wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, May 04, 2013

Raya ke pilihanraya

Wah meriah betul di Sabak Bernam. Boleh dikatakan dah macam berperang. Perang poster, perang kenderaan dan mcm mcm lagi.  Jom tengok gambar yang sempat saya rakam

Ps : akan update sehingga selesai meraih undi

Kejutan Hari Jadi

Salam. Hari ini nak siap untuk hadir taklimat SPR kali terakhir sebelum pilihanraya yang ke13 esok. Bila duduk jauh macam inilah.  Tiap petang Jumaat siap siap untuk balik ke Sg. Besar.
Memandangkan nak bertugas, jadi balik tu lambat sedikit. Nak kemas-kemas kelengkapan agar tak ada yang tertinggal. Jadi saya gerak dari ipoh jam 5.30 petang. Sepanjang perjalanan hujan rahmat turun menyejukkan muka bumi ini. Lagi satu, jalan penuh dengan kenderaan. Semua orang balik kampung kot. Hehehehe.
Sampai rumah jam 8 malam. Penat jangan  dicakap. Adib dari Ipoh dah tidur. Sampai Sg. Besar baru jaga. Amni yang sambut dulu.  Cakap pelat keluar dari mulutnya. Tak faham saya.
Selepas berehat, Amni dok cakap sesuatu. Rupa-rupanya ibu ada belikan kek. Surprise!!! ( bak kata Eric deko). Jadi adalah sambutan Hari Lahir saya yang ke 30 lebih. Hahahahha

Menu istimewa adalah mee kari. Nyummmmmmmmm

Wednesday, May 01, 2013

Jom mengundi di Pilihan Raya ke 13

Sebagai warga Malaysia yang tercinta saya dengan ini mengishtihar yang saya sudah menunaikan tangungjawab saya sebagai rakyat Malaysia.
Anda bagaimana? Jangan lupa untuk mengundi kerana 1 undi akan menentukan masa depan Malaysia. Jika anda sayangkan Malaysia,  jangan lupa untuk mengundi k.

Saya undi awal sebab akan bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi di Sabak Bernam iaitu di SJKC Sin Min. Ini adalah tugas terakhir saya di Sabak Bernam. Kenangan paling berharga bagi saya sepanjang bertugas di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...