepas balik dari kampung, saya buka lagi Nuffnang dan saya lihat saya terima lagi BE. Wah! seronok nyer....
Jika nak tahu cara meningkatkan pendapatan Nuffnang Klik disini.


Sunday, June 05, 2011

Selamat kembali

Salam semua. Rindu nak berblog. cuti sekolah ini balik ke Kuala Kangsar. Maklumlah coverage tak ada, tak masuk pun blog.

Sedih juga sebab blog mcm itu sahaja. tak berubah. Hari ini tak ada nak cerita sangat sebab penat mata masih ada lagi. Apa-apa pun enjoy dapat balik IPOH!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...