wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, March 09, 2011

Eg Tukar 1 April: Permohonan Pertukaran Guru Untuk Bulan Jun 2011 Melalui Eg tukar

Salam. Bagi guru-guru yang ingin bertukar,

Permohonan Pertukaran Guru Dalam Daerah, Antara Daerah dan Antara Negeri bagi Pertukaran bulan Jun 2011 akan dibuka pada 1 April 2011 hingga 22 April 2011. Pertukaran melalui e-gtukar ini hanyalah untuk guru DGA29, DGA32 (KUP), DG41 dan DG44 (KUP). Maklumat ini diperolehi dari laman Aplikasi Eg Tukar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Keputusan Permohonan Pertukaran Jun 2011 pula dijangka akan dikeluarkan  mulai 22 Mei 2011.
Oleh itu kepada semua guru yang ingin bertukar diminta untuk memastikan agar Maklumat Guru mereka dalam Data Emis telah dikemaskini oleh pihak pentadbir. Sekiranya tidak anda diminta untuk memastikan Maklumat Guru dalam Data Emis dikemaskini untuk mengelakkan masalah ketika memohon pertukaran secara eg tukar ONLINE.
Walau bagaimanapun seperti yang dicadangkan oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk pertukaran di JPN, Kedah, guru-guru juga disarankan untuk mengemukakan permohonan secara OFFLINE untuk mengelakkan permohonan mereka TIDAK DILULUSKAN akibat masalah teknikal.

p/s: sumber dari Lamanwebinfo.com

Tuesday, March 08, 2011

semakan online Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi

Salam .. Maklumat dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakan panggilan ujian INSAK bagi calon-calon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama IPTA sesi 2011 telah bermula.

Anda boleh membuat semakan dengan klik dibawah.

Semakan Panggilan Ujian INSAK bagi calon-calon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama di IPTA Sesi 2011 (21 February 2011 - 20 March 2011) 

KPLSPM Jun 2011: Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Jun 2011

Bagi calon lepasan SPM...
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam laman webnya mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) seperti di bawah.
Permohonan boleh dibuat mulai hari ini, 7 Mac 2011 di laman web Aplikasi Permohonan KPLSPM.
A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
.Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
.  Fizik
.  Kimia
.  Biologi
.  Matematik
.  Pendidikan Khas
.  Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :
.  Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman :
.  Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
Tarikh-tarikh Penting**
1. Tarikh Tutup Permohonan – 22 Mac 2011
2. Tarikh Semakan Temu Duga – 04 April 2011
3. Tarikh Temu Duga – 11 April 2011 hingga 22 April 2011
4. Tarikh Semakan Tawaran – 21 Mei 2011
5. Tarikh Pendaftaran – 20 Jun 2011

P/S: Tarikh diberi hanya panduan dan mungkin ada pindaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...