wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, February 20, 2017

Relive with Strava

Assalamualaikum. Hari ni nak share satu apps yang seronok digunakan bg penggemar sukan terutama basikal dan larian. Lagi-lagi jika anda menggunakan aplikasi Strava.

Tahu tak anda boleh link data anda dengan relive?

Ya!!! Layari laman relive di https://www.relive.cc kemudian daftarkan menggunakan id yang sama dengan pendaftaran  aplikasi Strava. Siap. Mudah sahaja.

Setiap kali anda menggunakan aplikasi Strava, relive akan menghantar satu e-mail kepada anda untuk anda menonton rekod penggunaan anda. Sama seperti menonton video dan kadangkala rasa x percaya yang anda membuat kayuhan sejauh itu.

Selamat mencuba

Layout potrait dan landscape dalam satu fail

Alhamdulillah.. semangat nak buat post hari ini. lama dah berhenti menulis. semuanya berpunca dari gadget. Dengan ada smartphone dan media sosial seperti facebook dan Instagram membuat lebih mudah jika berkongsi melalui media tersebut.

Tapi tak semua yang senang... sekarang saya nak share macam mana nak buatkan 2 layout dalam satu fail ( Microsoft Word). Sebelum ini pernah melihat buku takwim dengan 2 jenis layout... tapi tak pernah tanya. Nasib baik hari ini siapkan kertas kerja 3K, terus cari bagaimana untuk melakukannya.

Antara langkah-langkahnya adalah:

1. Diakhir muka surat , klik pada menu LAYOUT  -  BREAKS   -  NEXT PAGE

2. Automatik cursor akan bergerak ke laman seterusnya. Disini anda perlu klik pada
    menu LAYOUT  -  ORIENTATION  -  LANSCAPE


3. Siap!!! mudah kan

Kalau nak tukar balik kepada bentuk potrait, cuma ikut langkah yang sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...