wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, October 27, 2015

Cermin Persona dah ada bintang

Assalamualaikum

Hari ini nak cerita pasal cermin kereta yang dah ada pingat bintang. Diterima dari jalan raya Ulu Kuang , masa itu jalan sedang diturap dan masih lagi belum kering. Masa itu wife yang bawa. Ingatkan ikut belakang lori....namun belakang kereta dan jalan turap pun boleh kena.

Keesokkannya, (kena Hari Jumaat petang) kami cadang nak repiar dengan klinik cermin. Pergi ke Jalan Kuala, dan ada kedai yang repair cermin. Mak ai kalau tak silap nak minta RM120.00 ... Bajet bawah RM100... jadi kami pergi tempat lain. Area situ ada dua kedai. Kami pergi satu sahaja.... yang kedua mahu lebih kurang sama.

Kami pergi ke Jalan Medan Gopeng. Kat situ pun ada lagi satu kedai... kedainya sekali dengan kedai kereta 2nd. Bila tanya harga RM80. Done terus buat dan hasilnya amat puas hati! Kalau korang tengok biasa2, takkan perasan lubang kecil cermin itu.

Yang best cermin kereta berkilat macam baru. Dia bagi tips suruh lap tiap-tiap hari. Mula-mula je rajin lepas itu... takde masa... hahahahaha

Monday, October 26, 2015

Follow Us On Dengue Patrol SKKM

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada pembaca blog. Hopefully korang yang baca blog ceritadqimie atau yang singgah blogwalking dapat join dan follow blog denggi sekolah saya di SINI. Kenapa? Mengapa?

Sebab sekolah saya terpilih untuk menyertai pertandingan Peringkat Kebangsaan Daerah Kuala Kangsar. Dengan kesuntukan masa yang tinggal lebih kurang 2 minggu , saya memang mengharapkan kejutan besar berlaku apabila post ini ditulis. hehehehehe.

Korang tolong ek... like and follow... lagi ramai masuk lagi bagus sebab tujuan pertandingan ini adalah untuk menyebarkan maklumat tentang bahayanya denggi.

Disamping itu, korang tolong jugak klik kat link dibawah ini ek.




Sunday, October 25, 2015

Jerebu dan udara segar

Alhamdulillah... hari ini dapat menikmati udara segar bugar. Wangi rasanya. Setelah semalaman hujan .jom bagi 1 gambar kat pembaca.

Thursday, October 22, 2015

AEON Klebang

Hari ini baru dapat pergi AEON KLEBANG. Semalam tiba- tiba kena keracunan makanan  masuk ini dah 2 kali kena keracunan makanan.
Seperti biasa, memang ramai orang yang datang. Parking pun susah. Nasib baik naik keta kecik. Parking je celah mana2.
Jom tgk gambar yg sempat ambil. Dalam Mall macam biasa je kan. Namun ada dgr struktur bangunan masih tak stabil. Betul ke?

Saturday, October 17, 2015

Harga barang selepas GST

Bukan nak mengadu.. tetapi nilah kenyataan. Nilai barang sekarang memang terasa selepas adanya GST. Agak-  agak berapa harga semua barang dalam itu?  RM250...
Baru beli barang dapur dan keperluan biasa. Saya ni untuk 4 orang sahaja. Bagaimana dengan keluarga besar. Nak kata beli yang branded atau mahal2... bukan juga.
Sehingga kini takde pun nampak barang yang turun harga selepas GST. Harga lama,  ditambah dengan GST.. Walhal kata GST menggantikann SST...
Harap pihak berkaitan ambil tindakan yang sewajar.. ...

Thursday, October 01, 2015

Sistem fertigasi DIY

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga siapkan sistem siraman fertigasi. Lepas ni tak perlu nk siram selalu. Buka dan biarkan. Hehehehe
Modal saya buat ni RM 35.00 . Itu pun nasib baik ada cikgu Rok yang ngajo. Dapat lah belikan keperluan kali pertama.  Nak buat pun senang. Kalau ada sesiapa nk tanya.. blh komen kat bawah ek. Sekarang tgk gambo dulu. 









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...