wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, November 27, 2016

Kayuhan Perpaduan Masjid Cina

Hari ini dapat test Ira untuk 30km. Terima kasih kepada penganjur Kayuhan Perpaduan yang buat event ini secara percuma. Terbaik !

G Cycle salah satu pengajur, Persatuan Cina Muslim, Jabatan Agama Islam Perak dan yang lain-lain.

Start kayuh jam 8.00 pagi dan route dari Masjid Cina- Bercham - Bandar Baru Putra - Tanjung Rambutan - Chemor - Klebang - Masjid Cina. Alhamdulillah... Dah dapat kepuasan mengayuh. Tapi yang tak best... Peha kebas sebab lama tak kayuh.
Makan dan minuman pun disediakan.
1st time dapat makan nasi ayam garam. Selalu orang Cina yang buat. Tapi ini Cina Muslim yang buat. Kedainya di Bercham sahaja. ok itu je nak cerita tentang hari ini.




Sunday, November 20, 2016

Selamat datang Ira

Selamat datang Ira . Ira dah jadi sebahagian keluarga dah. Hahahaha dulu XDS.. skrg dah Ira. Itulah nama bagi basikal baru saya. Java Ira.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga spec yang diidamkan ni. Pergi beli Ngan kawan yang lama dah menceburi bidang basikal. So memang confirm yang terbaik dan mampu milik.


Sunday, November 06, 2016

Cuci Mesin Basuh

Assalamualaikum... Dah lama tak tulis entri. Hari ini saya nak cerita projek semalam.. cuci mesin basuh. Alhamdulillah dapat juga buat walaupun dah lama plan. Sebab apa lambat? Sebab tak beli sabun bio zip. Hahaha
Macam mana nak buat? Ala search je kat internet... Confirm ada. Tapi saya tunjukkan yang saya buat.
Langkah pertama adalah cucikan sarung kain dalam mesin basuh. Yang bekas untuk memerangkap sisa-sisa 'sampah sarap' yang kotor.
Yang kedua, set kan mesin basuh kepada 'soak' (model LG) atau tube cleaning. Yang lain seperti wash, spin dan rinse mesti digunakan.
Lepas tu biarkan dia buat kerjanya. Dan akhir sekali pasti nampak sisa hitam didalam tube mesin basuh. Saya dah 8 tahun guna . Tak pernah cuci langsung. Jenuh nak buang daki tu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...