wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, December 23, 2010

Mereka cipta rumah idaman



Salam 1 Malaysia. Hari ini saya nak berkongsi tentang apa yang perlu kita tahu mengenai ketika mereka rumah idaman. Ini termasuk yang baru hendak membina rumah sendiri atau 'remodeling' rumah yang sedia ada. Langkah-langkah ini merangkumi mengumpulkan maklumat, bahan dan contoh.

Langkah-langkah tersebut adalah:

  1. Dapatkan ilham: Ini adalah cabaran yang paling besar dan menyeronokkan !
    1. Ambilkan semua inspirasi dan idea dan catatkan dalam nota, ambil gambar atau apa sahaja yang anda impikan.
    2. Tuliskan semua harga barang, bajet, dan nombor telefon.
    3. Ambil gambar. Guna kamera digital kerana murah dan ambil setiap sudut bahagian bangunan yang anda suka.
    4. Simpan 'scrapbook' anda mengenai artikel tentang rumah, business card dan sebagainya. Kumpulkan semua maklumat secara terperinci dari pelbagai sumber. Maklumat yang penting adalah cat, 'hardware', 'plumbing' dan sebagainya. Lagi banyak anda kumpul, lagi dapat anda dapat mengikut bajet anda.
    5. Lihat rumah-rumah lain seperti kawan atau keluarga dan pelajari setiap aspek rumah tersebut.
  2. Pastikan tersusun: Kita akan perlukan maklumat dokumen yang lengkap agar perancangan dapat ditentukan. Maklumat asas yang lengkap dan tepat tidak akan membuang masa , tenaga, dan kesabaran. Mulakan dengan 'Senarai Keperluan'. Asingkan setiap kategori keperluan agar kita boleh menambahkan maklumat kemudian. Ini agar dapat dengan harga yang kita mampu.
  3. Cari skema : Kita akan memerlukan beberapa contoh skema untuk mendapatkan rumah yang kita impikan. Skema ini adalah lukisan tangan atau secara profesional.
  4. Membina reka bentuk. Di sini kita akan memerlukan pelan yang lengkap. Siap dengan dimensi, konsep den sebagainya.
    1. Minta pakar untuk melukis pelan rumah.
    2. Cetak pelan tersebut dan bincang dengan perunding tersebut.
  5. Draf pelan: Di sini pula anda sepatutnya telah dapat pelan yang lengkap. Maksud di sini para pekerja binaan boleh membina rumah berdasarkan pelan tersebut. Anda juga perlu membincang dengan pakar mengenai pelan tersebut sama ada mengikut piawaian – dari segi bentuk bangunan, elektrik, mekanikal, plumbing dan kebakaran.
  6. Rancangkan ruang: Fikirkan bagaimana anada memenuhi setiap ruang , dari segi perabot, pengaliran udara dan sebagainya. Keratkan bentuk perabot dan kabinet dan lihat sama ada sesuai dengan tingkap, pintu dan penaliran udara.


Tapi bagaimana pula dengan mereka yang perlukan reka bentuk semula rumah? Ini langkah-langkahnya:

  1. Tanya diri sendiri mengapa perlu merekasemula rumah tersebut. Ini adalah penting untuk mengetahui bagaimana dengan jiran, komuniti, dan harga kawasan tersebut.
  2. Ambil arkitek secara jam. Meraka akan dapat membantu anda.
  3. Ambil pereka kabinet dapur. Mereka adalah berpengalaman dan berkesan serta murah.
  4. Bincangkan dengan kontraktor pada awal pembinaan. Kumpulkan semua idea dan cadangan serta harga yang akan anda perlu bayarkan agar tidak terkejut!
  5. Hubungi peminjam perumahan pada awal pembinaan. Agar anda tahu akan hak anda
  6. Fokus pada mengurangkan kos tenaga. Rumah lama selalunya menggunakan bahan-bahan lama seperti wiring, dinding dan sebagainya. Sekarang kita mempunyai bahan-bahan dan reka bentuk yang membuat rumah lebih selesa dan menyamankan.


p/s: sumber dari New Straits Times, 22 Disember 2010 (Rabu)


Sunday, December 19, 2010

O/D gear automatik



Salam.. hari ini nak kongsi ilmu tentang penggunaan O/D pada gear automatik. 1st saya tahu pasal ini adalah sejak adik menggunakan kereta auto... MYVI... adik saya kata ia digunakan untuk bagi pickup, ketika memotong atau semasa di traffic light.

tapi saya dah dapat maklumat penggunaan yang betul dari suratkhabar Utusan Malaysia (16 Disember 2010). Jadi sekarang saya kongsi info info yang penting k...

1. Penggunaan yang betul dapat menjimatkan minyak dan mengurangkan risiko kenderaan terbabas ketika melalui selekoh jalan atau menuruni bukit.

2. Ketika memandu dan menekan picu O/D pada baang gear, lampu O/D OFF akan menyala dan ini menunjukkan penggunaan  gear sehingga gear 3 sahaja.

3. Ia sesuai digunakan di bandar atau taman perumahan kerana akan menjadikan kereta lebih ringan dan kelajuan yang tidak melebihi 90km/h

4. Sentiasa perhatikan RPM. Jika melebihi 3500 pada pemanduan yang lancar dan berterusan, O/D perlu dimatikan. Jika tidak... makan minyak ler jawab nya....

5. Huraian penggunaan O/D meluas merangkumi cara pemanduan, sistem keselamatan semasa dalam hujan dan juga ketika mengambil selekoh tajam.

Jadi pada pengguna kereta automatik... pastikan anda menggunakan dengan cara yang betul.

p/s: gambar dari internet google.

Tuesday, December 14, 2010

virus cinta


Salam semua... dah lama tak post cerita baru... ntah la.. rasa macam sibuk ajer.. atau pun mungkin susah hati.. mana taknya bila anak demam...

ni semua selepas kenduri Aqiqah anak no. 2.. Adib ajak jalan satu kampung!!! mula-mula ikut lah... tapi sampai sekerat..saya ikut jalan 'short cut'... kasan yang penuh lalang. tapi bukan berHANTU..memang itu jalan kalau nak pergi masjid.

malam itu badan dia panas.bagi dah ubat...ubat farmasi.. ubat KLINIK MURSHID DAN THARIZAH.. ubat IPOH SPECIALIST.. tapi tak baik-baik jugak...cara tradisional pun dah cuba..

HAri ini dah masuk 8 hari!!! Sabtu lepas pergi check darah.. Alhamdulillah....tak ada denggi..tapi cuma virus demam sahaja...tetapi mengapa dah 8 hari tak kebah kebah jugak...

esok nak pergi KLINIK balik.. jumpa DOktor Murshid plak..kalau ada komen or idea bagi tahu ek.. Adib baru umur 2 tahun 4 bulan... risau kalau panas melampau... nanti kena tarik plak.. harap dijauhkan... AMIN

Thursday, December 09, 2010

rahsia korek telinga


Di pagi subuh hari Khamis 9 Disember 2010, si suami bertanyakan kepada isteri yang baru keluar dari tandas..

da: Jam pukul berapa?

di: dah 6.15 pagi

da: AH! tak dengar azan pun?

di: ish! orang dengar apa...awak takkan tak dengar...



si suami pun minta isteri urut belakang badan dahulu sebelum masuk ke tandas untuk bersiap.. setelah keluar tandas..

da: orang dah minta kunci gate dari mak lagi... nape tak kejutkan...

di: ahh???

da: minta kunci gate..

di: aahhhh? cakap apa?

da: kunci gate..

di: ahhhh?

da: KUNCI GATE ler...

di: ooo hehehehe.. dengar syoksyeksyosyek jer...

da: tak korek telinga?????

p/s: korek la telinga sebelum orang lain korek telinga... :)

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...