wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, June 29, 2017

Balik Kampung

Alhamdulillah... Dapat jugak meluangkan masa untuk berkayuh basikal. Dari Chemor ke Kg. Tersusun Tasek. Ni yang berangan-angan nak dapatkan brompton. Hehehe


Friday, June 23, 2017

Lazada memang best

Baru-baru ini saya belikan sabun isian semula secara online. Gunakan Lazada je. Rege masa tu rm9.90.
Satu barang dengan tiada caj pos. Jadi saya memang tak letak harapan yang tinggi dari segi pembungkusan.
Baru tadi saya ambil di rumah bonda dan terkejut juga dengan perkhidmatan yang diberikan. Memang terbaik.

Sunday, June 11, 2017

DIY dimmer

Alhamdulillah.... Dapat jugak buat projek lampu LED dengan Dimmer. Apa2 pun Selamat berpuasa . Hari ini dh masuk 16 Ramadhan.
Ok cerita hari ini pasal suis Dimmer. Dah lama beli (masa beli lampu untuk rumah) tetapi x pasang sebab lampu LED. Buat apa nak ber dimmer Kan. Dah jimat nak lagi jimat . Tapi masalahnya apabila pasang, terasa panas. Mungkin volt tinggi kot. Ada 4 buah lampu. So jadi hari ini plan nak pasang 2 sahaja dengan dimmer.
Sebelum mula projek cuba gak search ngan en Google.... Tapi masih x faham. Last2... Baca dulu suis lampu biasa untuk faham aliran elektrik.
Bila dah buka , baru faham. Walaubagaimanapun 1st try gagal. Kali kedua baru berjaya. Ceritanya macam ini. Ada dua wayar yang akan menghubungkan suis . Merah dan kuning. Tapi itu cuma ilusi sahaja. Sebenarnya adalah wayar Life. Dari punca utama akan masuk kepada suis asal. Dan yang warna kuning saya letak pada dimmer. Baru menjadi.
Jadi suis yg asal dah tak ada fungsi. Untuk menghidupkan lampu saya perlu pusingkan Dimmer sahaja.
Sekian....

Wednesday, May 31, 2017

ceritadqimie.com dah tiada

Assalamualaikum. nak cerita lebih-lebih pun dah tak guna. Tahun ni dah tak sambung kontrak untuk domain dengan netkl. Terima kasih netkl dengan laman saya www.ceritadqimie.com.
Sebab apa dah tak guna?

1. Dah tak aktif. Jarang tulis dah.
2. Lebih pada IG je.
3. Kos domain dah mahal.

Oleh itu saya dengan ini mengisytiharkan laman saya dari www.ceritadqimie.com ke www.ceritadqimie.blogspot.my

Sekian terima kasih

Monday, February 20, 2017

Relive with Strava

Assalamualaikum. Hari ni nak share satu apps yang seronok digunakan bg penggemar sukan terutama basikal dan larian. Lagi-lagi jika anda menggunakan aplikasi Strava.

Tahu tak anda boleh link data anda dengan relive?

Ya!!! Layari laman relive di https://www.relive.cc kemudian daftarkan menggunakan id yang sama dengan pendaftaran  aplikasi Strava. Siap. Mudah sahaja.

Setiap kali anda menggunakan aplikasi Strava, relive akan menghantar satu e-mail kepada anda untuk anda menonton rekod penggunaan anda. Sama seperti menonton video dan kadangkala rasa x percaya yang anda membuat kayuhan sejauh itu.

Selamat mencuba

Layout potrait dan landscape dalam satu fail

Alhamdulillah.. semangat nak buat post hari ini. lama dah berhenti menulis. semuanya berpunca dari gadget. Dengan ada smartphone dan media sosial seperti facebook dan Instagram membuat lebih mudah jika berkongsi melalui media tersebut.

Tapi tak semua yang senang... sekarang saya nak share macam mana nak buatkan 2 layout dalam satu fail ( Microsoft Word). Sebelum ini pernah melihat buku takwim dengan 2 jenis layout... tapi tak pernah tanya. Nasib baik hari ini siapkan kertas kerja 3K, terus cari bagaimana untuk melakukannya.

Antara langkah-langkahnya adalah:

1. Diakhir muka surat , klik pada menu LAYOUT  -  BREAKS   -  NEXT PAGE

2. Automatik cursor akan bergerak ke laman seterusnya. Disini anda perlu klik pada
    menu LAYOUT  -  ORIENTATION  -  LANSCAPE


3. Siap!!! mudah kan

Kalau nak tukar balik kepada bentuk potrait, cuma ikut langkah yang sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...