wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, January 16, 2014

Cerita saya | rumah kita

Salam semua. Entri mengenai ini dah lama saya nak post. Tapi takde Mood nak buat. Ni baru ada rasa keinginan nak bercerita tentang rumah. Tajuk entri ni saya ambil dari tajuk rumah kita (Hujan). Kita bermaksud ini rumah keluarga saya. Jangan marah der.

Pada bulan Mac 2013 saya telah berpindah ke Perak dari Selangor. Dah balik ke halaman sendiri mula la nak cari rumah sendiri. Saya dah buat list senarai kawasan yang saya nak pergi. Tapi rezeki saya, ada sepupu Chiq Dina yang baru membeli rumah di kawasan Chemor. Jika dalam list saya itu adalah pilihan terakhir. Petang itu kami pergi ke Taman Chemor Mesra dan terus booking. 

Nak jadikan cerita gaji saya tak lepas untuk buat pinjaman, tapi pemaju setuju untuk tunggu bulan Julai sebab ada kenaikan gaji. Alhamdulillah akhirnya dapat jua. Bermula dari situ saya dan Chiq Dina sibuk merancang hiasan dalaman. Maklumlah ini je harta yang saya ada. Mesti nak yang terbaik. Rumahku syurgaku.

Untuk entri ini saya akan kongsikan gambar gambar rumah ek...selamat membaca dan menonton 





Sunday, January 05, 2014

Cerita saya | melahirkan anak soleh

Hari ini saya nak cerita yang boleh kita praktikkan untuk membentuk anak yang soleh. Bahan ini saya ambil dari FB Ustaz Sharhan Shafie. Jika tidak silap dari laman web islamituindah.my. Saya berharap ini akan menjadi panduan bagi diri saya dan pembaca semua...

10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh

  1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
  3. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  4. Selalu membaca al-Quran di rumah
  5. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  6. Hidupkan budaya memberi salam
  7. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  8. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  9. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  10. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  11. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  12. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  13. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...