wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, March 22, 2016

Gerhana Bulan Penumbra boleh dilihat malam esok

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada esok iaitu 23 Mac.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya mula dapat disaksikan apabila bulan mulai terbit pada jam 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.
"Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan "Apogi" 77.5 peratus.
"Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum," katanya.
Beliau berkata, pihak Angkasa; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.
Menurutnya, Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. -Bernama

Gerhana Bulan Penumbra. – Foto Wikipedia

Saturday, March 19, 2016

Roti Home made

Assalamualaikum. .. hari ini nak cerita pasal roti . Hahahaha baru2 ini chiq dina ada beli bread maker jenama panasonic. Yang beli orang lain ,yan gagal beria2 orang lain. saya ngan adib.
Nak sangat tgk roti home made... ptg Jumaat chiq dina buatkan. Buat dengan buku panduan yang disediakan. Tunggulah kami sehingga 5 jam... endingnya

Roti tak naik . Huahuahua

Sunday, March 13, 2016

Gerhana Matahari separa

Alhamdulillah.. dapat juga menunaikan solat gerhana. Walaupun tiada program khas untuk gerhana matahari , tapi panitia PI berjaya melaksanakannya. AMIN

Tuesday, March 08, 2016

Jom Memanah

Petang Ahad yg lepas kami pergi ke AEON Klebang . Sedang jalan2 terpandang satu sudut memanah. Sebelum ini tempat jual basikal. Dengan selambanya ibu bagi duit untuk adib cuba memanah. Mula2 tu rasa lain juga. Sebab tak pernah memanah. Namun selepas 3 kali , Adib dah boleh. Dan terus minat aktiviti memanah. Hehehehe 10 anak panah rm10. Permainan baru... adib. Ikut Sunnah

Amni oh Amni

Hari ini dapat msg dr ibunya yang amni jatuh. Bayangan seorang bapa jatuh biasa saja. Rupa2nya blh tahan gak. Amni oh amni.. Alhamdulillah luka biasa2 aje. Ptg nanti baru nak bawa g klinik

Monday, March 07, 2016

Jom melompat bersama VLE Frog

Cerita minggu ini.. apabila murid-murid seronok melompat dengan VLE Frog. Alhamdulillah murid-murid berminat untuk menerokai VLE.

Walaubagaimanapun.. keyakinan kena di pupuk. sebab apabila ibu bapa bertanya, mereka dah gabra. hehehehehe




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...