Dibaca sebelum anak tidur. Usapkan ubun anak dan berdoa padaNya
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Wednesday, May 08, 2013
Kali pertama ke stadium Perak
Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada jiran depan rumah yang sudi memberi tiket percuma bagi menonton perlawanan bola sepak antara Perak dan Negeri Sembilan.
Dah lama tak pergi tengok bola di stadium ni. Kali terakhir adalah sebelum kahwin. Tahun 2007. Sekarang dah 2013. Adib pun dah 5 tahun.
Kali ini best sebab pergi dengan Adib. Inilah kali pertama Adib tengok bola secara live!
Masa tengok, saya perasan muka adib boring. Namun apabila ditanya., dikatanya seronok. Dalam masa tengok, macam macam soalan yang ditanya. Yang saya ingat, kenapa lampu terang? Mana orang main bola? Kenapa pasang lampu merah?
Inilah kali pertama dia tengok bola. Tu yang banyak tanya. Alhamdulilah. .. dapat tengok sampai habis. Perak menang 2-1.Jom lihat gambar plak
Monday, May 06, 2013
Kelas Pemulihan selepas PRU ke 13
Perkara ini dah dalam jangkaan. Pasti kelas saya tak teratur selepas pilihanraya. Semua perabotnya dialihkan tetapi tidak dikemas semula. Saya ni mana ada murid sendiri. Murid pemulihan disini semuanya baik baik. Sentiasa duduk dirumah. Uhuhu
Saya pun bertugas di pilihanraya di Selangor. Tetapi tidaklah mengubah perabot yang besar. Masa bertugas memang boleh alihkan tetapi harap lepas itu tolong letakkan kembali ditempatnya. Ini nak tak nak saya juga yang kena buatkan. Dah la hari ini ramai murid yang tak hadir..
Harap lepas ini kelas pemulihan tidak digunakan sebab dalam kelas ini memang banyak bahan- bahan dan perabot. Huhuhu harap pihat yang bertangungjawab mengambil tindakan yang sepatutnya.