wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, December 24, 2015

Cerita pokok tumbang

Hari ini Adib demam panas lagi. Tapi kami tak pergi klinik 1Malaysia... sebab malam semalam pergi ke Klinik 1Malaysia Kg. Tawas dah bagi ubat panadol sahaja. Jadi kami terus pergi ke Poliklinik Fair Park. Alhamdulillah panas pun surut.
Jadi masa sedang santai2 kt rumah ,teringat nk buka whatsapp... bada group family...terkejut apabila rumah mak dihempap pokok.  Udah apa perlu buat...tanya dulu kawan2 ktt.. Alhamdulillah. .. dapat tahu apa nk buat.
1st call 999... jawab dengan operator dan terus pass kepada JPAM. Masa telefon pun dh pukul 7 ... sebelum Maghrib. Lepas maghrib terus balik rumah mak.
Sampai2 pergi lihat tempat kejadian. Teruk gak. Ada ambil gambar. Sehingga post ini ditulis... takde pun pihak berkaitan datang. Begitu juga dengan JPAM. Takpe la.. bersangka baik. Mingkin sebab dah lewat. Esok harap2 ada yang datang untuk menyelesaikan masalah ini.

#tanggungjawabkitaamanahkita

Tuesday, December 22, 2015

Bilangan Minggu 2016

Assalamualaikum.

Sesi persekolahn telah ambil tiba. CIkgu-cikgu mesti sibuk nak menyiapkan RPT. Ini saya sediakan untuk tuan-tuan dan puan-puan  mendapatkan bilangan minggu mengajar disini.

Friday, December 18, 2015

Laman taman di atas bangunan

Assalamualaikum. ... hari ini cadang nak balik dah , tapi badan rasa tak sedap. Lagi - lagi apabila mak cadang balik esok sahaja.
Adib dan amni apa lagi ,aktiviti kesukaan mereka. ... berenang. Dalam masa menunggu tu ada juga berjalan -jalan di sekitarnya.
Baru perasan , suasana kat atas bangunan yang adik tinggal sama seperti kawasan rekreasi.  Ada tanam pokok besar , pokok kecil apa lagi , dan landskap pun cantik.
Jadi oklah kalau duduk kat kondominium dah siap suasana macam tu.

Thursday, December 17, 2015

Kedai Ustaz

Semalam berkesempatan untuk singgah Kedai Ustaz yang menyediakan pelbagai aksesori telefon. Memang ramai orang . Itu yang 1st time saya nampak.
Kedai ustaz ada 2 buah. Satu sebelah 7 eleven dan satu sebelah kedai makan. Ops lupa kedainya terletak kat Uptown Kota  Damansara.
Yang saya beli cover ipad biasa RM 6 , ipad mini mickey mouse RM25 dan paling best cable samsung pendek RM2. 
Jadi siapa yang nak cari boleh je pergi sana. Battery pun RM15. Belum tengok lagi rege untuk screen protector. Ramai orang buat.
Ok .. sekian cerita saya hari  ni

Saturday, December 12, 2015

Program Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di padang Polo

Seperti biasa setiap pagi Sabtu pasti akan ke padang polo untuk jogging. Suka jogging kat sini sebab semangat untuk jog tinggi apabila semua orang jog. Tak kira anak- anak atau atuk. Itu yang seronok.
Hari ini special, sebab ada program pelajar-pelajar yang menganggotai PBSM yang memberi penerangan mengenai pertolongan cemas dan semakan tekanan darah.

* kalau boleh harap pelajar- pelajar ini fasih berbahasa melayu

Saturday, December 05, 2015

Aktiviti cuti sekolah

Cuti- cuti ni memang seronok bagi anak- anak. Jadi tahun ini memang tak pergi mana- mana sebab kena berjimat. Hehehehe jadi memandangkan chiq dina ada benih bendi...kami pun buat pelan-  pelan. Adib dan Amni belajar tanam dari A-  Z  Semoga lahir pokok bendi kami .hehheheh

Port Festival Ipoh

Tempat : Dataran Bandaraya Ipoh
Tarikh : 5 & 6 Disember 2015
Jom datang ramai2... mmg happening.

Saturday, November 28, 2015

Cabut gigi | Amni

Akhirnya Amni dah berani jumpa doktor gigi. Terima kasih Sister Puteri dari Klinik Kesihatan Chemor yang begitu mesra dan baik hati. Sentiasa senyum dan mesra pelanggan. Tak pernah tak jawab soalan saya. Ini memang perkhidmatan terbaik. Saya bagi 5 bintang!

The Good Dinasour

Cuti- cuti sekolah boleh bawa tengok wayang. Itu pun sebab chiq Dina dapat tiket free dari aplikasi line.

Cerita yang kami tengok The Good Dinasour. Elok plak cerita baru keluar.  Bukan main seronok adib n amni. Siap plan nak tengok star wars 3D... aduiiiii

Rumusan cerita ini, memang bagus untuk ditonton. Adib sampai mengalir air mata dan amni gelak ketawa... cerita mengenai kasih sayang sesebuah keluarga. .. kasih sayang bersama kawan- kawan dan uang paling best.... harungi ketakutan.. baru kita boleh berjaya...

Tuesday, October 27, 2015

Cermin Persona dah ada bintang

Assalamualaikum

Hari ini nak cerita pasal cermin kereta yang dah ada pingat bintang. Diterima dari jalan raya Ulu Kuang , masa itu jalan sedang diturap dan masih lagi belum kering. Masa itu wife yang bawa. Ingatkan ikut belakang lori....namun belakang kereta dan jalan turap pun boleh kena.

Keesokkannya, (kena Hari Jumaat petang) kami cadang nak repiar dengan klinik cermin. Pergi ke Jalan Kuala, dan ada kedai yang repair cermin. Mak ai kalau tak silap nak minta RM120.00 ... Bajet bawah RM100... jadi kami pergi tempat lain. Area situ ada dua kedai. Kami pergi satu sahaja.... yang kedua mahu lebih kurang sama.

Kami pergi ke Jalan Medan Gopeng. Kat situ pun ada lagi satu kedai... kedainya sekali dengan kedai kereta 2nd. Bila tanya harga RM80. Done terus buat dan hasilnya amat puas hati! Kalau korang tengok biasa2, takkan perasan lubang kecil cermin itu.

Yang best cermin kereta berkilat macam baru. Dia bagi tips suruh lap tiap-tiap hari. Mula-mula je rajin lepas itu... takde masa... hahahahaha

Monday, October 26, 2015

Follow Us On Dengue Patrol SKKM

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada pembaca blog. Hopefully korang yang baca blog ceritadqimie atau yang singgah blogwalking dapat join dan follow blog denggi sekolah saya di SINI. Kenapa? Mengapa?

Sebab sekolah saya terpilih untuk menyertai pertandingan Peringkat Kebangsaan Daerah Kuala Kangsar. Dengan kesuntukan masa yang tinggal lebih kurang 2 minggu , saya memang mengharapkan kejutan besar berlaku apabila post ini ditulis. hehehehehe.

Korang tolong ek... like and follow... lagi ramai masuk lagi bagus sebab tujuan pertandingan ini adalah untuk menyebarkan maklumat tentang bahayanya denggi.

Disamping itu, korang tolong jugak klik kat link dibawah ini ek.




Sunday, October 25, 2015

Jerebu dan udara segar

Alhamdulillah... hari ini dapat menikmati udara segar bugar. Wangi rasanya. Setelah semalaman hujan .jom bagi 1 gambar kat pembaca.

Thursday, October 22, 2015

AEON Klebang

Hari ini baru dapat pergi AEON KLEBANG. Semalam tiba- tiba kena keracunan makanan  masuk ini dah 2 kali kena keracunan makanan.
Seperti biasa, memang ramai orang yang datang. Parking pun susah. Nasib baik naik keta kecik. Parking je celah mana2.
Jom tgk gambar yg sempat ambil. Dalam Mall macam biasa je kan. Namun ada dgr struktur bangunan masih tak stabil. Betul ke?

Saturday, October 17, 2015

Harga barang selepas GST

Bukan nak mengadu.. tetapi nilah kenyataan. Nilai barang sekarang memang terasa selepas adanya GST. Agak-  agak berapa harga semua barang dalam itu?  RM250...
Baru beli barang dapur dan keperluan biasa. Saya ni untuk 4 orang sahaja. Bagaimana dengan keluarga besar. Nak kata beli yang branded atau mahal2... bukan juga.
Sehingga kini takde pun nampak barang yang turun harga selepas GST. Harga lama,  ditambah dengan GST.. Walhal kata GST menggantikann SST...
Harap pihak berkaitan ambil tindakan yang sewajar.. ...

Thursday, October 01, 2015

Sistem fertigasi DIY

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga siapkan sistem siraman fertigasi. Lepas ni tak perlu nk siram selalu. Buka dan biarkan. Hehehehe
Modal saya buat ni RM 35.00 . Itu pun nasib baik ada cikgu Rok yang ngajo. Dapat lah belikan keperluan kali pertama.  Nak buat pun senang. Kalau ada sesiapa nk tanya.. blh komen kat bawah ek. Sekarang tgk gambo dulu. 









Sunday, September 13, 2015

TM Streaymx 4MBps

Alhamdulillah akhirnya ada juga line internet dari TM. Maklumlah kawasan rumah baru, dah tu dalam sikit dari bandar. Saja je beli rumah jauh dari bandar sebab tak suka dengan kesibukan kenderaan. Lagi pun semua orang ada kereta, dan nak ke bandar pun dah senang. ( tiap-tiap hari boleh pergi).

Kenapa pilih TM? Sebab itu yang menjamin kepuasan. dah guna pelbagai line, namun kena ada juga fixed line. Baru stabil dan boleh tengok guna smart tv. hehehehe rugi beli tv tapi tak guna kemudahannya.

 Masalah sekarang, ada jiran bagitahu pakej RM88 untuk 4MBps. Wah ! ini memang teruja namun dalam laman TM tak jumpa plak promosi ini. Esok baru nak pergi ke HQ Ipoh dan nak bertanya dengan pakej ini. Kalau tak de..... nak buat macam mana..huhuhuhu

Tuesday, August 11, 2015

Doa, Panduan dan Tips untuk Peperiksaan

Semoga membwri manfaat kepada kita semua

1. Doa kecemerlangan pelajar - http://ibnunaeem.blogspot.com/2009/09/doa-kecemerlangan-pelajar.html

2. Himpunan Doa doa pelajar - http://annaalthafunnisa.blogspot.com/2008/03/himpunan-doa-doa-pelajar.html

3. Doa persediaan dan menghadapi peperiksaan - http://jkdperdaganganbatupahat.blogspot.com/2013/08/menghadapi-peperiksaan.html

4. Doa peperiksaan untuk mengelakkan lupa - http://panitiapendidikanislamsmksi.blogspot.com/2013/09/doa-peperiksaan-untuk-mengelakkan-lupa.html

5. Doa menduduki peperiksaan - http://ustaz-syahir.blogspot.com/2013/09/doa-menduduki-peperiksaan.html

6. Peranan ibu bapa menjelang peperiksaan - http://khairulskbt.blogspot.com/2010/09/peranan-ibu-bapa-menjelang-peperiksaan.html

7. Pernan ibu bapa apabila anak anak menghadapi peperiksaan - http://retibahasa.blogspot.com/2010/11/peperiksaan-pelajaran-malaysia-spm.html

8. Panduan cemerlang dalam peperiksaan - http://retibahasa.blogspot.com/2010/11/7-panduan-cemerlang-dalam-peperiksaan.html

9. Kaedah dan faedah belajar secara berkumpulan - http://tips-skema-upsr-pmr-spm.blogspot.com/2010/05/tips-belajar-secara-berkumpulan.html

10.  Panduan mengahadapi peperiksaan - http://www.ciklaili.com/2012/10/panduan-menghadapi-peperiksaan-pmr-sma.html

11. Tips untuk menghilangkan rasa gemuruh ketika peperiksaan - http://tips-skema-upsr-pmr-spm.blogspot.com/2010/05/motivasi-belajar-6-tips-hilangkan-rasa.html

12. Doa peperiksaan - http://koleksisoalangelam.blogspot.com/2011/10/doa-peperiksaan.html

13. Solat sunat hajat memohon kejayaan - http://retibahasa.blogspot.com/2011/09/solat-sunat-hajat-memohon-kejayaan-di.html

14. Pantang larang pelajar untuk menuju kecemerlangan - http://retibahasa.blogspot.com/2012/07/pantang-larang-pelajar-untuk-menuju.html

15. Himpunan doa dan motivasi pelajar - http://allaboutscience-cikgud.blogspot.com/2012/10/himpunan-doa-dan-motivasi-buat-pelajar.html

Tuesday, July 28, 2015

Amni dan tudung

Hari ini tanpa paksaan Amni memakai tudung sehari suntuk  hahahaha... sebelum ini jika pakai mesti tak lama. Setengah hari dah bukak. Harap2 kakak amni pakai tudung mulai hari ini. AMIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...