wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, November 29, 2016

Adib dah sunat

Pada jam 9.00 malam , 28 November 2016, Adib selamat bersunat di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Alhamdulillah..Semua dah selesai.
Saya sendiri pun ada didalam bilik Adib bersunat. Nasib baik yang sunatkan Adib ni pun saudara. Pakcik Mohamad atau orang panggil dia Che Mad. Ingatkan Adib seorang je yang sunat rupa-rupanya ada juga 4-5 orang yang sunat.
Pengalaman saya, baru faham apa yang dimaksudkan dengan 'mata buta'. Hahaha apabila tanya Adib dah boleh buka, katanya boleh. Rupa-rupanya baru buka sikit.
Betul kata pelajar praktikal, tengok darah orang boleh tapi apabila tengok darah anak sendiri rasa nak pitam. Akhirnya dapat juga bersama Adib dari awal sampai habis.
Hari ini Adib dah beransur pulih. Semua dah selamat. Semoga cepat sembuh, boleh kita pergi Perlis.

Sunday, November 27, 2016

Kayuhan Perpaduan Masjid Cina

Hari ini dapat test Ira untuk 30km. Terima kasih kepada penganjur Kayuhan Perpaduan yang buat event ini secara percuma. Terbaik !

G Cycle salah satu pengajur, Persatuan Cina Muslim, Jabatan Agama Islam Perak dan yang lain-lain.

Start kayuh jam 8.00 pagi dan route dari Masjid Cina- Bercham - Bandar Baru Putra - Tanjung Rambutan - Chemor - Klebang - Masjid Cina. Alhamdulillah... Dah dapat kepuasan mengayuh. Tapi yang tak best... Peha kebas sebab lama tak kayuh.
Makan dan minuman pun disediakan.
1st time dapat makan nasi ayam garam. Selalu orang Cina yang buat. Tapi ini Cina Muslim yang buat. Kedainya di Bercham sahaja. ok itu je nak cerita tentang hari ini.




Sunday, November 20, 2016

Selamat datang Ira

Selamat datang Ira . Ira dah jadi sebahagian keluarga dah. Hahahaha dulu XDS.. skrg dah Ira. Itulah nama bagi basikal baru saya. Java Ira.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga spec yang diidamkan ni. Pergi beli Ngan kawan yang lama dah menceburi bidang basikal. So memang confirm yang terbaik dan mampu milik.


Sunday, November 06, 2016

Cuci Mesin Basuh

Assalamualaikum... Dah lama tak tulis entri. Hari ini saya nak cerita projek semalam.. cuci mesin basuh. Alhamdulillah dapat juga buat walaupun dah lama plan. Sebab apa lambat? Sebab tak beli sabun bio zip. Hahaha
Macam mana nak buat? Ala search je kat internet... Confirm ada. Tapi saya tunjukkan yang saya buat.
Langkah pertama adalah cucikan sarung kain dalam mesin basuh. Yang bekas untuk memerangkap sisa-sisa 'sampah sarap' yang kotor.
Yang kedua, set kan mesin basuh kepada 'soak' (model LG) atau tube cleaning. Yang lain seperti wash, spin dan rinse mesti digunakan.
Lepas tu biarkan dia buat kerjanya. Dan akhir sekali pasti nampak sisa hitam didalam tube mesin basuh. Saya dah 8 tahun guna . Tak pernah cuci langsung. Jenuh nak buang daki tu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...