wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, May 28, 2014

Sembah Takziah Sultan Perak

Sebagai rakyat Perak , sembah takziah saya kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Innalillahiwainnahirojiun


Sunday, May 25, 2014

Selamat Pengantin Baru

Musim cuti sekolah sudah hampir tiba. Namun kepanasan kenduri telah pun tiba. Hari ini kenduri di Felcra Nasaruddin, Perak Tengah. Tahniah dan semoga berkekalan ke Jannah saya ucapkan pada Rabiatul Adawiyah dan pasangannya Hafiz. 7 Jun 2014 pula akan diadakan sebelah lelaki di Skudai Johor. Tunggu kami disana








Saturday, May 24, 2014

Fenomena promosi oat

Salam pembaca blog

Hari ni tergerak nak buat entri berkenaan dengan makanan snack yang menjadi trend sekarang iaitu oat dan wheat.

Dalam Mudah.my, online business dan sebagainya,  ada yang menjualnya. Untuk harga promosi... pm saya k :)

Wednesday, May 21, 2014

Al Fatihah YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Assalamualaikum wbt.... utk makluman

YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah - Tengku Bendahara / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman baru sahaja diberitakan telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh.
Wassalam. Al fatihah...

Saturday, May 17, 2014

Selamat Hari Guru 2014

Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi. Itulah tema bagi tahun 2014 dan pada tahun ini jugalah kali pertama menjadi pengacara majlis bagi Hari Guru.

Walau susah macam mana pun... Allah itu Maha Mengetahui.  Seberat mana dugaan yang diberiNya pasti tidak melebib kemampuan kita. Yang penting kita buat sehabis baik.

Akhirnya selesai jua program Hari Guru di peringkat sekolah. Sebab jadi pengacara majlis,  tak sempat saya nak rakam aktiviti yang dijalankan.

Sebagai tatapan pembaca ceritadqimie, saya kongsikan kenangan majlis yang diadakan di Hotel Seri Malaysia,  Ipoh.

Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu

Hari2 adalah Hari ibu. .. Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu saya... Mariani Majid dan Hadariah Ramly serta ibu kepada Adib dan Amni... Chiq Dina

Friday, May 02, 2014

Jalan jalan cari makan | Mat Periuk Cafe

Salam . Hari ni entri jalan jalan cari makan. Tak perlu pergi jauh jauh dah. Di hadapan jalan besar Kg Tersusun Tasek sahaja. (Kawasan rumah). Ada cafe yang baru dibuka dan sambutan amat luar biasa. Mat Periuk ... itulah nama cafe nya... saya ucapkan tahniah kerana meneruskan legasi Arwah bonda Chef Kamarul...mak mah. Sedap sehingga jika boleh nak pergi tiap2 hari. Ada pelbagai menu dan kek yang sentiasa berubah ubah... jom layan gambar ek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...