wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, October 30, 2010

sea food mentarang V2

Salam... mentarang tu sea food ke? Makanan laut?? rasa ia la. sebab ambil kat laut. nak dengar macam mana nak ambilnya?

Nak ambil bukan di tepi pesisiran pantai @ laut... tetapi di tengah laut... tak la ditengah betul betul... apabila air laut surut, para pencari mentarang akan pergi sehingga ke tengah bahagian yang tidak ada air untuk mencari mentarang.

Cara nak ambil pula bukan main seluk je. bahaya! nanti boleh luka. Mula-mula kena cari lubang.. kalau besar lubang besar la mentarang. Lepas seluk tangan, agak-agak ada rasa kulit, baru korek lubang itu. kalau kita tekan, nanti dia lari kedalam.

Nak masak pula, bukan macam kerang. kena rendam dengan air laut a.k.a air masin. sebab dia duduk di tempat berpasir. boleh masak rendang, tapi kena buang lendir dan warna hitam seperti jarum. tapi saya suka bakar!!!!

Peh.. masuk ini dah 5 kali saya singgah kedai Kak Faridah di Sg. Leman... sekarang isteri saya pun dah suka... jom la tengok gambar... dah terliur air liur nie...


baru buka.. panas lagi tu
Ini la mentarang
ada sos lagi...

nyum nyum nyum

cuba makan dengan keaw teaw goreng

p/s: sebelum ini saya dah postkan pasal mentarang.. kalau rajin tengok kat sini... cubalah

Wednesday, October 27, 2010

anda juga mungkin meminati?

Salam.. tutorial terakhir saya untuk hari ini. bagaimana nak buat setiap post ada suggestion untuk lihat post yang lain.


1. korang semua guna widget ini Linkwithin.

2. isikan maklumat yang diperlukan.. dan ikut arahannya..sekian terima kasih :)

dofollow nofollow

Salam. ada lagi satu ilmu mengenai blog.. pernah dengar nofollow and dofollow tak? Ia berkait rapat dengan backlink.

( nak tahu lebih lanjut.. rajin-rajin cari kat internet ek. sebab saya pun masih tak faham lagi walaupun dah baca banyak kali. yang pasti ada kebaikan kepada blog)

1st time aku buat ikut cara kujie2.com... senang ajer... pergi edit html. tick pada expand widget templete. tekan ctrl f dan taip nofollow. pasti kamu semua akan dapat 3 kali perkataan nofollow. cari nofollow untuk bahagian comment. tukarkan kepada dofollow. itu sahaja.

Kebaikan dia adalah bila kita bagi komen, nanti dia akan backlink kepada blog kita.

Lagi satu adalah add on firefox. ini untuk sesiapa yang menggunakan mozilla sahaja.

CAra nak guna? kalau kita onkan dofollow akan ada link warna biru. itu semua adalah dofollow.

sekian sahaja.. terima kasih. salam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...