Salam.
Ni dah masuk 2 bulan dah selepas mendapat kunci rumah. Namun sehingga sekarang tak ada elektrik kerana belum mendapat surat kebenaran dari pemaju dan TNB.
Dalam tempoh dua bulan juga pelbagai cabaran dan dugaan yang datang. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Bermula dengan elektrik, grill dan seterusnya air. Kalau difikirkan boleh buat stress.
Jadi sebagai panduan, pertama pasang grill. Jika boleh buat survey 2 3 kedai la. Lagi cantik tunggu jiran buat ...dan tengok hasilnya. Kata orang lagi baik paku dari dalam sebab susah orang nak buka walaupun tak kemas.
Kemudian berkenaan dengan wiring. Alhamdulilah tak buat awal awal dan terima kasih kepada kawan saya Zahir ... yang banyak memberi cadangan yang menjimatkan.
Kemudian cat. Saya cat semula rumah dengan sendiri sebab cat yang diberi berhabuk apabila ditiup. Ni pun syukur iuga sebab pernah mengecat rumah mak. Tak ada le kekok cuma penat. Modal untuk 1 rumah pun rm600 ke rm700.
Setakat ini, itu sahaja yang saya buat. Ooo lupa pili air kt luar pun dah buat...
Harap pemaju dapat betulkan segala defect rumah kami.