salam.. hari ini saya nak kongsi budaya di SJKC. semenjak mengajar di SJKC asyik cerita SJKC je kan..Ala mana tahu boleh buat kenang- kenangan di hari akan mendatang. :)
satu yang saya perasan adalah bila murid berjumpa dengan guru.(selalunya murid tahun 4,5 dan 6).. dah macam orang jepun ARIGATO GOZAIMAS..mereka akan tunduk hormat kepada cikgu...
kedua yang saya perasan.. Guru Besar pun bagi hormat kepada guru dan murid sebelum beri ucapan! wah ini memang tak sangka.. rasa macam di CHina pun ada :)
Bab kerja, korang jangan compare dengan SK. semua sibuk termasuk dengan saya. Nak tak nak kita pun akan buat yang terbaik. Alhamdulillah kebanyakan kerja saya dah siap. sekarang sedang tunggu anak murid dan murid LINUS sahaja.
Bab makan masih dalam masalah. Dulu memang saya mengaku makan kat kedai cina tapi semenjak dah ambil berat tentang halal saya masih tak lagi makan di kantin. semua ambil dari rumah sahaja. walaupun kantin tersebut menggunakan pekerja melayu.
murid pula, kalau yang pandai sikit-sikit bahasa melayu memang saya ajak borak. ada murid tahun 4k.. cikgu awak duduk dimana? oit! salah tanya macam ini maa.. cikgu, cikgu duduk dimana? ;) paling saya suka masuk kelas tahun 1.. murid tahun1 lagi ramai yang boleh cakap BM berbanding dengan tahun 4 dan 5.. hehehe harap-harap kurang murid buat BM..
peace no war
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Tuesday, January 04, 2011
Monday, January 03, 2011
Hari pertama di SJKC
Salam hari ini saya nak luahkan perasaan saya di hari pertama di SJKC. Pertama saya memang suka dengan cara perhimpunan di SJKC. Dalam dewan lagi ..:) tapi terus terang saya katakan saya terasa tension atau deepression gak la... tak tahu kenapa. tapi saya dapat rasa bahawa kerja saya tak siap.. haahahaha..lagi satu dalam kelas... umpama ayam dengan itik... kalau murid tersebut faham sedikit bahasa melayu senang la.. tapi kalau tak boleh kita pula yang rasa stress... asyik gelak je budak tue... hahaha... lama2 aku pun gelak gak... balik rumah plak sampai kul 3... wah aku tak kira... setelah selesai kerja... 1.45 ptg mesti balik rumah saya plak 20 minit...sampai lewat kalau balik lewat...:(
Saturday, January 01, 2011
Tahun 2011 di SJKC
salam semua... lama tak tulis dalam blog. semenjak kena tukar sekolah, rasa masa dah tak ada. 1st sekolah itu jauh. lebih kurang 20 minit dari rumah.Penat jangan cakap. tapi penat bawa motor atas jalan yang tak elok. terumabng ambing je. Ni jalan dari Parit 9 ke Sungai Besar. teruk!!!
27hb adalah hari pertama di sekolah baru. Sekolah SJKC aka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Dah macam orang asing masa itu. tak tahu mana nak pergi .. terus sahaja pergi kebilik guru... masa jalan pun saya sekadar senyum. nak terbagi salam Islam kepada cikgu cina pun ada. Sampai bilik guru , guru pertama saya tegur Cikgu Yussaini. Ah nasib baik ada.cikgu Melayu (dalam hati).. Kemudian jumpa Cikgu Mastora... CIkgu Osman, Ustazah Rogayah dan lain-lain.. Majoriti guru Islam adalah 9 orang termasuk guru Muallaf.
Dalam mesyuarat, cakap dalam bahasa cina. kekadang bila diaorang gelak saya pun gelak.. saya gelak sebab tengok gelagat cikgu cikgu situ... dan sebab lagi satu umpama ayam cakap dengan itik. hehehehhe tak faham pun. Inilah kali pertama saya mesyuarat dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sekolah itu sapu semua mesyuarat dalam satu hari!!!
Apa yang saya nampak, lihat dan pengalaman di SJKC? Sekolah memang besar dan memuaskan. Persekitaran dan infrastruktur memang terbaik setakat ini (sekolah yang pernah saya pergi). cuma masalah dari segi bahasa dan sikap guru-guru. maklumlah sekolah cina guru cina ramai dan cara guru cina berbeza dengan guru SK. tapi yang saya tak boleh lupa bila seorang cikgu cina maklumkan tentang sajak cina yang lebih dari 1000 tahun. dan saya pun ada gak belajar sebut-sebutnya...
Setakat ini saya nak kongsi... dah takder masa saya nak taip sebab banyak kerja nak uat untuk buka sekolah.. salam semua

Subscribe to:
Posts (Atom)