wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, February 26, 2015

Berbudi pada tanah

Dah lama tak update blog. Asyik update frog vle je. Tak penah2 abis kalau bab ict ni. Harap dapat mengawal dua bilik khas dengan baik.
Kali ini nak update pasal kebun yang sekangkang kera. Jagung dah abis dituai tetapi hasil tak memberangsangkan..kacang botol plak lebat.. belum berbuah... yang lain dah nampak sihat... lagi2 pokok mata kucing.
Yang tak disangka pokok cili.. rupa2 dah kuar hasil.. walaupun dalam pasu kecil. Pokok markisa pun dah nampak nak naik...Harap lepas ni  boleh aktif balik main kebun2...

Saturday, February 07, 2015

Petua hilang bau badan

Bahan 1 : Limau purut

1. Potong limau purut nipis nipis.
2. Perah dalam baldi yang berisi air.
3. Mandi dengan air tersebut dan gosok dibahagian sendi

Bahan 2 : Bunga cengkih

1. Goreng bunga cengkih tanpa minyak.
2. Angkat setelah keluar bau dan warna.
3. Tambah ke dalam minuman teh atau kopi.

Bahan 3 : Daun sireh.

1. Ambik beberapa helai daun sireh dan rebus dengan air yang banyak.
2. Tutup setelah daun sireh bertukar warna ke kuning.
3. Biarkan air sireh itu suam dahulu dan minum...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...