Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Tuesday, March 22, 2011
Cuti-cuti Perlis
Hari ini saya telah pergi ke Perlis bersama keluarga dan ibu mertua. Tujuan hanya satu . Mengambil sijil transkrip dan KISSM di Institut Perguruan Malaysia Cawangan Perlis. Kami telah bergerak dari pukul 7.00 pagi. Sampai di RnR Gurun kami menjamu selera kerana tidak bersarapan diwaktu pagi. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Lebih kurang 2 jam dari Taiping ke RnR Gurun. Sampai di IPG jam menunjukkan 11.00. Setelah selesai semuanya kami bercadang pergi ke Wang Kelian.
Ini adalah pertama kali saya pergi walaupun pernah duduk di Perlis lebih kurang 4 tahun. Memang teruja betul… bukan anak-anak tetapi bapaknya. Memang murah mainan disana. Adib sahaja ibunya habiskan hamper RM100.00 . Nasib baik bapanya tak bawa duit banyak. Kalau tidak dah confirm akan ambil kereta idaman hati untuk Adib. Hehehe.. RC helicopter pun memang murah. Cuma risiko yang Nampak jika rosak. Takkan nak dating balik kan.
Pelan asal kami cadang hendak tidur di Alor Setar namun selepas solat Asar kami bercadang untuk menginap hotel di Kuala Perlis. Kami tidur di Hotel T yang mengadap jeti Kuala Perlis. Selepas itu kami pergi menjamu selera Laksa KakSU… wah ramai beb! Sampai kena tunggu nak makan. Rasanya memang sedap . Puas hati sangat. Thanx Garmin sebab tunjukkan jalan ke kedai itu. Cuma minta sangant pada pihak pengurusan Laksa Kaksu supaya menceriakan papan Laksa Kaksu tue ekk. Dah pudar.
Malam itu kami bercadang hendak makan ikan bakar. Namun kerana kepenatan dan anak-anak pun tidur.. kami tak jadi. Makan bungkus sahaja. Harga Nasi Goereng Daging Merah sahaja pun dah RM7. Wah .. memang terkejut. Nak kata sedap tak juga.. kedai dibawah Hotel dan bahagian paling hujung sekali. Ehmmm harap kengkawan yang lain akan beringat.
Pagi keesokkannya kami pergi membeli mempelam dan pukul 11.00 gerak ke kenduri Amir Zainon. Tahniah bro!! hehehe.. nak tahu lagi.. nanti kita sambung ek… ada kerja .. salam
Friday, March 18, 2011
Ismail wifi
Wednesday, March 09, 2011
Eg Tukar 1 April: Permohonan Pertukaran Guru Untuk Bulan Jun 2011 Melalui Eg tukar
Permohonan Pertukaran Guru Dalam Daerah, Antara Daerah dan Antara Negeri bagi Pertukaran bulan Jun 2011 akan dibuka pada 1 April 2011 hingga 22 April 2011. Pertukaran melalui e-gtukar ini hanyalah untuk guru DGA29, DGA32 (KUP), DG41 dan DG44 (KUP). Maklumat ini diperolehi dari laman Aplikasi Eg Tukar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Keputusan Permohonan Pertukaran Jun 2011 pula dijangka akan dikeluarkan mulai 22 Mei 2011.
Oleh itu kepada semua guru yang ingin bertukar diminta untuk memastikan agar Maklumat Guru mereka dalam Data Emis telah dikemaskini oleh pihak pentadbir. Sekiranya tidak anda diminta untuk memastikan Maklumat Guru dalam Data Emis dikemaskini untuk mengelakkan masalah ketika memohon pertukaran secara eg tukar ONLINE.
Walau bagaimanapun seperti yang dicadangkan oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk pertukaran di JPN, Kedah, guru-guru juga disarankan untuk mengemukakan permohonan secara OFFLINE untuk mengelakkan permohonan mereka TIDAK DILULUSKAN akibat masalah teknikal.
p/s: sumber dari Lamanwebinfo.com
Tuesday, March 08, 2011
semakan online Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi
Anda boleh membuat semakan dengan klik dibawah.
Semakan Panggilan Ujian INSAK bagi calon-calon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama di IPTA Sesi 2011 (21 February 2011 - 20 March 2011)
KPLSPM Jun 2011: Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Jun 2011
.Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
Monday, March 07, 2011
GURU 5 M
Tugas guru bukan sekadar mengajar murid-murid di dalam kelas. Peranan guru sebenarnya jauh lebih meluas malah lebih penting daripada itu. Mengikut Sarjana Islam peranan guru muslim adalah:
- Muddaris (pengajar)
- Muallim ( orang yang berlimu dan menyampaikan)
- Muaddib (pendidik adab dan akhlak)
- Murabbi ( penjaga/ pemelihara)
- Mursyid (pembimbing jalan yang benar)
Muddaris: menyampaikan ilmu tanpa bosan dan jemu. Guru perlu mengajar murid mengikut aras dan kemampuan sehingga mereka dapat menguasai pelajaran tersebut.
Muallim : Guru mesti menguasai bidang yang diajar. Pastikan ia memiliki ilmu dan kefahaman yang benar kerana jika tersalah ilmu yang diajar akan ditanggung oleh murid.Guru juga perlu menguasai kaedah dan kemahiran bagaimana ilmu itu dapat disampaikan dengan mudah dan difahami.
Muaddib : Guru perlu mengajar murid tentang adab dan tingkah laku yang baik. Guru perlu menyemai sifat terpuji (mahmudah) dan menyingkirkan sifat-sifat keji (mazmumah). Proses ta'dib pula adalah mendidik adab dan akhlak melalui pembentukan kesedaran. Tidak kira apa pun yang guru ajar, guru mestilah mengambil berat didikan adab dan akhlak anak murid.
Murabbi : Guru perlu mengambil tahu tentang kebajikan anak didik.Guru tidak sepatutnya meninggalkan murid tersebut terkontang kanting dalam membentuk keperibadiannya.
Mursyid : Guru perlu membimbing jiwa, perasaan dan pemikiran murid ke jalan yang benar. Guru mursyid memiliki hati yang luhur, amalan yang soleh dan keikhlasan diwajahnya membuatkan anak murid sentiasa ingin mendekatinya.Apabila perasaan ini ada, pasti akan ada saying ketika ada, rindu ketika tiada.
Oleh itu guru mempunyai tanggungjawab untuk membimbing akal mereka dengan ilmu yang bestari.Hebat minda hebat jiwa dan hebat sahsiah!
Saturday, March 05, 2011
Surat Tawaran PPG: Surat Tawaran Program Pensiswazahan (PPG) 2011 Untuk Penempatan Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Maklumat ini diperolehi dari laman rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kepada calon-calon PPG yang permohonannya diluluskan bolehlah menyemak dan mencetak Surat Tawaran di laman web seperti di bawah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Bagi mereka yang telah mendapat SMS boleh terus cetak Surat Tawaran Online anda di alamat di bawah pada hari Ahad ini.
Surat tawaran secara atas talian (online) hanya boleh dicetak di http://www.upsi.edu.my/tawaran mulai 6 Mac 2011 (Ahad) selepas jam 2.00 petang.
Wednesday, March 02, 2011
Siapa seorang guru..?
Guru ibarat bintang di langit. Mengapa? Dunia yang berubah dan canggih adalah kerana ilmu dan teknologi yang dihasilkan oleh manusia. Manusia memiliki semua kemahiran ini melalui guru. Tentu semua akan bersetuju , gurulah orang yang mengajar manusia buta huruf menjadi celik ilmu, celik hati dan cendiakawan terbilang. Gurulah yang mengajar manusia mengenal diri dan mengenal Tuhan.
Guru sepatutnya tidak berasa kecil hati atau rendah diri jika ada orang melihat kerjaya ini sebagai tidak hebat. Mungkin kerana mereka tidak memahami kerjaya ini. Kerjaya ini tidak mereka bentuk bangunan atau membina jentera tetapi membina manusia dan memastikan manusia terus menjadi manusia.
Jika seorang jurutera mampu membina sebuah jentera yang besar, ingatlah seorang guru mampu melahirkan insan yang berjiwa besar. Seorang arkitek mampu membina bangunan yang indah, ingatlah seorang gurulah yang melahirkan arkitek yang mebina bangunan indah tersebut.
Wahai guru, barangkali setiap huruf yang kita ajar akan menjadi nur di akhirat nanti. Mungkin di dunia kita tidak kaya, tetapi diakhirat nanti kita bakal dinobatkan seorang jutawan.InsyaAllah…