Hari ini KTT mengadakan Program Moh Berkampung. Acara tahunan Pemuda Umno / Gerakan Belia 4B dan Cawangan Kg. Tersusun Tasek iaitu program membakar lemang secara bergotong royong dan diedarkan ke setiap rumah. ..jom tengok gambar plak
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Saturday, July 26, 2014
Program Moh Berkampung 3.0 KTT
Thursday, July 24, 2014
Al Fatihah buat Turn
Dalam keseronokkan ada sedih. Baru dapat tahu petang tadi seorang kawan DBS 2000 UiTM Perlis telah meninggal dunia kerana kemalangan. Ia berlaku pada jam 4 petang tadi. Semoga arwah Turn ( Norlizan Mohamed Noor) ditempatkan bersama sama orang yang beriman dan soleh. AMIN. AL FATIHAH
Cerita rumah | Hampir selesai
Salam .. entri kali ini cerita pasal rumah le. Dah hampir sebulan dapat kunci tetapi rumah masih tak dapat duduki. Pelbagai perkara nak dibayar, dibaiki dan macam2 lagi le.
Jadi siapa yg banyak duit, saya cadangkan jangan beli sendiri. Bagi je le pada designer untuk susun atur. Hehehehe
Jadi ni je la tempat dan ruang yang sempat dikemas 90%..
P/s gambar bilik anak dah letak dlm laptop. Nanti saya update
Tuesday, July 22, 2014
Durian bukit memang sedap
Wednesday, July 09, 2014
Tazkirah Ramadan
TAZKIRAH ramadhan
Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhum, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “. Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad no 644)
Kasut sekolah pallas jazz naik harga
Salam
Entri ini saya buat supaya pengguna berhati hati. Belum pun gst dilaksanakan tetapi pengeluar dah naikkan harga.
Semalam saya beli kasut untuk adib, untuk konvo di Kemas, Kg. Tersusun Tasek di AEON Ipoh Garden. Semasa beli memang tak perasan, masa dah balik baru saya dapati harganya tak sama.
Bagi WM harga RM 30 dan bagi EM RM32. Saya beli di AEON Ipoh Garden RM 32.... aik sejak bila perak jadi kawasan timur. .? Hari ini saya pergi ke bahagian customer service, dan bawa saya jumpa dengan promoter kasut pallas jazz.
Jawapan yang diberikan adalah dah naik harga. .. baru2 ni naik abang.. minta maaf... katanya. Saya cakap yang saya lihat kt laman web pallas masih lagi RM30... sebabkan dia kata supplier kata naik harga.. saya pun kata takpe...
Dalam hati ini le kali terakhir beli pallas...dan kepada semua ibu bapa... periksa duli harga sebelum bayar.. mohon pihak berkaitan pastikan perkara sebegini berlaku lagi..
Cerita rumah | kisah wiring
Alhamdulillah akhirnya selesai sudah kerja kerja wiring walaupun pada mulanya ada masalah. Tambahan wiring ini pada mulanya nak suruh kawan yang buatkan. Zahir..tetapi dia plak suggest buat dengan uncle chen.... sub pemaju.
Yang seronoknya uncle ni buat keje sorang2. Jadi bila sorang je yang buat, hasilnya amat memuaskan cuma masa je lama. Dia ada 3 projek perumahan yang dibuat dan hanya dia seorang sahaja.
Syukur semua dah selesai seterusnya sesi mengemas, dapur dan langsir.
Thursday, July 03, 2014
Bayaran Bantuan Khas Hari Raya 2014
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.
"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.
2 Julai 2014
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.
"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.
Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama