wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, September 28, 2016

Printer wireless tak boleh dikesan oleh komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni dan semalam memang mengganggu emosi. Perkara penting nak buat tetapi tak dapat dilaksanakan dengan segera. Puncanya apabila bahan untuk dicetak gagal mengesan printer.
Printer yang saya guna adalah jenama Brother MFC J430W. Mungkin saya tak perasan sebelum ini . Apabila saya nak print akan ada masalah (error).
Godek punya godek akhirnya saya dpt jawapan. Masalah berpunca dari password wifi. Walaupun saya masukkan password yang tidak betul pada printer namun wifi masih dapat mengesan printer. Namun  tidak dapat menggunakan bersama-sama komputer dan smart phone.
Nak jadi cerita saya pergi reset wifi, dan apabila nak sambung semula wifi, password saya salah. Saya gunakan password yang digunakan pada printer.  Hairan kenapa di printer boleh tetapi di komputer tak boleh. Nak call centre dah lebih kul 9 malam. Jadi saya nk reset password dalam admin TM. Nasib baik smart phone tak direset sekali.
Akhirnya baru saya ingat password dan memang betul baru saya boleh connect dengan wifi.
Baru dapat kesan printer melalui wifi

Pastikan ada perkataan shared key

Tuesday, September 13, 2016

ETS Dari Ipoh ke Rawang

Semalam dah start cuti sekolah. Kenduri plak ada kat Rawang. Jadi plan nak bawa anak-anak naik ETS.
Yang beli tiket adik... Jadi beli tiket untuk dewasa sahaja dan anak-anak duduk atas riba. Sampai di pintu masuk nak ke keretapi kami kena tunjukkan tiket. Jadi kami bagi tahu yang anak akan duduk atas riba.

Pegawai tu tak bagi. Suruh beli tiket dan masa tu tiket memang dah tak ada. Huhuhuhu nasib baik dia bagi naik tapi akan kena bayar di dalam berserta dengan denda. Kami naik sahaja dan dah bersedia untuk bayar.
Sampai masa untuk serah tiket, pemeriksa cuma tengok dan blah macam tu je. Anak masa itu memang duduk atas riba. Alhamdulillah.... Hehehehe ala perjalanan sejam 40 minit sahaja. Takpe kan KTMB...
Tapi pengalaman naik ETS memang mudah,cepat dan seronok!!!



Sunday, September 11, 2016

World #QuranHour

Alhamdulillah... Dapat juga join program World #QuranHour dirumah. Semoga tiap2 hari dapat baca 😁

Tuesday, September 06, 2016

Kayuhan Patriotik

Alhamdulillah pada Sabtu yang lepas (3.9.2016) dapat join kayuhan patriotik di Ipoh. Kayuhan bermula di kompleks Belia dan Sukan jam 7.30 pagi.
Ini kayuhan pertama saya dalam group dan sejauh 37km. Habis pusing satu Ipoh . Disini juga dah tahu serba sedikit mengenai basikal. (Upgrade). Hehehehe
Kenangan kayuhan kali ini...baru tahu tayar pam tak betul2 keras. Selama ini kayuh dengan tayar pancit.. lagi satu tips jangan kayuh ikut orang. Kayuh ikut kemampuan sendiri.
Memang nampak semua nak laju tapi kali pertama ini kayuh last pun xpe. Hehehehe.



Thursday, September 01, 2016

Virus Zika

Bersama-sama ini saya sertakan link untuk poster Virus Zika

https://drive.google.com/folderview?id=0B3MKo75w85BeRjNGNnJlUmRzS28

Earn extra interest of up to 1.5% when you save, shop, or spend!

Get higher returns on your savings with Maybank Premier 1 Account. Enjoy additional interest on top of board rates :

+0.5% when you Save with Maybank*

+0.5% when you receive Inward Fund Transfer*

+0.5% when you spend with your Maybank Credit Card*

You can do any or all three to earn up to  +1.5% p.a. on your savings. Terms & conditions apply.

This offer is available from 1 August till 31 January 2017 and is open to all new and existing Maybank Premier 1 individual account holders under conventional scheme.

*Upon fulfilling the prequalifying criteria for additional interest

Sumber: 2016-08-25 Maybank Malaysia WeChat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...